Chapter 9

38 4 0
                                    

Sudah empat kali madam Xiu menghubungi Tengku Zahra, tetapi Tengku Zahra tidak menjawab panggilan tersebut.

Dia mengambil keputusan untuk menghubungi Tengku Ayla pula. Dia segera mendail nombor Tengku Ayla. Tut... tut.. tut..

Tengku Ayla yang sedang menggosok baju itu tersentak apabila mendengar deringan iphonenya. Dia menutup suis tersebut. Lalu dia menjawab panggilan itu.

"Morning. Betulkah ini nombor Tengku Ayla ? I takut I salah nombor saja. Tadi I call Tengku Zahra. I dah call dia empat kali. Tapi kenapa dia tak angkat call ?" tanya madam Xiu.

"Morning too. Ye betul, ini nombor saya madam. Ohh, mummy tengah tidur tu." jawab Tengku Ayla di dalam talian.

"Patutlah dia tak angkat call I. I call you ni sebab nak bagitahu you, Tengku Amelia demam panas. Dia kena balik rumah untuk berehat secukupnya." kata madam Xiu.

"You boleh datang sini ambil dia kah ?" tanya madam Xiu.

"Demam pula dia. Saya boleh datang sana madam. Sebab saya pun takde kerja ni. Dalam 15 minit lagi saya sampai." kata Tengku Ayla.

"Okay Tengku, nanti I suruh kawan - kawan dia temankan dia dekat pondok penunggu tu. Thankyou Tengku." kata madam Xiu.

Tengku Ayla menamatkan panggilan itu. Lalu dia terus bersiap untuk mengambil adiknya di University Putra Malaysia.

Dia mengenakan hoodie berwarna hitam dan seluar warna hitam dan kasut warna putih.

Tengku Ayla menuruni tangga dengan perlahan - lahan. Dia segera mendapati mummynya yang sedang memasak di dapur itu.

"Mummy, tadi lecturer Melia call kakak. Dia cakap Melia demam panas. Ni dia suruh kakak pergi sana ambil Melia." kata Tengku Ayla.

"Hah. Melia demam pulak ke. Kenapa lecturer Melia tak call mummy ?. Mummy risau la." tanya Tengku Zahra kepada anaknya.

"Mana ada la. Dia cakap dia dah call mummy empat kali. Mummy yang tak angkat call dia. Lepastu baru la dia call kakak." kata Tengku Ayla.

"Oh ye eh. Mana la mummy tahu. Mummy kan tidur tadi." balas Tengku Zahra.

"Okayla mummy. Kakak nak pergi dah ni. Bye mummy. Love you." kata Tengku Ayla lalu mencium pipi mummynya.

"Ha yelah, baik - baik kakak." balas Tengku Zahra.








































































15 minit kemudian,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tengku Ayla memakir keretanya di dalam Universiti itu. Dia keluar daripada kereta dan melangkah ke arah pondok penunggu tersebut.

Dia berjalan ke arah adiknya yang berada di pondok itu bersama beberapa rakan adiknya.

"Assalammualaikum." Tengku Ayla memberi salam kepada mereka berlima.

"Waalaikumussalam. Ini kakak Amelia ke ?" tanya seorang rakan adiknya yang bernama Erina. Tengku Amelia hanya diam.

"Ye betul. Terima kasih ye sebab dah temankan Amelia kat sini. Mesti korang ponteng kelas kan. Sorry la kalau Amelia ni susahkan korang." kata Tengku Ayla sambil memeluk bahu adiknya.

"Sama - sama kak. Takdelah kak, kelas kitorang cancel harini tu yang boleh temankan Amelia ni. Lagipun Amelia ni tak susahkan kitorang pun." kata Erina.

"Oo.. macamtu rupanya. Takpela, akak nak balik dah ni. Terima kasih sekali lagi ye." kata Tengku Ayla.

"Okay kak. Sama - sama." balas Erina.

Tengku Ayla memapah adiknya hingga ke dalam kereta di kerusi belakang. Dia terus memasuki ke dalam keretanya di bahagian pemandu. Dia memandu pulang ke rumahnya.

Sampai saja di rumah, Tengku Ayla disergah oleh mummynya di sebelah cermin kereta.

"Kakak cepatlah keluar. Mummy nak papah Melia ni." gesa Tengku Zahra yang berada di luar sambil mengetuk cermin keretanya.

Tengku Ayla menurunkan cermin kereta. "Ye kejap la mummy. Kakak nak tutup enjin ni." kata Tengku Ayla.

Tengku Ayla keluar dari keretanya lalu membuka pintu bahagian belakang dan bonet kereta.

"Ya allah anak aku. Kakak tak bawa pergi klinik ke ?" tanya Tengku Zahra sambil memapah Tengku Amelia bersama dengan Tengku Ayla.

"Tak. Kawan - kawan dia cakap, dia tak nak pergi klinik." kata Tengku Ayla.

Sampai saja di bilik Tengku Amelia. Tengku Zahra dan Tengku Ayla memapah Tengku Amelia ke katilnya. Mereka duduk di sebelah kanan Tengku Amelia.

"Melia ni degil sangatlah. Orang nak bawa pergi klinik dia tak nak. Macam mana nak sihat kalau tak nak pergi klinik. Nak mummy panggil doktor datang rumah ke. Kawan mummy ramai yang jadi doktor tau." bebel Tengku Zahra kepada anak ketiganya.

"Ish mummy ni jangan la bebel, Melia penatlah. Melia nak rest. Kalau kawan mummy yang doktor tu datang, Melia lari la." kata Tengku Amelia yang sedang lemah itu.

"Kalau nak rest, kena la pergi klinik. Ambil ubat. Kalau Melia lari mummy kejar la sampai dapat." kata Tengku Zahra sambil senyum sinis.

"Yela - yela. Melia pergi klinik. Janganlah panggil kawan mummy tu. Melia tak nak." balas Tengku Amelia malas.

"Macamtu lah anak mummy." kata Tengku Zahra sambil tersenyum manis kepadanya anak ketiganya.

"Kakak nak naik bilik kakak dulu." kata Tengku Ayla sambil melangkah menaiki tangga ke biliknya.

Tengku Zahra mengangguk kepala. Dia terus berjalan mendekati anaknya. Lalu dia mencium dahi anaknya yang panas itu.

"Rest cukup - cukup tau Melia. Petang nanti kita pergi klinik ye sayang." kata Tengku Zahra.

- continue -

Sila vote dan komen di bawah 😊

𝐏𝐔𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇 ❤🦋 | 𝐇𝐎𝐋𝐃 𝐎𝐍Where stories live. Discover now