• 06 •

101 19 0
                                    

"Hai Wooyoung! Kenapa kau datang lambat hari ni?" Yeosang menyapa dengan mesra tatkala melihat kelibat Wooyoung memasuki kelas.

"Hai, aku ada cerita yang menarik nak share pada kau." Ujarnya seraya meletakkan beg sekolah di sebelah meja. Yeosang yang mendengar itu mula berasa sedikit teruja.

"Apa dia?"

"Kau masih ingat tak cerita aku yang semalam?"

Dia terdiam seketika sebelum menjawab.

"Yang kau cakap kau terjumpa vampire dan bagi dia tinggal di rumahkah?"

"Ya!"

"Kenapa? Dia dah jumpakah vampire yang sesat itu?"

Wooyoung menggeleng.

"Jadi apa lah?"

"Vampire itu sekarang berada di sekolah kita." Mata Yeosang membulat selepas mendengar Wooyoung berkata begitu.

"Dah kenapa dia kat sini pula?" soalnya terkejut. Dia tidak pasti sama ada apa yang dikatakan kawannya itu benar ataupun tidak. Sudahlah dirinya ini tidak percaya dengan perkara-perkara yang mengarut itu.

"Dia cakap dia nak cari vampire yang sesat itu di sini. Katanya kemungkinan besar vampire itu sudah jadi human vampire."

"Eh? Tetapi bukankah semalam kau cakap vampire yang kau jumpa tu spesies human vampire juga? Jadi apa masalahnya?" Tanya Yeosang lagi. Sungguh dia masih tidak faham dengan penerangan Wooyoung itu.

Dia tertanya sejak bila Wooyoung mula tertarik dengan vampire? Selama mereka berkawan, tidak pernah langsung dia dengar Wooyoung mengajaknya untuk berbual tentang perkara yang mistik. Baginya perkara begitu hanya membuang masa.

Wooyoung sudah agak bahawa Yeosang pasti bertanya soalan begitu. Namun dia menjawab dengan mengangkat bahu kerana dia sendiri pun tidak tahu dan keliru dengan kata-kata San semalam.

"Kau ni pagi-pagi sudah mengarut. Kelas belum start kot." Yeosang menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal. Agak pening dengan kelakuan Wooyoung hari ini.

"Ish! Aku tak mengarutlah! Kalau kau nak tengok sangat vampire tu ikut aku!"

Dengan geram Wooyoung menggenggam kuat tangan Yeosang untuk bawanya keluar dari kelas bersama. Yeosang yang berasa sedikit sakit pada tangannya itu hanya akur sahaja.

Dia tidak menyangka pula bahawa Wooyoung serius dengan hal ini. Kebiasaannya Wooyoung jarang serius terhadap sesuatu perkara.

Mungkin apa yang dikata oleh Wooyoung itu betul cuma dirinya sahaja yang sukar untuk percaya.

---------------

San melepaskan keluhan berat. Gagal! Dia langsung tidak menjumpai kelibat vampire itu! Mungkinkah ia sudah pergi ke tempat lain kerana ia tahu dirinya sedang diancam olehnya sekarang?

Selagi dia tidak berjaya menemui vampire sesat itu, selagi itu jugalah dia tidak boleh kembali ke dunia asalnya!

"Haish! Stress aku!" Dengusnya geram. Baru sahaja dia mahu pergi ke tempat lain, dia terdengar seseorang memanggil namanya dari jarak yang tidak jauh darinya.

"San-ah!"

San menoleh. Terlihat susuk tubuh Wooyoung sedang datang menghampirinya dengan membawa seseorang bersama. San tidak mengenali orang itu.

"Wooyoung? Siapa dengan kau ni?" Soalnya sambil menunjukkan orang yang dimaksudkan itu.

Yeosang tersentak melihat San. Kulit yang putih tidak seperti manusia normal, wajah cengkung sedikit pucat, kuku yang panjang serta biji mata yang berwarna kemerahan itu membuatkan Yeosang sedar bahawa Wooyoung tidak menipunya.

"Ini Yeosang. Dia lah kawan yang aku cerita pada kau semalam. Dia tak percaya dengan cerita aku jadi aku bawalah dia tengok kau sendiri."

San mengangguk faham. Dia menatap Yeosang yang dari tadi tidak lepas memandangnya. Wajahnya yang cerah, memiliki pipi yang sedikit tembam dan ketinggian yang sama dengannya membuatkan San terpaku.

Yeosang kelihatan sungguh cantik di matanya walaupun dia seorang lelaki.

"Jadi kau ni kawan Wooyoung ya?" soalnya. Yeosang tidak berkata apa-apa.

"Jaga diri tu baik-baik. Aku yakin vampire sesat tu masih berada di sini."

"Kau sudah jumpakah?" Wooyoung bertanya dengan perasaan yang ingin tahu. Namun sayangnya San menggelengkan kepala.

"Belum. Susah betul nak cari."

Dia mengeluh. Tidak lama kemudian, loceng sekolah berbunyi menandakan sesi pembelajaran akan bermula tidak lama lagi. Terus Yeosang mengajak Wooyoung untuk kembali ke kelas semula.

"San-ah, kami pergi dulu."

"Ya," jawabnya sepatah. Sempat juga mereka melambai tangan sebelum San menghilangkan diri ke tempat lain.

Dia masih berusaha mencari vampire itu walaupun dia tahu agak mustahil untuk dia jumpa. Kebarangkalian besar vampire itu sedang menyamar menjadi manusia yang normal seperti Wooyoung.

----------------

"Sekarang kau sudah percaya bukan?" tanya Wooyoung melulu. Kedua bola mata Yeosang mengguling tanda malas mahu berbalah dengan kawan baiknya.

"Baiklah baiklah. Kau betul." Katanya malas.

Satu senyuman lebar terukir di bibir Wooyoung. Begitulah! Bukan dia saja-saja mereka cerita perkara yang betul.

Kemudian, Wooyoung tiba-tiba teringatkan sesuatu yang penting.

"Oh ya, aku dengar minggu depan hari penyerahan kad laporan kita. Betulkah?" soalnya. Yeosang mengangguk kecil.

"Ya."

"Nampaknya kita ambil sama-sama lagi lah kan? Kita berdua sahaja yang tiada keluarga ni," kata Wooyoung dengan tenang. Dia sudah terbiasa mengambil kad laporan tanpa ibu bapa di sisinya. Malah dia juga tahu bahawa Yeosang juga senasib dengannya.

"Kita memang tak ada keluarga tapi keluarga aku ialah kau, Wooyoung." Entah mengapa ayat begitu keluar dari mulut Yeosang. Mungkin kerana dia menganggap bahawa hanya Wooyoung sahaja seseorang yang boleh dia bergantung. Dia tiada siapa-siapa.

Wooyoung tersenyum kelat lalu mengusap lembut belakang Yeosang.

"Ada-ada saja kau ni."

Tidak lama selepas itu, guru mereka tiba di kelas. Maka sesi pembelajaran mereka pada pagi ini berlangsung seperti biasa tanpa apa-apa gangguan.

[C] Descent  ☾ 정우영 ☽Where stories live. Discover now