₊˚ʚ Zhafran Aurel : 34 ⨾ଓ

Comincia dall'inizio
                                    

"Abang hiks hiks.."

"Abang.."

Puan Aisyah yang sedar akan tangisan Aurel berlari ke arah anaknya. Kelihatan Aurel lagi memeluk tubuhnya sendiri.

Mata Puan Aisyah terlirik akan berita yang lagi hangat di media sosial.

Dadanya sesak.

"Bonda.. Hiks.."

"Zhafran tak apa-apa kan?" hanya tangisan menjadi jawapan.

Namun, Aurel semakin meraung. "Bonda! Zhafran masih hidup kan?! Zhafran dah janji dia takkan tinggalkan Aurel!!"

Puan Aisyah menepuk bahu Aurel berkali-kali supaya Aurel berasa tenang seketika.

Dia turut terkejut dengan berita itu. Semoga sahaja Zhafran bukan antara mangsa keadaan.

"InsyaAllah tiada apa-apa perkara buruk terjadi.."

"Ayah mana, bonda?!" Aurel tiba-tiba menjerit. Dia takut flight yang ayahnya ikut 1itu merupakan flight yang sama dengan Zhafran.

'Ya Allah, maafkan saya, abang..' rintih Aurel di dalam hati. Dia terlalu ego dengan perasaannya sehingga leka bahawa dia sudah jatuh cinta dengan suaminya sendiri.

Puan Aisyah menghembuskan nafasnya panjang.

"Ayah.. Ada kat lapangan terbang. Dia dah tiba kat Malaysia malam tadi." tenang Puan Aisyah berbicara, dia tidak mahu fikiran Aurel semakin serabut.

Semakin gusar hati Aurel, kenapa mereka lain flight?!

"Kenapa.. Tragedi ni berulang kembali kepada suami Aurel, bonda.." raung Aurel dengan suaranya yang sebak. Kenapa dirinya?

Puan Aisyah juga mengenangkan nasib anak menantunya ini. Benarlah, tragedi ini merupakan tragedi kedua dalam keluarga mereka.

"Aurel kena banyak berdoa..." hanya itu sahaja yang dapat Puan Aisyah katakan, sejujurnya dia turut terkejut dengan berita ini.

Aurel menangis teresak-esak di bahu ibunya. Ya Allah, dia gagal menjadi seorang isteri yang baik untuk suaminya..

'I'm sorry, abang..'

Betapa sakitnya apabila dia tidak sempat untuk meluahkan perasaan cintanya terhadap Zhafran. Ya Allah dia menyesal sangat-sangat kerana sering menyakiti hati lelaki itu..

Dia terlalu ego!

'Saya minta maaf.. Saya menyesal..'

Tetapi, kata maafnya itu bukanlah Zhafran tahu. Menyesal.

Sebulan berlalu

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


Sebulan berlalu..

"Aurel.. Makan sayang." Puan Aliya cuba menyuapkan makanan itu kepada Aurel tetapi Aurel menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu makan. Dia menolak sudu itu. Puan Aisyah yang berada di sebelahnya turut bersimpati dengan apa yang terjadi pada hubungan rumah tangga ini.

"Jangan macamtu, dah makin kurus Aurel ni" pujuk Puan Aliya seraya memeluk tubuh Aurel. Namun, Aurel hanya diam di posisinya. Tiada selera untuk menjamu makan.

Sejak Zhafran terlibat dengan tragedi itu, Aurel tidak henti-henti menyalahkan dirinya sendiri seolah-olah dia adalah punca Zhafran begini. Sedangkan, semua yang terjadi ini ada hikmahnya.

Aurel tidak boleh menyalahkan dirinya mahupun menyalahkan orang lain. Ini semua takdir hidup mereka.

Sebulan tragedi itu berlaku, sebulan jugalah mangsa-mangsa yang terjejas masih tidak dapat ditemui. Ada yang ditemui maut..

Semoga sahaja Zhafran bukan salah seorang daripada nya.

"Left me alone." usai berkata, Aurel bangkit dari duduknya dan menuju ke arah tingkap bilik mereka itu.

Puan Aliya dan Puan Aisyah hanya menurut. Mereka cuba untuk memujuk hati Aurel, namun tiada apa yang dapat mengubah hati Aurel..

"Kalau Aurel perlukan apa-apa, bagitau bonda dan ibu." Aurel hanya mengangguk perlahan.

Dia hanya memerlukan suaminya disisi walaupun dia tahu mustahil untuk Zhafran ada di sisinya.

'Saya bersalah dengan abang..'

Every chapter of our life we had created a extreme happiness but I never appreciate it.

Angin sepoi-sepoi meniup dirinya seakan-akan cuba menenangkan jiwa yang lagi tidak tenteram.

Senja mulai hadir pada petang itu, dan tanpa sedar, butir-butir mutiara tumpah daripada kolam mata Aurel.

"The sunset is beautiful, isn't it?"

Suara Zhafran seakan-akan menemani dirinya yang kesepian itu. Aurel memejamkan matanya, dia amat merindui suaminya..

Dia rindukan suara Zhafran..

Dia rindukan semua mengenai Zhafran Auden..

Dia rindukan lelaki itu..

"Tahniah abang, abang berjaya buka pintu hati saya sekali lagi.."

Zhafran, nyawa terakhir untuk Aurel Zea Rose.

Aurel mengesat air mata yang berlinangan di kolam matanya itu.

"Senja yang indah tetapi telah pergi sebentar lagi.." ayat itu benar-benar mempunyai maksud tersirat.

Namun, sekarang sudah tiada. Senja yang memahami situasi mereka.

"Senja yang menemukan kita berdua buat kali kedua.."

"Saya rindukan abang.. Hiks hiks.."

Tanpa Aurel sedari, ada sepasang mata yang mengintai segala perbuatannya. Puan Aisyah turut terkesan dengan kehilangan Zhafran Auden. Satu-satunya menantu yang dia miliki.

Suami yang tidak dihargai oleh Aurel Zea Rose.

'Maafkan saya'

Aurel selalu ingat bahawa Zhafran sering menyanyikan lagu untuknya. Tetapi, sekarang tiada sudah semua itu.

"Saya rindukan abang.." ucap Aurel, hatinya semakin sakit.

"Saya.. dah mula cintakan abang.."

takda part bahagia untuk mereka berdua :) pasanglah lagu tu untuk feel feel sedih haha

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

takda part bahagia untuk mereka berdua :)
pasanglah lagu tu untuk feel feel sedih haha.

ZHAFRAN AUDEN ©️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora