"Siapa yang tak nak tahu? Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?" soal Eiyra.

Semasa dia ingin mencari buku nota, dia terdengar ayat itu saja. Ayat mungkin datang dari topik orang dewasa tapi kenapa dia rasakan ada kaitan dengan Adrian?

"Oi akak buat apa?"

Eiyra menoleh ke belakang. Eydan baru saja keluar dari tandas sambil membawa cawan minumannya. Dia merenung gelagat Eiyra.

   "Takde apa," nafi Eiyra.

"Akak macam pencuri," tuduh Eydan.

"Curi apa?" soal Eiyra.

"Spender aku," kata Eydan.

Eiyra memberikannya pandangan jengkel. Dari atas sampai bawah dia melihat Eydan. Kecil besar kecik besar saja dia melihat Eydan.

   "Kau agak-agak lah. Buat apa aku nak ambik spender kau? Dah lah pengotor. Jangan cakap benda bukan-bukan lah!" balas Eiyra.

Eiyra terus melangkah pergi. Tak jadi nak ambik buku notanya. Pelik saja perangai Eydan sekarang ini. Eydan pula terus mengekori kakaknya.

   "Siapa lagi kalau bukan akak? Akak jangan buat lupa eh. Time kecil, akak pernah pakai spender Eydan sebab nak acah jadi lelaki. Banyak kali pula tu," kata Eydan.

Eiyra tersentak. Macam mana budak tu tahu? Ini kisah lama, tolonglah jangan ungkit. Dia masih budak masa tu. Mana dia tahu.

Gadis itu berpaling. "Itu kisah budak-budak. Aku mana tahu tu spender kau. Agak ye lah pun, kau punya dulu tu corak power ranger pink. Mestilah aku fikir tu perempuan punya." Eiyra memberi alasan.

Eydan mencebik bibirnya.

    "Alasan. Dah terang-terang ibu cerita yang dia dah bagitahu banyak kali kat akak. Akak saja yang keras kepala, sampai sekarang," balas Eydan.

Eiyra menjuihkan bibirnya. Malas mahu bergaduh mulut dengan Eydan. Rumah ni terasa sunyi sejak Adrian pulang. Eydan tiada teman untuk berbual.

"Jadi, aku kisah ke? Dah lah kau, pergi belajar sana. Tak lama lagi kau SPM," balas Eiyra untuk menutup topik perbualan.

    "Habis tu, spender aku mana?" soal Eydan.

Eiyra tidak mengendahkannya. Dia terus melangkah meninggalkan Eydan di situ. Macam lah orang guna seluar dalam dia tu. Pengotor!

   "Tak guna," gumam Eydan.

Eydan terus berpatah balik ke arah biliknya. Itu seluar dalam kegemarannya. Mana mungkin dia biarkan ia hilang begitu saja.

Semasa dalam perjalanan, Eydan terdengar sesuatu di bilik ibu bapanya. Kedengaran ada suara yang berbual dengan nada yang serius.

"Nanti esok, ibu pergi ya?" Ayat Puan Naura membuatkan remaja itu terdiam.

   "Ibu nak pergi mana?" soal Eydan sendirian.

Kemudian dia menjongketkan bahunya. Malas untuk dia ambil tahu. Mungkin hal dewasa. Dia tidak patut curi-curi dengar perbualan orang dewasa.

Eydan terus menyambung langkahnya sehingga sampai ke bilik. Pintu dikunci. Dia takut kalau Eiyra pecah masuk ke dalam biliknya lagi.

Di sudut Puan Naura, wanita itu tersenyum sambil berbual dengan Adrian. Dia tak sangka Adrian buat keputusan dengan terburu-buru. Awal pagi pula tu.

   "Adrian kat sana jangan nakal-nakal. Belajar elok-elok tau," kata Puan Naura.

"Ye ibu. Jaga adik-adik tau. Tiba-tiba rindu pula dengan dorang," balas Adrian.

"Dah besar dorang tu. Adrian lah yang kena hati-hati kat negara orang. Nanti bawakan ibu, jodoh ya?" Puan Naura bergurau.

Adrian tersenyum saja di dalam talian. Mana mungkin dia boleh bawa jodoh sedangkan orang yang dia cinta, masih ada dekat sini.

"Insya Allah."

"Hmm yelah. Adrian tidur awal tau. Nanti esok pagi nak berangkat awal. Jaga kesihatan," ujar wanita berumur itu.

  "Okey ibu. Ibu jaga kesihatan juga. Nanti salam kat ayah dan adik-adik ye? Assalamualaikum." ucap Adrian sebelum mematikan panggilan.

"Waalaikumussalam."

Di sudut lelaki itu, dia mengeluh kecil. Kenapa nak tinggalkan tanah air sendiri? Kenapa perlu tinggalkan orang tersayang di sini?

"Heh dah lah Adrian. Kau kena move on. Jadi yang lebih baik dan kau perlu ambilkan ini sebagai pengajaran," kata lelaki itu kepada dirinya sendiri.

Tak guna lagi untuk dia undur balik.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now