₊˚ʚ Zhafran Aurel : 39 ⨾ଓ

Start from the beginning
                                    

Ziyad menaikkan bola matanya, menyampah dengan Zhafran Auden ni.

"Dah, esok teman aku okay. Kau kan teman sejati aku."

Usai berkata, Zhafran bangkit dari duduknya lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Teman sejati lah sangat!" geram Ziyad, nak merajuk ni dengan Zhafran!

Meletus tawa daripada bibir Zhafran. Terhibur sedikit apabila melihat riak wajah Ziyad yang acah-acah mahu merajuk itu.

Comel lah!

"Sejati sejiwa lah! Kawan sampai syurga!!" bahu Ziyad didakap kemas, Zhafran menghadiahkan senyuman yang sangat-sangat manis untuk Ziyad.

Lelaki itu amat bermakna. Dia lah yang menjaga dirinya selama berbulan-bulan. Dia amat berhutang budi dengan Ziyad Malique kerana tidak pernah mengeluh selama menjaga dirinya sehingga pulih sepenuhnya. Walaupun ingatannya masih belum pulih..

"Tu yang aku nak dengar, aku sayang kau sehingga ke syurga Allah.. Kau sahabat sejati aku.."

Sebak di hati mulai bertandang, tiba-tiba malam itu membuatkan kedua-dua jejaka ini menangis.

Tak gentlemen lah!

AUREL merenung lama ke luar jendela

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


AUREL merenung lama ke luar jendela. Fikirannya terlayar akan momen yang terjadi pada petang tadi.

Dia tidak habis-habis mencuci mata untuk mengintai wajah suaminya, cukuplah dari jauh sahaja.

Tanpa dipinta, air matanya jatuh menyembah permukaan lantai bilik. Walaupun dia sudah menemui sosok suaminya, namun perkara yang tidak diingini berlaku juga.

Kenapa Allah mengujinya sejauh ini? Kenapa harus dirinya.. Kadang-kadangkala, dia hampir putus asa untuk meneruskan perjuangannya.

"Kenapa abang.. kenapa seksa jiwa saya.." tersedu-sedan Aurel ketika melontarkan ayat itu.

Puan Aisyah mengintai segala ucapan yang Aurel lontarkan seorang diri itu. Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan pahit manis..

Benar, dia pernah menyeksa perasaan lelaki itu, tetapi mengapa ketika dia yang merasainya terlalu pahit.. Pahit untuk ditelan seorang diri.

"Abang.. Kenapa abang tak ingat semua tentang Aurel.. Hiks.."

Puan Aisyah mengerutkan dahinya, takkanlah mereka sudah bertemu semula? Jika benar, alhamdulillah doa seorang ibu sentiasa termakbul..

KLAK.

Pintu bilik dikuak secara perlahan, takut untuk mengejutkan Aurel. Terbit perasaan sedih dalam diri Puan Aisyah setelah melihat anaknya menangis seperti ini.

Ibu mana sahaja yang tidak sedih apabila anaknya menangis kan?

Tanpa izin, Puan Aisyah mendakap tubuh badan Aurel dengan erat. Dia turut mengalirkan air mata, hatinya juga sakit apabila melihat air mata Aurel Zea Rose jatuh menyembah lantai.

Dia tidak mahu anaknya menangis dan terus menangis. Dan setelah itu, menyalahkan diri sendiri seolah-olah dialah punca segala-galanya. Sedangkan itu semua ujian daripada Allah SWT..

"Jangan lah menangis lagi, sayang.." pujuk Puan Aisyah lalu mengusap kepala Aurel dengan kasih sayang.

Sayang nya dia terhadap anaknya tiada tandingan. Satu-satunya permata hati yang amat berharga yang pernah Allah berikan kepada mereka berdua.

"Bonda, Aurel dah jumpa Zhafran bonda.." ujar Aurel dengan nadanya yang tersedu-sedan itu. Puan Aisyah menghela nafasnya panjang.

Alhamdulillah.

"Tapi bonda hiks hiks.." Aurel menghentikan ucapannya, tangisan yang menjadi peneman dirinya pada malam itu.

"Tapi apa sayang?"

Aurel menahan sakit yang bertandang di lubuk hatinya. Dia memejamkan matanya sejenak, sakit itu hanya dia yang rasakan.

"Zhaf.. dia tak ingat Aurel, bonda.. Hiks.." hampir sahaja Puan Aisyah sesak nafas, dia terkejut dengan berita yang kurang menyenangkan itu.

Ya Allah..

"Ya Allah.." hanya kalimat itu sahaja yang dapat Puan Aisyah lontarkan, namun dengan nada yang cukup terkejut.

Perlahan-lahan, Aurel membuka kelopak matanya, air mata yang bergelinangan itu di kesat dengan perlahan.

Sakit hatinya apabila suaminya langsung tak ingat tentang dirinya. Ini memang balasannya kah kerana sering menyakiti hati suaminya? Ya Allah, dia sangat khilaf.

Sanggup mempergunakan lelaki lain semata-mata untuk melupakan semua kisah lama tentang cinta yang terhenti di pertengahan jalan itu.

Dan kini, dirinya juga yang terseksa. Terseksa apabila sang suami langsung tak ingat satu pun mengenai dirinya.

"Bonda.. Aurel ni memang tak layak untuk bahagia kan? Aurel jahat bonda.. Aurel layak dapat balasan ini.. Aurel-" belum sempat Aurel mahu menghabiskan ayatnya, laju sahaja Puan Aisyah memintasnya.

Dia tidak suka Aurel terus menerus menyalahkan dirinya. Itu semua takdir. Itu semua ujian daripada Allah SWT.

"Stop blaming yourself, sayang.. It's not your false, it's fate, sayang.. Takdir Allah untuk Aurel Zea Rose.." Puan Aisyah lekas memintas ayat Aurel itu, dia tidak habis-habis menyalahi dirinya sendiri.

Takdir. Takdir Allah itu selalu baik walau terkadang perlu air mata untuk menerimanya.

Allah uji Aurel Zea Rose kerana Allah SWT tahu Aurel orangnya kuat dan tabah.

Happy Reading Love 🤍Enjoy your last night of 2022 <3 Happy New Year!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Happy Reading Love 🤍
Enjoy your last night of 2022 <3
Happy New Year!

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now