• 04 •

108 22 1
                                    

Wooyoung berlari menuju ke rumah sebaik sahaja tamat waktu sekolah. Tidak sempat untuk Yeosang mengucapkan selamat tinggal kepadanya kerana Wooyoung sudah berlari keluar meninggalkan dia seorang diri di kelas.

Jantungnya berdegup kencang tanpa henti. Sejak waktu pagi lagi dia rasa takut yang amat selepas melihat bagaimana keadaan mangsa di dataran sekolah. Bagaimana dia dibunuh itu sungguh sama seperti yang dia selalu lihat di televisyen.

Kesan gigitan banyak pada leher dan juga kesan koyakkan pada lengan mangsa.

'Jadi memang betul lah kata San semalam!'

Wooyoung tidak menafikan. Memang dia percaya kata San bahawa semua pembunuhan ini berpunca daripada seekor vampire yang sesat di dunia mereka. Mana mungkin manusia boleh berbuat begitu.

Satu helaan nafas dilepaskan sebaik sahaja tiba di hadapan pintu rumahnya. Sungguh dia berasa lelah yang amat kerana berlari tanpa henti tadi. Lalu Wooyoung mengeluarkan kunci rumah dari poketnya untuk membuka pintu.

Namun pintu tersebut telah dibuka oleh seseorang dari dalam tanpa sempat Wooyoung memasukkan lagi.

Senyuman kelat terukir di bibirnya.

"Wooyoung-ah! Kau pulang!" San mengukap dengan penuh kelegaan. Terus Wooyoung masuk sebelum San mengunci pintu rumah.

"Kau nampak letih. Biar aku ambilkan air." Dengan rela hati, San berjalan menuju ke dapur untuk mengambil secawan air kosong kepada Wooyoung.

Dia meneguk air itu secara terus tanpa henti. Lega rasanya setelah dapat menghilangkan rasa haus yang menguasai dirinya tadi. San sekadar memandang sahaja kawannya begitu.

"Ada apa-apa berlakukah tadi?" tanya San cuba untuk mengajak Wooyoung berbual.

"Ya..." balasnya ringkas. Nafasnya juga masih belum teratur akibat kepenatan.

"Apa dia?"

"Budak sekolah aku dibunuh oleh vampire tu."

Mata San terbeliak luas selepas mendengar berita tersebut.

"Jadi vampire tu ada di sekolah kau?" San secara tidak sengaja meninggikan nada suaranya menyebabkan Wooyoung terkejut sedikit.

Tiada suara yang dibalas melainkan anggukan sahaja. San mendengus geram.

"Cis! Patutlah masa aku cari dia di bandar langsung tak jumpa!"

"Aku ada cerita hal ni kat kawan aku. Tetapi dia tak percaya," ujar Wooyoung perlahan namun dapat didengari oleh San.

"Memanglah. Manusia mana nak percaya dengan kewujudan kami. Diorang anggap kami ni cuma mitos sahaja."

Wooyoung tersenyum kelat. Memang tidak dinafikan kerana apa yang dikatakan oleh San itu memang betul. Sedangkan Yeosang, yang merupakan kawan baik dia sendiri juga tidak percaya akan kewujudan vampire ini.

Tetapi Wooyoung percaya. Hal ini kerana mendiang neneknya pernah menceritakan bahawa beliau pernah berjumpa dan menjaga seekor vampire yang sesat di hutan. Tetapi dia tidak sempat untuk mendengar cerita beliau sehingga habis kerana waktu itu beliau diserang dengan penyakit kanser.

"San, betulkah yang darah manusia ni merupakan makanan keperluan korang?" Entah mengapa Wooyoung bertanya soalan yang agak bodoh itu kepada San walaupun dia sendiri tahu.

"Hmm, betul lah tu. Tetapi darah manusia ni bukan sahaja makanan kami, ia juga merupakan satu cecair yang sangat istimewa buat kami."

Kata-kata San tadi membuatkan Wooyoung terangkat kening tanda tidak faham.

"Maksud kau?"

"Sebenarnya, apabila darah manusia dimasukkan dalam saluran darah kami, ia dapat mengubah kami menjadi seorang manusia juga. Ia dapat menyembunyikan identiti kami yang merupakan seekor vampire ni."

Mata Wooyoung membulat setelah mendengar penerangan San tadi. Ia sungguh berada di luar kotak pemikiran dia sendiri.

"Macam mengarut saja!" San tertawa kecil.

"Jadi sebab itulah aku kena cari vampire tu. Aku takut kalau dia sekarang jadi human vampire. Susah untuk jejak dia. Sudahlah dia tu dari keturunan Hwa Vampire."

"Keturunan Hwa Vampire? Keturunan apa itu?"

"Keturunan vampire yang paling kejam. Sejak berabad-abad lagi kami cuba untuk menghapuskan keturunan Hwa tu kerana mereka banyak melakukan kehancuran dan kerosakkan di dunia kami. Sekarang tinggal seekor sahaja yang berasal dari keturunan itu, iaitu yang aku cari sekarang ni."

Mulut Wooyoung seakan-akan terkunci dari dalam selepas mendengar penjelasan San. Dia terasa seperti dia berada di dunia fantasi sekarang ini. Bukan fantasi yang indah melainkan fantasi yang gelap.

"Okey, kalau kau cakap yang vampire tu berasal dari keturunan Hwa, kau pula vampire keturunan apa?" Wooyoung bertanya lagi. Tidak tahu mengapa dia sangat tertarik dengan cerita San itu. Seolah-olah ada satu kuasa yang menariknya untuk mendalami tentang dunia vampire ini.

"Aku dari keturunan Yeom Vampire. Keturunan yang paling tinggi di dunia aku." Jawab San membuatkan Wooyoung kagum mendengar.

"Wah! Hebatlah kau!"

"Biasa sajalah."

"Oh ya, kau mestilah tahu nama vampire sesat tu bukan? Tak silap aku kau pernah beritahu aku yang korang ada dua nama berbeza." San mengangguk dengan hujahan Wooyoung tadi.

"Ya betul. Tetapi aku tidak tahu apa nama di dunia manusia ni. Aku cuma tahu nama dia di dunia aku saja."

"Boleh aku tahu nama dia? Sebagai langkah untuk aku berjaga-jaga." Pinta Wooyoung. Dia juga mahu tahu apa nama vampire itu supaya dia berwaspada ketika berada di luar rumah.

San tersenyum nipis sebelum dia menjawab pertanyaan tersebut.

"Alex."

[C] Descent  ☾ 정우영 ☽Where stories live. Discover now