₊˚ʚ Zhafran Aurel : 35 ⨾ଓ

Start from the beginning
                                    

Zhafran berasa berterima kasih kepada dua jejaka yang berada di hadapan matanya kerana telah menolong dirinya. Kalau takda mereka berdua, tak tahulah nasib dirinya.

"Kalau aku tanya, kau dapat jawab?"

Zhafran menjeling Ziyad dengan jelingan yang geram. Dia cedera parah je bukannya tak dapat bercakap!

"Nak tanya apa tu?"

Ziyad sengih sumbing. Dia sudah lama perhati cincin yang dipakai kemas di jari telunjuk Zhafran tu. Tapi, belum ada masa yang sesuai untuk dia menyoalkan tentang perkara itu.

"Kau dah kahwin? Aku perhati je cincin tu.."

Zhafran mengerutkan pelipisnya. Kahwin? Sejak bila pula dia dah kahwin ni? Mimpi agaknya.

"A-aku tak tahu.." terbit keluhan daripada Ziyad setelah mendengar jawapan yang Zhafran berikan.

Macam pelik tapi benar..

"Jadi cincin tu? Takkanlah makcik kau pula yang bagi." geram Ziyad, agak-agaklah Zhafran ni sampai tak ingat satu pun.

Zhafran hanya menggelengkan kepalanya. Dia memang tidak ingat apa yang terjadi pada dirinya selama sebulan.

"Entahlah, aku terfikir juga.." tangan diletakkan di dagu. Kenapa jika dia ingin mengingati siapa dirinya, sakit itu kembali menyerang dirinya? Sehingga dia tidak bermaya untuk memikirkan apa yang terjadi pada dirinya selama sebulan yang lalu. Matanya tertumpu pada cincin yang disarung kemas dijari telunjuknya. Adakah dirinya sudah berkahwin?

Tetapi, mengapa dia langsung tidak mengingatinya?

"Nanti bantu aku cari latar belakang aku boleh?"

Ziyad hanya angguk. Dia boleh sahaja membantu lelaki yang berada di hadapannya sekarang ini, asalkan Zhafran dapat mencari dirinya semula.

"Boleh tapi lepas kau dah pulih lah."

"Nanti kau dah pulih, jangan lupa aku pula" Ziyad sengaja berdrama. Nadanya sengaja dibuat-buat sedih supaya Zhafran menganggap bahawa dia sedih. Sedih pasal apa pula Ziyad ni!! Ada-ada ajelah nak berdrama sangat.

Tch! Berdrama pula Ziyad ni! Zahim hanya menggelengkan kepalanya, anaknya tu ada je akal nak cipta drama TV3 dia tu.

"Tak payah nak berdrama sini, Ziyad" sampuk Zahim seraya menunjal kepala anak terunanya dengan kuat. Alah taklah sakit mana pun.

"Alah abah ni, dah lama tak buat drama ni tau.." Ziyad memuncungkan bibirnya. Apalah abah ni, tak support betul apa yang anak lakukan!

Zahim menggelengkan kepalanya. Banyaklah drama dia tu!

"Setakat drama murahan kamu tu, tepi jalan banyak." kata-kata yang baru sahaja Zahim lontarkan itu membuatkan Ziyad tercengang. Sampai hati abah kata macamtu! Dia ingat drama kita ni drama murahan ke?! Senang je dia cakap! Broken lah dengan abah kalau macamni! Monolog hati Ziyad.

Zhafran yang berada disisi Zahim itu meletuskan tawanya. Comel sahaja anak dan bapa ni!

"Suka kau ya Zhaf!" geram Ziyad apabila melihat Zhafran yang lagi terkekeh-kekeh ketawa itu.

DIA duduk di kerusi yang selalu Zhafran gunakan untuk kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




DIA duduk di kerusi yang selalu Zhafran gunakan untuk kerja. Selepas beberapa hari berada di rumah ibu, Aurel meminta diri untuk pulang ke rumahnya.

Walaupun sudah ditegah berkali-kali, Aurel tetap dengan pendiriannya. Dia tidak mahu menyusahkan ibu mertuanya. Cukuplah sudah lama dia berada di rumah ibu mertuanya. Puas Puan Aliya memujuk dirinya

"Abang bila nak balik? Lama dah Aurel tunggu abang hiks.."

Ini lah rutin Aurel sekiranya dia berada di bilik kerja Zhafran. Dia akan menangis disitu sehingga lah dia puas. Baju milik suaminya itu didakap kemas, air mata yang sudah membasahi baju membuatkan Aurel semakin menangis.

Dia amat merindukan sosok suaminya. Sudah sebulan lebih Zhafran masih tidak ditemui sehingga polis yang diupah oleh keluarga mereka menghentikan pencarian.

Aurel berasa sakit hati apabila polis-polis itu menghentikan pencarian suaminya. Kenapa pula macamtu?!

"Abang tahu tak.. Aurel dah jatuh cinta dengan abang.." ucap Aurel seorang diri, seolah-olah Zhafran mendengar apa yang dia katakan sekarang. Tetapi, ianya amat mustahil untuk Zhafran kembali ke pangkuannya. Ini balasan yang setimpal untuk dirinya.

Aurel memejamkan kelopak matanya. Dia sudah puas menangis, namun Zhafran tidak akan kembali kepada dirinya. Mustahil..

Semua menganggap bahawa Zhafran sudah meninggal dunia. Namun tidak bagi Aurel Zea Rose. Dia menafikan apa yang orang cakap.

Dia percaya Zhafran akan kembali kepadanya suatu hari nanti.

"Tapi abang mesti anggap Aurel ni ego kan?"

"Betullah, Aurel memang ego! Aurel hanya tahu nak pentingkan diri sendiri je.. Aurel tak pernah fikir tentang perasaan abang. Ni ke balasan untuk Aurel sebab derhaka dengan abang hiks hiks.." tangisan menjadi saksi betapa sesalnya Aurel kerana tidak pernah melayani suaminya bagus-bagus.

Aurel melepaskan tangisannya. Dia benar-benar menyesal dengan apa yang pernah dia lakukan selama dia menjadi isteri Zhafran Auden. Memang layak untuk dia mendapat balasan ini. Dia isteri derhaka. Dia melayan Zhafran pun kerana permintaan lelaki itu sahaja. Dia menyesal. Sungguh menyesal.

"Aurel tak layak nak jadi bidadari Zhafran.. Aurel khilaf. Aurel selalu sakitkan hati abang.. Aurel minta maaf abang.. Aurel banyak dosa dengan abang.."

Namun, adakah Zhafran mengetahui semua isi hatinya? Apa yang dia luahkan sekarang ini.. Tidak mungkin..

Tanpa sedar, perkahwinan mereka sudah mencecah sembilan bulan. Perjanjian yang pernah mereka lakukan pada awal perkahwinan itu sekali lagi membuatkan Aurel menangis. Bagaimana mereka boleh terdetik untuk membuat perjanjian bodoh itu?

Itulah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk katanya.

"Aurel rindukan abang.." luah Aurel seorang diri. Dia mengurungkan dirinya di bilik kerja Zhafran. Sejak kehilangan Zhafran, Aurel tidak lagi seperti dahulu. Aurel yang kini hanyalah Aurel yang pendiam. Dia sekarang lebih suka menangis seorang diri. Kehilangan Zhafran amat memberikan kesan yang mendalam dalam diri Aurel Zea Rose.

Kerana Zhafran Auden adalah nyawa terakhir buat Aurel Zea Rose selamanya. Dia harap dia akan bertemu semula dengan suaminya nanti.

"Abang tunggu, Aurel akan cari abang sampai jumpa.."

So, korang nak support siapa sekarang ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

So, korang nak support siapa sekarang ni?

Oh ya, Zhafran hilang ingatan. Bye!

Zhafran Auden ©️Where stories live. Discover now