₊˚ʚ Zhafran Aurel : 14 ⨾ଓ

Start from the beginning
                                    

Aurel hanya menurut. Dia mula merasakan sesuatu yang tidak baik. Apa yang bakal terjadi? Ya Allah..

"Abang ada permintaan."

Aurel kaku. Apakah permintaan itu?

"Apa dia abang..." perlahan suara Aurel menyapa sistem pendengaran Zhafran.

Aurel menanti untuk mendengar permintaan suaminya itu. Kenapa hatinya berdebar-debar ni? Ya Allah.

"Tolong cintakan abang seperti mana abang mencintai sayang.."

Permintaan Zhafran itu membuatkan Aurel terdiam tidak terkutik. Apa yang harus dia lakukan sedangkan hatinya masih berpihak pada lelaki lain? Ya Allah, bantulah hambaMu ini..

"I can't, abang.." Lantas mengatakan seperti itu, Aurel meleraikan pelukan hangat suaminya itu.

Zhafran kecewa apabila mendengar kata-kata yang baru saja dilontarkan oleh isterinya itu.

"Bunga still loving him, right?"

Perlahan-lahan Aurel menjatuhkan kepalanya. Dia menundukkan wajahnya. Tidak mahu untuk melihat wajah suaminya yang dibelenggu kekecewaan itu.

'I'm sorry abang. Hati Aurel masih lagi berpihak untuk lelaki lain.'  getus hati Aurel. Kadang dia merasakan bahawa dirinya amat bersalah apabila telah mengecewakan hari suaminya itu.

Dia tiada niat pun untuk mengecewakannya, namun hatinya kuat untuk bekas tunangnya yang sudah lama bahagia itu.

Dia bukan terbaik untuk lelaki yang kian bergelar suaminya. Ya Allah..

"It's okay. Keep loving him until you.." Zhafran tidak mampu untuk menghabiskan ayatnya. Dia sangat kecewa dengan isterinya. Siapa dia di mata isterinya? Patung? Ataupun hanyalah lelaki sementara?

"Abang siap dulu. Nanti tunggu kat kereta." seusai berbicara, Zhafran melangkah masuk ke dalam bilik air. Kecewa dihati semakin menggunung.

"Teruskan perjuangan bunga untuk mencintai lelaki yang bukan untuk bunga sehingga bunga leka akan kehadiran abang."

Zhafran menghapuskan air mata yang jatuh itu. Dia tidak boleh berhenti disini. Dia akan tetap sayangkan wanita itu walaupun dia tahu bahawa wanita pilihan nya itu tidak akan memilih dirinya sebagai pasangan hidup.

Mereka berdua diam di perut kereta Audi R8 milik Zhafran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mereka berdua diam di perut kereta Audi R8 milik Zhafran. Zhafran hanya fokus tanpa menoleh wajahnya ke arah wajah isterinya.

Bukan dia sengaja untuk mengabaikan wanita itu, tapi hatinya masih sakit untuk menerima bahawa isterinya masih lagi mencintai bekas tunangnya.

Jadi kenapa Aurel terima lamarannya jika hati Aurel Zea Rose itu masih berpihak untuk bekas tunang wanita itu?

Dia siapa?

"Abang.."

"Shut up. I'm driving right now." dingin sahaja suara Zhafran ketika itu. Kecut hati Aurel apabila mendengar balasan suaminya itu.

'Saya minta maaf, abang..'

"Abang.." Aurel cuba lagi untuk mendapatkan perhatian lelaki itu.

"Apa yang awak nak, Aurel Zea Rose?"

Diam membisu. Aurel kehilangan kata-kata apabila suara Zhafran yang sarkastik itu menyapa gegendang telinganya.

"Maaf.." ucap Aurel perlahan. Mungkin...

Zhafran menghembuskan nafas panjang sebelum dia melontarkan ayatnya lagi. Penat. Kenapa? Dia tidak layak ke untuk membuat hati Aurel Zea Rose itu miliknya?

"Kalau saya bagi kemaafan pun, belum tentu lagi Aurel dapat terima saya." ujar Zhafran, tiada lagi panggilan sweet untuk isterinya. Dia perlukan masa untuk menghilangkan rasa kecewa itu.

Selalunya lelaki yang akan mengecewakan hati seseorang perempuan, tapi ini, perempuan yang mengecewakan hari lelaki.

"So, lepas ni, kita buat hal masing-masing. Aurel dengan hal Aurel, saya dengan hal saya."

Setelah itu, suasana bertukar sunyi. Hanya kerana lelaki di masa lalu wanita itu, lelaki ini yang mendapat sisa sakit itu.

Lelaki itu yang mengecewakan hati Aurel, tapi Zhafran yang terkena tempiasnya.

'Maafkan saya, abang...'

50 votes? Can I?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

50 votes? Can I?

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now