Chapter 15

63 5 0
                                    

10 minit sudah berlalu, akhirnya Tengku Ayla tersedar dari pengsannya.

Tengku Zahra yang melihat anaknya sudah sedar itu segera membantu anaknya duduk bersandar pada katil.

"Mummy... nak... air...." kata Tengku Ayla kepada mummynya.

"Ye kakak. Mummy tolong tuangkan" balas Tengku Zahra sambil menuangkan air kosong ke dalam cawan yang berada di atas meja tersebut.

Tengku Zahra memberi air kosong kepada anaknya. Tengku Ayla meminumnya dengan perlahan.

Tengku Fayyad melangkah masuk ke dalam bilik anak daranya."can i seat here ?" tanya Tengku Mohd Fayyad kepada anaknya.

Tengku Ayla mengangguk kepalanya. "feeling better now ?" tanya Tengku Mohd Fayyad lagi.

"Yes, a little bit" jawab Tengku Ayla yang masih dalam keadaan lemah.

"Awak kalau datang sini nak speaking, tak payah la. Kesian kakak nak kena jawab soalan awak tu dalam bahasa inggeris. Dia dah la baru je sedar" marah Tengku Zahra kepada suaminya.

"Saya mana la tahu dia baru sedar. Saya datang sini pon sebab nak tengok keadaan dia aje. Bukannya nak gaduh dengan awak" jawab Tengku Fayyad tak puas hati.

"Awak ni kan dari dulu lagi perangai macamni. Suka sangat sakitkan hati saya. Nasib masa kahwin dulu tak lafaz akad dalam bahasa inggeris je" balas Tengku Zahra sambil membuat muka toya.

"Ehhh apa ni mummy.daddy. Kakak tengah sakit kan, yang korang gaduh dekat sini ni kenapa ?" tegur Tengku Amelia yang baru masuk bilik kakaknya.

"Its none of your business !!" kata mereka berdua serentak.

Lalu, mereka keluar dari bilik Tengku Ayla. Tengku Zahra ke dapur, manakala Tengku Fayyad ke ruang tamu.
































































































"Kau nak makan kak ?" tanya Tengku Amelia kepada kakaknya.

"Boleh la.." jawab Tengku Ayla.

"Nah kau makan sendiri" kata Tengku Amelia dan terus keluar dari bilik kakaknya.

"Kau ni kan Melia. MELIAAA !!!!" jerit Tengku Ayla kuat.

Tengku Amelia terus memasuki biliknya dengan wajah yang tak bersalah.

"MELIA. LEPASNI AKU TAK NAK HANTAR KAU BALIK UNI DAH !!!!" tempik Tengku Ayla lagi.

Tengku Zahra yang mendengar terus berlari memasuki bilik anaknya."Kakak, kenapa jerit ni ?" tanya Tengku Zahra.

"Mummy, tengok Melia tu dia yang tanya kakak nak makan ke tak. Then bila kakak cakap nak. Dia suruh makan sendiri. Pastu dia blah macamtu je !!!" kata Tengku Ayla sambil memeluk mummynya erat.

"Melia ni nak kena. Takpe biar mummy panggil Lyn eh suruh temankan kakak makan. Mummy nak pergi bilik Melia" kata Tengku Zahra.

"Okay mummy. Me love you so much " kata Tengku Ayla.





















































































Ketika Tengku Dahlia sedang memandu keretanya. Tiba - tiba keretanya mengeluarkan asap. Dia pun memberhentikan keretanya di tepi jalan raya.

Dia membuka lock bonet hadapan. Selepas itu, dia keluar daripada keretanya.

"Aduh kenapa pulak ni. Sebelum ni tak pernah pon jadi macamni. Ni tiba - tiba mati pulak dah kenapa. Nasib baik la aku tak kerja harini. Takdela kalut cari grab" bebel Tengku Dahlia seorang diri.

"Assalammualaikum, cik ada masalah ke" tanya seorang lelaki berbaju t - shirt merah.

"Waalaikumussalam, ye saya ada masalah. Kereta ni ha, tadi elok je saya bawak. Sampai sini terus kereta ni berasap" kata Tengku Dahlia.

"Kejap saya nak cari apa masalah dia" balas lelaki yang hendak menolongnya itu.

"Ohh. Air dalam kereta ni dah kering. Cik kena tambah air baru" kata lelaki itu sambil memberitahu masalah keretanya.

"Tapi saya takde air" jawab Tengku Dahlia sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Takpe cik, dalam bonet kereta saya ada air lebih. Kejap eh saya ambilkan" kata lelaki tadi.

Lelaki itu bergerak ke arah keretanya yang berwarna putih. Dia mengambil air dari bonet belakang. Lalu, dia berjalan ke kereta miliknya.

"Saya tolong tuangkan eh cik" kata lelaki itu lagi.

Tengku Dahlia hanya melihat tingkah laku lelaki itu. Dia terus bertanya kepada lelaki tersebut.

"Emm.. nama awak apa eh ?" tanya Tengku Dahlia.

"Nama saya Aniq Sufian. Cik boleh panggil Aniq. Cik pula nama apa ?" balas Tengku Aniq mesra.

"Dahlia. Dahlia Mikayla." kata Tengku Dahlia pula.

"Awak jangan la panggil saya cik. Panggil je saya Lia." kata Tengku Dahlia lagi.

"Okay Lia" kata Tengku Aniq.

"Jadi, boleh saya minta nombor awak ? Senang la saya nak tolong awak pula nanti" tanya Tengku Dahlia.

"Boleh - boleh. 01172******" kata Tengku Aniq.

"Okay save. Thankyou Aniq. Sebab tolong saya harini. InshaAllah satu hari nanti saya pula yang akan tolong awak" balas Tengku Dahlia sambil tersenyum manis.

"Your welcome Lia. Aaminn" jawab Tengku Aniq sambil membalas senyuman untuknya.




- continue -

Sila vote dan komen di bawah 😊

𝐏𝐔𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇 ❤🦋 | 𝐇𝐎𝐋𝐃 𝐎𝐍Where stories live. Discover now