• 12 •

158 21 5
                                    

"Kau menghilang ke mana selama ini, Yeosang? Kau tahu tak yang selama kau menghilang, aku menjadi tak tentu arah. Hampir setiap hari aku menangis sebab risaukan kau."

Kini giliran Wooyoung pula untuk bertanya soalan kepada kawan baiknya itu. Pelukkan mereka tadi pun mula terlerai. Tangisan Yeosang menjadi reda selepas dia berjaya menenangkan dirinya.

"Aku minta maaf. Aku menghilangkan diri dulu sebab aku nak perangkap San. Aku memang dah lama perasan akan kehadiran dia di sini jadi aku menggunakan pelbagai teknik untuk bunuh dia." Jawabnya. Namun Wooyoung seperti tidak faham.

"Hah? Bagaimana?"

"Ingat tak yang ada budak mati di sekolah kita dulu?" Soal Yeosang. Wooyoung membalas dengan anggukan kecil.

"Aku bawa mayat tu ke sini semata-mata nak tengok sama ada San perasan atau tidak dengan kehadiran aku. Agak mengejutkan kerana dia langsung tak dapat kesan aku ahahaha."

Terdiam seribu bahasa Wooyoung dibuatnya selepas dia mendengar kata-kata Yeosang itu. Tawanya itu mula reda sebelum Yeosang mengalihkan pandangan ke arahnya dengan tatapan sayu.

"Mungkin San ada cerita pada kau bahawa Hwa Vampire adalah keturunan paling jahat. Tetapi dia tipu. Di dunia aku, tiada satu pun keturunan vampire yang baik. Semua vampire di situ memang jahat dan benci akan manusia vampire seperti keturunan aku."

"Jadi sebab itukah kau melarikan diri di sini?" Wooyoung cuba meneka. Yeosang membalas dengan anggukan kecil.

"Kau boleh benci pada aku, Wooyoung. Aku tidak kisah. Dan aku memang patut dibenci pun."

"Tak!"

Yeosang terkejut apabila Wooyoung menafikan kata-katanya.

"Aku tak akan benci pada kau, Yeosang! Kau sudah selamatkan aku daripada menjadi mangsa San! Walaupun kau seekor vampire, aku masih menganggap kau sebagai kawan aku. Tak... Kau lebih kepada keluarga aku."

Wooyoung berkata dengan penuh ikhlas membuatkan Yeosang terharu. Tidak menyangka bahawa Wooyoung masih menerima dia sebagai kawan walaupun dia bukanlah seorang manusia sepertinya.

"Sekarang semua orang sudah tahu identiti sebenar aku. Berkemungkinan besar juga aku akan diburu oleh vampire lain bila-bila masa."

"Adakah itu bermaksud... Kau akan jadi pelarian?"

"Hmm? Lebih kurang."

Posisi yang tadinya duduk kini berubah menjadi berdiri. Yeosang bediri tegak di atas dahan pokok sambil memerhatikan Wooyoung yang dari tadi tidak lepas memandangnya.

"Yang pastinya, aku tidak akan kembali ke dunia asal aku. Aku nak duduk di sini sehinggalah nyawa kau terpisah dari jasad." Sambung Yeosang lagi.

Wooyoung yang mendengar itu mula tersenyum. Kini barulah dia faham kisah hidup Yeosang dengan lebih mendalam. Walaupun dilahirkan sebagai human vampire, Yeosang tidak mempunyai hasrat dengki terhadap manusia sepertimana vampire lain membencikan mereka. Malah, Yeosang juga seorang yang sangat mulia yang pernah dia kenal.

Ketika mereka menuruni pokok, kelihatan ramai rakan kelasnya berkumpul di hadapan mereka termasuklah cikgu-cikgu dan juga pihak berkuasa. Yeosang seperti dapat menjangka sesuatu apa yang mereka ingin sampaikan.

"Saya memohon maaf daripada awak semua kerana dedahkan identiti saya yang sebenar. Saya janji saya tidak akan munculkan di--"

"Bukan begitu, Yeosang."

Kata-katanya itu terhenti setelah salah seorang pihak polis menyampuk.

"Disebabkan kamu, kami berjaya mengenal pasti pembunuh di bandar ini. Kalau bukan disebabkan kamu muncul di balai semalam, sudah tentu ramai akan menjadi mangsa dia."

"Ya! Walaupun kamu seekor vampire, kami tetap menganggap kamu sebagai manusia yang mulia."

"Tanpa kau Yeosang, sudah pasti dunia ini akan huru hara disebabkan vampire itu."

Yeosang tergamam apabila mendengar ucapan-ucapan begitu. Dalam hatinya sungguh tersentuh. Dulu dia selalu menyangka bahawa dirinya akan dibenci oleh semua manusia kerana dia seekor vampire yang boleh mengancam nyawa mereka.

Tetapi kali ini tidak. Mereka semua mengucapkan kesyukuran kepadanya kerana berjaya menghapuskan pembunuh di bandar ini. Tidak, berjaya menghapuskan San daripada membunuhnya dan juga memperdayakan manusia lain seperti Wooyoung.

Yeosang tersenyum kelat. Air matanya yang tadinya terhenti itu kembali mengalir deras. Dia gembira, gembira sangat kerana kehadirannya ini memberikan makna yang baik kepada semua manusia.

Dia bukanlah parasit seperti vampire yang lain.

Dia hanya Alex, yang lebih dikenali sebagai Kang Yeosang.

"Te-terima kasih..." Ucapnya sebak.

Wooyoung yang berada di sebelahnya mengusap lembut belakang Yeosang. Dia bersyukur kerana memiliki kawan yang baik dan prihatin seperti Yeosang. Tiada siapa yang mampu mengantikan sifat Yeosang yang baik ini.

Dia sudah memasangkan niat dalam hati. Sepanjang dia hidup, dia mahu sentiasa menemani Yeosang daripada kesunyian bagi membalas semula jasa baik Yeosang itu. Biarlah mereka bersama sehingga terpisah apabila tibanya masa untuk mereka pergi.

Kerana selain keluarga, sahabat juga adalah perkara yang penting dalam hidup kita.

Hargailah mereka...

TAMAT

----

Terima kasih kerana sudi baca fanfic terakhir saya pada tahun ini. Maafkan saya sebab tahun ni hanya sempat buat dua fanfic sahaja.

Insyaallah kalau diberikan kesempatan, kita jumpa di tahun hadapan dengan fanfic baru.

Jaga kesihatan semua <3

[C] Descent  ☾ 정우영 ☽Where stories live. Discover now