Mereka melangkah keluar terlihat driver Zafriel sedang berdiri tegak menunggu mereka.

"Eh, Adam buat apa dekat sini?" Tanya abah pelik apabila melihat Adam datang membawa sesuatu.

"Ni ha...Adam ada bawa sikit hadia untuk Nadia" Kotak yang berbalut itu dihulur kepada Nadia.

"Hadiah apa? Hari jadi Nad lambat lagilah"

"Tahu...tadi pagi Adam pergi mall alang-alang tu belilah sekali sesuatu untuk Nadia"

"Lagipun Adam dah anggap Nadia ni macam adik abang" Sambungnya membuat Zafriel menatap tajam kearah dia. Dia hanya tersenyum kearah Zafriel. Senyuman penuh makna.

"Oh, kalau macam tu thank you susah-susah je" Kata Nadia diiringi gelak tiada langsung rasa curiga.

"Ha, yelah Nadia saja yang Adam belikan yang ummi tak ada pula" Ummi pura-pura merajuk ditepi pintu.

"Hahaha...nanti Adam belikan yang lagi istimewa untuk ummi" Jawab Adam.

"Zafriel dan Nadia gerak dululah assalamualaikum" Tanpa aba-aba Zafriel menarik tangan Nadia masuk kedalam kereta.

"Waalaikumsalam..."

Senyuman lebar Adam seketika pudar. Kereta mewah Zafriel mula menjauh dari pekarangan rumah.

"Adam balik dulu ya assalamualaikum" Adam mengatur langkahnya tergesa-gesa.

"Waalaikumsalam" Balas abah dan ummi dengan serentak.

🪐

Didalam kereta Nadia tergerak hati ingin membuka dan melihat apa yang ada didalam kotak. Zafriel disebelahnya hanya diam memerhati setiap gerak-geri Nadia.

"Comelnya bear" Nadia dengan terasa teruja mula keluarkan patung beruang dari kotak tadi.

Entah kenapa Zafriel merasakan sesuatu atau lebih tepat firasat buruk kepada patung beruang yang Nadia miliki sekarang ini.

Patung beruang ditangan Nadia dirampas lalu Zafriel membuka tingkap campak patung beruang itu keluar.

Nadia membeku.

"Zafriel!" Nadia terkejut dengan tindakan Zafriel tadi.

"Kenapa awak buang patung beruang tu" Nadia memandang Zafriel dengan penuh amarah.

"Shh...tak baik tengking suami" Ujar Zafriel lembut tangannya membelai pipi Nadia.

"Tapi kenapa awak tiba-tiba campak patung beruang tu. Tak baiklah Adam susah-susah belikan untuk saya lepastu senang-senang aje awak buang" Bebel Nadia tak puas hati.

"Setakat patung beruang macam tu abang pun boleh beli lebih daripada tu lagi abang boleh beli" Jawab Zafriel bersahaja tidak peduli dengan Nadia sekarang ini.

"Kalau abang terangkan nanti sayang takut" Kata lagi Zafriel kini dia menatap dalam anak mata Nadia.

"Takut? Tak fahamlah cuba terangkan"

"Kalau abang terangkan Nadia tak akan faham juga" Berkerut-kerut dahi Nadia. Sekarang ini dia tak faham langsung dengan Zafriel.

"Kut mung lah" Nadia memeluk tubuh dia mengalih pandangannya kearah luar tingkap. Merajuk.

Zafriel disebelahnya hanya diam memerhati Nadia.

🪐

"Rindunya..." Kedua belah pipi Nadia dicium oleh mama. Rindu juga dekat menantu kesayangan dia ni.

Nadia tersenyum manis.

Zafriel yang melihat itu hanya menggeleng kepalanya. Bila dengan anak sendiri tak layan pun.

"Sudahlah berdrama tu...macam tak jumpa setahun" Tegur papa didepan pintu.

"Biarlah saya nak berdrama dengan menantu saya ni" Mama menjeling sekilas papa.

"Jom Nadia masuk kedalam ada benda sikit mama dan papa nak cakap dengan kamu" Nadia mengangguk sebelum masuk kedalam.

Zafriel menjungkit sebelah keningnya. Mama dan papa dari tadi tersenyum-senyum tanpa sebab. Macam ada sesuatu yang mereka rancangkan aje.

"Mama dan papa ada benda special nak bagi dekat kamu berdua"

"Benda apa tu mama?" Soal Nadia.

Sekeping sampul surat diletak atas meja Zafriel pun mengambil lalu buka ingin tahu isi dalamnya.

"Tiket apa ni?"

"Tiket percutian" Zafriel terdiam dia mula menangkap maksud mamanya.

"Tiket percutian ke Bali untuk Zafriel dan Nadia honeymoon"

"Uhukk! Uhuk!" Tersedak air teh Nadia dibuatnya. Honeymoon!?

Zafriel terkejut lalu menggosok perlahan belakang Nadia. Mama dan papa juga ikut terkejut.

"Nadia okay?" Tanya mama dengan nada risau.

"Okay..." Jawab Nadia perlahan.

"Memandangkan kamu berdua cuti panjang jadi mama dan papa belikan tiket dan tolong booking sekali" Kini hanya mama saja bersuara papa pula hanya diam dengarkan saja.

Zafriel mendengus kesal. Mamanya suka sangat membuat sesuatu keputusan tanpa persetujuan dia. Tapi buat macam mana benda dah beli enjoy aje lah.

"Nadia nak cakap sekejap dengan Zafriel"

"Okay...take your time"

Nadia menarik lengan Zafriel menuju ke dapur.

"Kenapa abang tak cakap pasal ni awal-awal dekat Nadia?"

"Masalahnya abang pun tak tahu pasal ni. Mama dengan papa yang rancangkan" Jawab Zafriel.

"Aduh...macam mana ni" Nadia menekup mulutnya dengan telapak tangan. Dia tak bersedia lagi!

"Benda dah jadi kita enjoy aje lah apa susahnya lagipun kita ni suami isteri memang wajib buat 'benda' tu" Ujar Zafriel sambil tersenyum nakal.

"Ish! Abang ni pervert!" Lengan Zafriel dipukul.

"Aww...mana ada memang betul apa yang abang cakapkan"

Nadia diam bila fikirkan balik betul juga apa yang Zafriel sampaikan. Satu lagi pasangan mana je yang taknak anak?

Tbc

🌚🌚🌚

SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now