BAB 6

5.6K 453 13
                                    

RIAN duduk tercanguk merenung kolam ikan luas di hadapannya. Posisi berubah bersimpuh. Serupa tiada rumah. Sibuk duduk di rumah orang.

"Ehem," Mutiara muncul dari belakang. Rian menoleh. Spontan anak matanya turun, meneliti pakaian wanita itu yang menyarung jaket vintaj hitam. Rambut merah itu diikat ikal mayang. Di lengan kiri, Mutiara memeluk topi keledar.

Terangkat sebelah kening Mutiara sedari tatapan Rian tidak lepas daripada merenung penampilannya.

"Kau memang tak ada rumah, ke?" Namun Mutiara endahkan saja. Muka garang tidak berperasaan. Dia bersandar selesa pada badan kereta sportnya, Lamborghini Huracan GT3. Sebelah tangan bebasnya menyeluk poket jaket dan merenung Rian.

"Tak," bidas Rian. Dia kemudian bangkit daripada duduk. Langkah diorak merapati Mutiara. Hek eleh kerek gila muka perempuan ni.

"Kau gelandangan pun aku tak heran. Get out. Now." Tegas Mutiara lagi. Rian menayang riak bosan.

"Bla, bla, bla. Cakap ajelah kau nak keluar," ajuk Rian membuat hati Mutiara mula panas. Mata diguling ke atas.

"Oh, kau nak pergi mana? Bunuh orang, eh? Siapa pula sasaran kau kali ni, hmm?" Bertubi-tubi soalan yang ditujukan buat Mutiara. Sempat Rian menjenguk ke dalam tingkap kereta unik Mutiara.

Sepertinya, Mutiara bukan seseorang yang membeli kereta mewah kerana keluaran edisi terhad ataupun untuk dijadikan simbol kekayaan. Jauh beza dengan Rian yang menghabiskan duit membeli kereta mewah, tetapi masih menggunakan superbike.

Gaya Mutiara satu ini membuatkan dia kelihatan jelas seperti seorang pelumba kereta. Melihat dari luaran kereta wanita itu sahaja sudah mencerminkan personaliti Mutiara.

"Jangan menyibuk. Blah." Dengan kasar Mutiara menarik bahu Rian yang sibuk pusing mengelilingi keretanya. Terus terheret ke belakang kaki Rian.

Fuh, kuat betul perempuan ni!

Rian membetulkan semula bajunya yang rosak akibat ditarik oleh Mutiara seketika tadi. Dia berdehem kecil. Sekali lagi dia memanjangkan leher, menjenguk ke dalam.

"Kau custom ke semua part kereta ni?" tanya Rian ingin tahu. Tidak dapat membohongi diri, dia sedikit tertarik dengan ubah suai yang dilakukan kepada kereta itu. Kereta hitam itu dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan yang unik. Boleh tahan juga taste minah ni.

"Memang suka tanya soalan bodoh ke?" Selepas meninggalkan Rian terkulai-kulai, terus Mutiara memboloskan badan ke dalam perut kereta rendah itu.

"Memang suka serius tak bertempat, ke?" soal Rian pula. Walhal Mutiara tidak dapat dengar suara kecilnya dari dalam kereta. Terkumat-kamit bibir mencaci wanita itu tanpa diketahui. Namun, tiba-tiba Mutiara menurunkan tingkap kereta. Terus dia mengunci bibir. Diganti dengan sengihan panjang.

"My last warning. Jangan munculkan diri kau depan aku lagi." Lalu cermin kereta dinaikkan semula.

Dari jauh, dua orang pengawal membukakan pagar serba gah rumah agam itu untuk Mutiara. Sudah menjadi rutin harian mereka terpaksa mengikuti arahan Mutiara biarpun wanita itu sebenarnya menyelinap keluar secara diam-diam.

Larangan adalah arahan kepada Mutiara. Dia dan sifat keras kepalanya tidak dapat dipisahkan.

Terenjut bahu Rian apabila Mutiara meninggalkan hon kuat sebelum meluncur keluar dari pekarangan rumah. Ngauman enjin kuat dari kereta mewah tersebut memekakkan telinga Rian yang sekecil semut di sebelah.

Vrooom!

Dalam sekelip mata, kereta yang dipandu oleh Mutiara hilang daripada pandangan mata. Meluncur laju, terus membelah jalan raya. Di kawasan kediaman keluarga Dark Horse tiada jiran menetap di sekeliling rumah mereka kerana tanah di kawasan itu dimiliki oleh Colin Li.

𝐃𝐞𝐯𝐢𝐥'𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 [TERBIT] Where stories live. Discover now