part 6

1.8K 65 0
                                    

Cyra dan Alvin balik ke rumah selepas seminggu di kampung Cyra .

"Alvin , saya minta maaf pasal abang saya tu . Dia mungkin ada masalah kot ." Kata Cyra .

Ya , sebelum mereka balik ke rumah , Alvin pernah bertumbuk . Cuma Cyra dan ibubapanya masih tidak tahu punca sebenar mereka bergaduh .

{Flashback}
Alvin sedang memasukkan bagasi dia dan Cyra ke dalam but kereta akan tetapi tiba ii seseorang memanggilnya .

"Woi Alvin !" Afiq memanggil Alvin dalam keadaan marah .

"Ye abang ipar ?" Kata Alvin cuba ramah dengan Afiq .

Afiq dengan tiba ii menumbuk Alvin di muka .

"Kau dah kenapa !?" Kata Alvin berang apabila ditumbuk tanpa tahu apa salahnya .

"Kau ada skandal lain kan !?" Kata Afiq lalu membaling sekeping gambar di muka Alvin .

Alvin mengambil gambar itu dan melihatnya .

"Apa benda ni !? Aisha ?? Sejak bila pulak aku tidur dengan dia dalam keadaan bogel pulak ni ??" Kata Alvin . Terlihat mukanya berang .

"Ouhh kau kenal betina tu ? Jadi betullah kau dengan dia dah buat maksiat !? And betullah kau tak pernah sentuh adik aku disebabkan betina ni !?" Kata Afiq .

"Apa yang kau cakap ni !? Kenapa sampai situ . Aku tak pernahlah sentuh betina ni . And apa kau cakap ?? Tak pernah sentuh Cyra ?? Kau pernah tengok ke aku sentuh dia ke tak ? Kau hidup sebumbung dengan kami ke ?" Kata Alvin melawan abang iparnya .

"Ehh Aisha dah bagitahu aku semua lah . Dia dah bagitahu yang kau taknak sentuh Cyra sebab jijik . And aku tahu cara kau layan dia macam mana . Kau ingat aku tak nampak !? Ummi dengan abah bolehlah kau tipu , tapi bukan akulah ." Kata Afiq .

"Yes memang aku jijik pun dengan adik kau . Memang aku tak layan dia dengan elok pun . Kau nak aku layan perempuan tu macam mana ? Aku tak pernah cintakan perempuan kampung macam dia lah !!" Kata Alvin .

Afiq yang geram mendengar Alvin mengata adiknya , menumbuk Alvin dan Alvin membalasnya kembali .

Puan Syarifah , Encik Ahmad dan Cyra yang baru sahaja masuk ke kawasan rumah dengan menaiki kereta terlihat Alvin dan Afiq bergaduh .

"Ya Allah bang . Kenapa dengan diorang tu ." Kata Puan Syarifah dan terus turun sebaik sahaja Encik Ahmad memberhentikan kereta .

Cyra juga turun dan berlari ke arah abang dan suaminya .

"Ya Allah , Alvin , Afiq . Dah kenapa dengan korang ni !! Tak malu ke kalau jiran ii tengok !? Ke nak bagi air muka ummi dengan abah jatuh disebabkan korang gaduh !?" Kata Puan Syarifah .

"Kenapa kena bergaduh !? Benda boleh bincang je kan ? Perlu ke bergaduh macam budak ii ni !?" Kata Encik Ahmad dengan muka merah kerana marah dengan perangai mereka .

Afiq mahu memberitahu tentang apa yang dilakukan oleh Alvin dan apa yang dia katakan , akan tetapi dia memilih untuk senyap .

***
"Balik elok ii tau ." Kata Puan Syarifah kepada anak dan menantunya .

Afiq menarik Alvin ke tepi .

"Kau selesaikan masalah ni dengan Cyra elok ii . Jangan sampai buat keputusan untuk cerai . Tolonglah hargai adik aku tu . Kalau betul yang dalam gambar tu bukan kau , kau selesaikan dengan Aisha sendiri . And kalau kau betul ii dah muak , jijik , and betul ii dah tak ada rasa dengan dia , bagitahu aku dulu . Jangan bagitahu dia . Jangan bagi dia nangis . Kalau dia nangis , kau orang pertama aku akan cari . And sorry pasal lebam ii ni ." Afiq memberi ceramah panjang kepada Alvin .

Alvin sekadar mengangguk dan tersenyum kepada Afiq . Dia memeluk Afiq dan pergi ke kereta dan mereka bertolak balik .

{End Flashback}

Alvin memusingkan badannya ke arah isterinya . Dia menolak isterinya ke dinding mengunci isterinya menggunakan tangannya .

"Kau tak pernah marah ke kalau aku tak tunaikan tanggungjawab aku sebagai suami ?" Kata Alvin lalu merenung ke mata isterinya dalam ii .

Bulu roma Cyra mula naik kerana suaminya .

"Oh kau marah rupanya . Kau jangan risau . Aku akan tunaikan tanggungjawab aku sekarang ." Kata Alvin lalu mendekatkan mukanya ke muka Cyra .

Lalu terjadilah hari yang indah di antara mereka berdua .

LAST LOVE [C]Where stories live. Discover now