Bab 7 (Librarians, assemble!)

11 3 0
                                    

Dokumen-dokumen dan pelbagai jenis fail berselerak di atas meja Puan Melati dan Nazlullah. Mereka terlihat sibuk dengan pencarian yang tidak ada sesiapa ketahui. Sedang mereka sibuk menaip dan meneliti skrin komputer, ketukan pada pintu menganggu fokus mereka.

"Puan Mel, saya sudah hubungi pihak sekolah-sekolah yang ada dalam senarai Puan Mel itu. Semuanya bersetuju untuk berkolaborasi dengan kita." Jasmin memberitahu setelah berjaya menarik perhatian ketua pustakawan mereka itu.

Wajah Puan Melati yang asalnya berkerut seribu dek tekanan yang diterima, akhirnya terlihat lega dengan apa yang dikatakan oleh Jasmin itu. Satu hal sudah pun selesai.

"Puan Mel! Puan Mel!" Suara Nisa kedengaran menjerit-jerit di luar disertai larian pantas. "Pihak Perpustakaan Teknolia, perpustakaan di kota sebelah kita, terima cadangan untuk berkolaborasi!" Tuturnya dengan bersemangat.

Nazlullah segera berdiri dari duduknya sehingga bunyi geseran dari kerusinya membingitkan telinga semua orang yang ada di situ. Dia lekas menepuk tangan bagi menarik perhatian mereka dan berkata. "Okey, jom kita adakan mesyuarat!"


📔📔📔📔📔📔


Bilik mesyuarat kini menjadi tempat perbincangan para pustakawan Perpustakaan Aksara. Enam orang pelajar latihan industri telah pun diarahkan untuk mengawal keadaan perpustakaan sementara para pustakawan tetap menjalani perbincangan. Kini, seramai 14 orang pustakawan sedang duduk mengelilingi sebuah meja perbincangan manakala Puan Melati pula sedang berdiri di hujung meja, membelakangi sebuah papan putih pintar.

Di atas papan putih itu, terpapar pelan dan perancangan untuk agenda yang akan datang. Daripada jenis-jenis program, pihak yang akan berkolaborasi, tempoh masa, bahan keperluan sehinggalah kos yang diperlukan dan tugas-tugas yang bakal dibahagi pada setiap pustakawan.

Beberapa daripada mereka ada yang sudah berubah riak muka, dan ada juga segelintir yang seperti teruja, melihat papan putih tersebut seperti mahu tembus dinding.

"Baiklah," Puan Melati mula menyentuh skrin papan putih tersebut. Dia menekan pada bahagian tugas-tugas pustakawan dan kotak kecil yang mengandungi informasi tersebut terus membesar dan memenuhi layar. Jelas nama-nama pustakawan bersama tugas-tugas mereka.

Ketua pustakawan itu memberikan pekerja-pekerjanya masa untuk membaca apa yang dituliskan. Hanya suara-suara halus sahaja kedengaran tatkala apa yang ditulis itu dibaca oleh mereka sehinggalah,

"Puan Mel, kenapa kita semua kena buat benda ini? Tidak cukup lagikah dengan apa yang kita sudah beri? Servis, fasiliti, layanan dan bahan, semua sudah kita sediakan. Kena buat program pula?" Berani Farhan bersuara. Semua insan yang menoleh ke arahnya menunjukkan wajah terkejut.

Puan Melati terlihat tersentak di sebelahnya. Nazlullah pula sudah berdiri di samping Puan Melati bagi mendampingi wanita itu untuk memberikan taklimat seterusnya. Dia turut terkejut dengan soalan itu.

Mission IM120 : Perpustakaan Aksara, Latihan IndustriWhere stories live. Discover now