• 10 •

98 19 4
                                    

Suasana di atas bumbung sekolah sangat tegang. Tiada sebarang bunyi yang didengari melainkan deruan angin yang kuat sahaja.

Wooyoung seolah-olah tidak percaya. Benarkah Yeosang yang di hadapannya sekarang ialah Alex? Seekor vampire yang dicari-cari oleh San setelah kian lama. Jadi betul lah semua pembunuhan yang berlaku di bandar ini adalah disebabkan oleh Yeosang sendiri?

Sungguh dia sangat keliru sekarang ini!

Yeosang menatap tajam ke arah San yang sedang menahan sakit pada bahagian perut setelah ditendang kuat. Senyuman sinis pada bibirnya masih terukir jelas.

"Aku terkejut yang kau tak dapat agak siapa diri aku, Daniel. Sedangkan Wooyoung tarik aku untuk tengok kau dengan dekat pun kau masih tidak perasan. How funny." Sindir Yeosang. Lalu dia mengalihkan pandangan dia ke arah kedudukan matahari yang terpacak tepat di atas langit.

"Pelik... Kau tak terbakar bila terdedah dengan cahaya matahari?" Soalnya. Tidak lama selepas itu dia tertawa.

"Ah! Aku lupa! Kau dah banyak minum darah manusia! Patutlah kau boleh bertahan di sini!"

Mata Wooyoung terbuntang luas selepas mendengar kata-kata Yeosang itu.

Minum darah manusia?

Adakah selama ini...

"Hehehe..."

San terkekek ketawa. Wajahnya berubah menjadi lebih menakutkan berbanding sebelumnya. Dia perlahan-lahan bangun menghadap Yeosang.

"Kenapa kau terlalu bijak huh? Kau memang tahu tujuan aku ke sini ya?" San bertanya dengan penuh menjengkelkan. Dia memandang Wooyoung buat seketika sebelum dia menyerangnya membuatkan Yeosang terkejut.

"Kau macam tahu-tahu sahaja niat aku untuk minum darah budak ni kan!" Jerkah San sambil mencengkam leher Wooyoung dengan lebih kuat. Wooyoung cuba untuk melepaskan diri namun dia mengalami kesukaran kerana kesesakan nafas.

Yeosang laju menumbuk San dengan kuat sehingga dia tertolak jauh dari Wooyoung. Terbatuk-batuk dia mencari nafas. Belum sempat San mahu bangun, Yeosang sudah pun mencengkam lehernya.

"Berani kau!" San cuba untuk melepaskan dirinya. Namun cengkaman Yeosang itu sangat kuat sehingga kukunya tertusuk pada leher San.

"KAU NAK APA LAGI DARI AKU? KAU BUNUH SEMUA KETURUNAN AKU! KAU PANCUNG KEPALA IBU BAPA AKU! KAU BUNUH MANUSIA YANG TAK BERSALAH SEMATA-MATA NAK CARI AKU! AKU BUAT SALAH APA  SAMPAIKAN MEREKA ARAHKAN KAU UNTUK BUNUH AKU DI SINI?"

Teriak Yeosang. Matanya juga sudah berkaca menahan diri daripada menangis di hadapan San. Wooyoung yang dari tadi menjadi orang tengah itu masih keliru dengan situasi sekarang.

Dalam hatinya terfikir, mungkinkah San cuba untuk memerangkapnya sepanjang dia mencari Yeosang hanya semata-semata mahu membunuhnya? Atas sebab apa dia sendiri tidak tahu.

San tersenyum sinis melihat keadaan Yeosang begitu. Tangannya itu digenggam kuat menyebabkan Yeosang merasai kesakitan yang melampau.

"Argh!"

"Kau kena faham, Alex. Dunia kita ini benci akan human vampire, lebih-lebih lagi keturunan kau iaitu Hwa vampire. Aku cuma jalankan tugas untuk bunuh kau saja." Dengan tenang San berkata sebelum dia menghayunkan penumbuk pada Yeosang.

"YEOSANG-AH!"

Wooyoung berlari mendapatkan Yeosang yang sudah jatuh tersungkur itu. Tatapan tajam diberikan kepada San.

"Apa kau buat ni, San! Kenapa kau tipu aku selama ni!" Tengking Wooyoung. Tidak menyangka bahawa selama ini San mempergunakannya.

"Kau yang bodoh, Wooyoung! Kau percaya bulat-bulat apa yang aku ceritakan pada kau dulu! Tak sangka manusia macam kau mudah diperdayakan!"

Wooyoung terdiam. Lalu dia ditarik oleh San dengan kasar. San merapatkan wajahnya pada tengkuk Wooyoung membuatkan dia terkedu.

"Darah dia ni mesti sedap bukan? Dari dulu aku tahan nak makan dia ni!"

Baru sahaja San mahu menerkam tengkuk Wooyoung, dia telah disimbah dengan sebotol air secara tiba-tiba menyebabkan dirinya mula terbakar.

"EH! AIR APA NI?" San gelabah. Dia cuba untuk memadamkan api pada sekitar tubuhnya namun gagal. Yeosang di situ tersenyum lebar.

"Air suci. Kebetulan juga cuaca hari ini panas jadi ia kombinasi yang sangat tepat untuk kau yang merupakan regular vampire ini." Balasnya sinis.

Wooyoung keliru. Dia terkejut melihat orang yang menyimbah air suci ke arah San tadi adalah pihak polis yang pernah datang ke sekolah mereka tempoh hari. Malah, dia sendiri tidak sedar bahawa ramai orang sedang memerhatikan mereka dari jauh.

"TAK GUNA KAU!" Teriak San. Yeosang tidak membalas apa-apa melainkan senyuman dia yang manis itu sahaja terlekat pada bibir.

Tubuh San hangus dibakar akibat kesan air suci dan juga cahaya matahari ini. Mungkin bagi orang lain perkara begini mengarut untuk berlaku namun hakikatnya ia benar. Seekor vampire mudah untuk dihapuskan jika adanya kehadiran cahaya matahari dan juga air suci.

"Akhirnya lesap juga pembunuh di bandar ini," ucap pihak polis itu sebelum dia mengarahkan ahli-ahlinya yang lain untuk menguruskan mayat San.

Keadaan di atap sekolah juga sudah kembali pulih semula. Yeosang menghela nafas lega. Dia menoleh memandang Wooyoung yang sedang perhatikan dia dari tadi. Wajah Wooyoung juga kelihatan agak sedikit comot... Mungkin kesan daripada pergelutan tadi agaknya.

Baru sahaja Yeosang mahu berlalu pergi, namanya dipanggil oleh Wooyoung.

"Yeosang, tunggu!"

Namun Yeosang mengedahkannya lalu lesap dari pandangan semua orang.

[C] Descent  ☾ 정우영 ☽Where stories live. Discover now