"Nadia biar aku yang tulis nama dia nanti"

Siapa tak kenal suara tu. Suara si Zafriel.

Zara mengganguk faham kemudian tersenyum kepada Nadia.

"Awak boleh masuk kedalam kelas sekarang" Katanya tanpa mengetahui apa-apa.

Tanpa banyak bertanya Nadia melangkah pergi sempat dia memandang Zafriel. Ingin berterima kasih tapi dia teringat yang dia masih marah kepada Zafriel.

"Macam mana kau boleh terlepas dari kena denda?" Tanya Hanna pelik dia melihat pelajar-pelajar yang lambat datang sekolah didenda mengutip sampah sedangkan Nadia hanya duduk bersantai sambil makan kerepek cheese yang baru dibeli dikoperasi.

"Entah"

Sepatah yang dijawab.

"Tadikan Zafriel yang jaga pintu pagar, mesti dia lepaskan Nadia"

"Ohh..."

"Korang rasa aku patut bagi Zafriel peluang kedua tak?" Soalan yang tiba-tiba dilontar membuat Isya dan Hanna memandang Nadia dengan serentak.

"What! Kau gila ke, kau tak ingat ke apa yang dia buat dekat kau" Berubah raut wajah Nadia mendengar jawapan dari Hanna.

"Dahtu sampai bila kau nak tengok kawan kau ni menderita sebab benda ni?" Isya membalas balik. Hanna terdiam.

"Kalau kau nak baiki balik hubungan kau dengan Zafriel aku sokong. Semua orang berhak mendapat peluang kedua right?"

"Tapi Nad...kau tak ingat dah ke apa yang dia pernah fitnah dekat kau dulu?" Hanna taknak menyerah lagi
Dia memang dah benci dengan jantan bernama Zafriel ni!

"Tentulah aku ingat...dan aku rasa ni salah satu ujian yang Allah beri dekat aku. Aku tak boleh lawan dengan takdir yang telah ditetapkan. Kita yang merancang, Allah yang tentukan"

"Andai ditakdirkan aku dan Zafriel tak boleh bersama. Aku redha" Sambung Nadia. Diakhiri dengan senyuman yang penuh luka.

"Fine! Tapi kalau dia buat kau lagi sekali jangan harap dia boleh terlepas!" Bersungguh dan serius bunyi.

Nadia dan Isya hanya mampu ketawa.

"Kalau kau rasa benda ni yang terbaik untuk kau, aku sentiasa support kau dan sedia hulurkan tangan waktu kau jatuh"

Terharu. Itu lah yang Nadia rasa saat ini. Terharu gila mendengar kata-kata dari Isya.

🪐

"Zafriel... tunggulah saya" Lengan baju Zafriel ditarik.

"Kau nak apa!?" Terhinjut bahu Arissa ditengking Zafriel.

"Saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah dekat awak sebab saya tengok awak asyik abaikan saya je" Arissa membuat muka sedih berharap Zafriel terpedaya dengannya.

"Eh, kau patutnya minta maaf dekat Nadia bukan aku! Kau ingat aku tak tahu ke apa yang kau buat sebenarnya?"

"Kau putar belit cerita, kau tuduh Nadia tolak kau, kau play victim lah sial!" Kali kedua Arissa ditengking tapi kali ni lagi kuat.

Kolam mata Arissa mula berkaca.

"Sampai hati awak tuduh saya, padahal terang-terang lagi yang dia tolak saya sampai masuk hospital" Balas Arissa masih taknak mengaku.

Gelak sini dari Zafriel kedengaran.

"Cukuplah kau memperbodohkan aku dengan hati dan sifat kau yang acah-acah baik,suci,putih dengan muka innocent kau tu. Padahal hakikatnya hati hitam busuk macam bangkai" Ditusuk-tusuk rasa sentapnya.

"Kau lupa yang bapak aku ketua yayasan sekolah ni bila-bila masa je kau boleh dikeluarkan sekolah dan masuk sekolah budak samseng"
Terbeliak mata Arissa apabila Zafriel membisik kepadanya. No! Dia taknak masuk sekolah yang mengerikan tu!

"To-tolong jangan buat macam ni dekat saya" Lengan Zafriel makin erat dia pegang kerana ketakutan.

"Terlambat" Lengannya ditarik kasar lalu berlalu pergi tinggalkan Arissa yang sudah deras air mata.

"Kau main-main sangat dengan aku kan Arissa" Suara hati Zafriel.

Tbc







SENIOR TU, SUAMI AKU!Donde viven las historias. Descúbrelo ahora