b

161K 3.2K 25
                                    

Perjalanan 13 jam balik ke tanah air berasa begitu singkat. 'Safa balik, dengan Masters dan ....' Air matanya berguguran lagi. Terbayang wajah ahli keluarganya. Abahnya, Syukri. Maknya, Sakinah. Kakaknya, Suha Syahirah.
"Kau, asyik dari tadi menangis! Boleh berhenti tak??" Tengking Arif secara tiba-tiba. Safa menggelengkan kepalanya. "Hey! Atau kau berlakon? Kau pura-pura, tapi dalam hati tu berbunga kan? Aku tahu... Kau sama je dengan yang lain! Kau mesti kenal aku kan? Ihtisyam Arif Aqil Tan Sri Irham. Sebab tu... Kau...." Safa menjelingnya. "Saya belum gila lagi nak menjerat diri sendiri." Katanya perlahan. Matanya sudah sakit akibat menangis.

-----

Ketibaan Safa Safiyyah dan Ihtisyam Arif Aqil di sambut dua pegawai Jabatan Agama Islam. "Mari Encik Ihtisyam dan Cik Safa. Sila ikut kami." Kata salah seorang dari mereka.

Setibanya mereka di Jabatan Agama, pihak itu telah memberitahu mereka bahawa mereka telah memaklumkan kedua-dua keluarga dan mereka akan tiba dengan segera.

"Boleh tak, kau, dengan hormatnya diminta untuk berhenti menangis?? Hey! Kau menangis sampai buta pun, semua ni takkan balik ke normal." Marah Arif lagi.
"Sorry." Kata Safa dalam deraian air matanya. Dia hanya menyerahkan diri nya bulat-bulat kepada Yang Maha Pencipta.

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now