• 11 •

99 19 0
                                    

"Yeosang! Kau di mana?"

Wooyoung mencari-cari keberadaan Yeosang di kawasan sekolah. Hampa kerana batang hidungnya langsung tidak kelihatan. Selepas sahaja kejadian begitu berlaku, Yeosang kembali menghilangkan diri walaupun dia sudah dipanggil berkali-kali.

Wooyoung melepaskan keluhan berat. Niatnya untuk pergi ke tempat lain terbatal setelah dia merasakan kepalanya diketuk oleh sesuatu dari atas.

Apabila dia menoleh, dia terkejut melihat Yeosang sedang duduk di atas dahan pokok sambil mengukirkan senyuman nipis ke arahnya.

"Panggil aku macam aku ni mahu mati saja," sindir sahabatnya itu. Lalu dia mengajak Wooyoung untuk duduk bersama dengannya.

Wooyoung melabuhkan punggung untuk duduk di sebelah Yeosang. Keadaan sahabatnya itu sangat berbeza. Yeosang yang kebiasaannya kelihatan sangat kemas dan bersih itu tidak pada hari ini. Pakaian dia agak kotor dan wajahnya mempunyai beberapa luka.

Itu mesti kesan daripada perbalahan  tadi...

"Wooyoung, kau tak apa-apa bukan?" Yeosang bertanya. Jelas riak wajahnya menunjukkan bahawa dia sangat risau sekarang ini.

Wooyoung tersenyum kelat sebelum dia menjawab pertanyaan Yeosang itu.

"Ya, aku baik-baik saja."

"Baguslah kalau begitu..."

Suasana di antara mereka berdua senyap tanpa suara. Walaupun cuaca pada hari ini panas terik, mereka tidak terasa panas kerana berteduh di bawah pokok.

Wooyoung memerhatikan Yeosang. Sungguh dia masih tidak menyangka bahawa kawan baiknya selama ini merupakan seekor vampire, bukan tetapi human vampire.

Yeosang ialah Alex...

"Aku minta maaf sebab dedahkan identiti aku yang sebenar..." Wooyoung terkejut apabila Yeosang meminta maaf kepadanya secara tiba-tiba.

"Tak apa lah, Yeosang." Dia cuba untuk menenangkan Yeosang tetapi Yeosang masih lagi dilanda dengan rasa serba salah.

"Walaupun begitu... Aku masih tidak menyangka bahawa selama ini aku berkawan dengan vampire macam kau."

Yeosang menundukkan kepala. Entah kenapa dia berasa sangat malu untuk melihat muka Wooyoung. Dia mula merasa jijik pada dirinya sendiri yang bukan merupakan seorang manusia normal.

"Wooyoung, mendiang nenek kau pernah cerita pada kau yang dia pernah menjaga seekor vampire dulu bukan?"

"Huh? Mana kau tahu?"

Hairan Wooyoung. Setahunya, dia tidak pernah menceritakan hal itu kepada Yeosang.

"Vampire yang mendiang nenek kau jaga dulu itu ialah aku..."

"Kau-- APA?"

Wooyoung terkejut. Adakah dia tersilap dengar? Yeosang mengatakan bahawa dia pernah dijaga oleh mendiang neneknya sendiri!

Yeosang menghela nafas perlahan. Akhirnya dia membuka cerita kepada Wooyoung bagi memahami jalan cerita yang sebenar.

"Ya... Mendiang nenek kau jumpa aku di hutan masa aku melarikan diri aku dari dunia vampire. Nenek kau menjaga aku dengan baik. Walaupun aku banyak kali menakutkan jiran-jiran, dia masih lagi mahu jaga aku. Sehinggalah kau dijaga oleh dia selepas kau kehilangan ibu bapa pun dia masih lagi jaga aku dalam diam.

Sehinggalah satu hari, nenek kau bertanyakan tentang nama aku. Tetapi aku tipu dia dengan mengatakan yang aku tidak tahu. Aku tak mahu dia memanggil aku Alex sebab aku benci nama itu. Akhirnya dia putuskan untuk memberi nama aku Kang Yeosang sebab aku memiliki wajah yang cantik seperti perempuan. Nama Kang itu pula datangnya dari dia sendiri sepanjang dia menjaga aku dulu.

Ketika nenek kau diserang dengan penyakit kanser, dia berpesan pada aku supaya jagakan kau. Tolong perhatikan kau. Jaga kau seperti mana dia menjaga aku. Dan aku pada waktu itu berjanji dengannya untuk membalas semua jasa baik dia pada kau.

Mungkin kau tidak perasan tetapi aku sudah lama bersama dengan kau sejak kau kali pertama kehilangan keluarga lagi. Aku tolong kau mengelakkan diri dari sebarang ancaman, aku tolong halau pembuli daripada kau dan aku memang ada di sisi kau dari jauh waktu dulu.

Sehinggalah satu tahap, aku decide untuk jaga kau dengan lebih rapat jadi aku cuba belajar untuk jadi manusia. Aku makan, minum, pergi sekolah dan buat gaya hidup yang normal seperti manusia. Aku buat semua ini kerana aku berjanji dengan mendiang nenek kau, Wooyoung."

Wooyoung terkedu selepas mendengar kisah silam Yeosang itu. Jadi memang benarnya bahawa Yeosang memang seekor vampire dan hidup secara berseorangan dari dulu sehingga sekarang.

Selepas bercerita, air mata yang tadinya ditahan mula pecah sepenuhnya membasahi pipi yang kering. Yeosang menangis di samping Wooyoung.

"Aku tak bunuh manusia... Aku tak benci manusia... Aku cuma minum darah haiwan yang mati kalau aku betul-betul craving sahaja... Aku dilahirkan human vampire secara semula jadi... Aku benci mengaku yang aku ni vampire..." Tangis Yeosang. Namun wajahnya ditutup dengan kedua-dua tangannya.

"Aku cerita pada kau sebab aku memang percayakan kau, Wooyoung. Tolong percaya pada aku..."

Wooyoung mula sebak melihat Yeosang begitu. Pasti banyak perkara yang Yeosang sudah lalui seorang diri sehingga dia menjadi begini.

Tubuh Yeosang yang tersedu-sedu akibat tangisan itu ditariknya dalam dakapan. Wooyoung memeluk Yeosang dengan erat bagi menenangkang sedikit kesedihan sahabatnya itu.

Sungguh, dia tidak kuat melihat kawan baiknya itu menangis.

[C] Descent  ☾ 정우영 ☽حيث تعيش القصص. اكتشف الآن