Bab 46

94 18 1
                                    

Seperti biasa, rutin hariannya memikat semula hati Eiyra yang acah-acah beku itu. Setiap pagi, petang, malam dia mencuba untuk bersama-sama dengan gadis itu.

"Kau agak-agak lah!"

"Awak tak tengok ke ada lipas besar kat bawah tu?!" Adrian menunjukkan jarinya ke arah bawah meja.

Nak makan bersama Eiyra, lain pula jadinya. Seekor lipas besar tiba-tiba muncul di bawah meja. Terjerit-jerit lelaki itu sambil menepuk-nepuk belakang badan Eiyra agar gadis itu membuang lipas tersebut.

Masalahnya Eiyra pun takut!

    "Kau ni tak payah jadi lelaki jelah takutkan lipas. Harapkan muka hensem tapi penakut!" kutuk Eiyra.

Mereka berdiri di atas kerusi. Adrian berdepan dengan Eiyra. Gadis itu berdiri juga di seberang kerusi di hadapan sana.

"Ni bukan soal jantina kalau ada benda berbahaya kat bawah ni!" balas Adrian.

   "Mana ada lipas berbahaya. Binatang tu buat aku geli jelah. Kau buang lah guna penyapu sana!" arah Eiyra.

Geli sumpah.

"Apa saya pula yang kena. Awak kan dingin, beku, ego tinggi, pergilah tolong buang," balas Adrian.

   "Kau sempat eh nak kutuk aku? Kau tunggu, aku letak lipas ni kat kau!" Eiyra dah panas hati. Berani betul lelaki itu kutuk dia masa ni.

Eiyra turun dari kerusi. Dia berlari anak mencari penyapu di belakang pintu dapur. Lantas gadis itu menghalau lipas di bawah meja menggunakan penyapu.

"Shuhh!"

Eiyra menghalau sehingga lipas itu keluar dari rumahnya melalui pintu belakang. Adrian yang masih berdiri terus mengukir senyuman.

"Fuh nasib." Adrian mengeluh lega. Dia turun dari kerusi sebelum meletakkan kerusi dengan berhati-hati.

"Adrian." Lelaki itu menoleh ke belakang.

Eiyra mendapatkan lipas lalu disua kan ke muka lelaki itu. Dia mengukir senyuman sinis sambil menghalakan lipas itu ke arah Adrian.

"HOW DARE YOU LITTLE GIRL !"

Adrian terus memecut laju keluar dari dapur. Matanya mengeluarkan cecair panas. Dia nak menangis. Dia bencikan lipas dan Eiyra!

"Adrian, aku kejar kau!" Eiyra menghamburkan ketawa. Dia terus mengejar langkah Adrian sehingga keluar dari rumah.

Adrian berlalu mengelilingi luar rumah itu. Dia akan berlari semampu kudratnya sebagai seorang lelaki agar kulitnya tidak tersentuh dengan lipas besar itu.

    "Please stop little girl. I hate that stupid bastard cockroach !" Adrian berlari dengan laju.

Dia tidak sanggup. Badannya menggigil geli kerana lipas hampir saja menyentuh kulit mukanya tadi. Dia tidak boleh membayangkan lagi.

Eiyra yang pendek tetapi laju berlari itu terus mengejar sambil membawa lipas tadi. Dia memakai sarung tangan yang diambil di dalam laci meja dapur.

    "Lipas ni suka kau. Jangan reject dia, Adrian Hayqal," ujar Eiyra sambil berlari.

Nafasnya tersekat-sekat. Dia berhenti seketika. Dadanya turun naik mengatur pernafasan. Penat betul kejar lelaki itu.

Dia melihat ada bangku di sebelah pintu rumahnya. Dengan segera, dia melangkah perlahan menuju ke bangku tersebut. Penat.

Eiyra menghela nafasnya. Dia membuang lipas tersebut ke dalam longkang. Biar lah apa terjadi kat Adrian. Malas nak melayan.

Shuttt!

ADRIAN : MAINAN MIMPIOnde histórias criam vida. Descubra agora