"Kamu jangan nak degil pula tak nak keluar bilik nanti, anak saudara makcik nanti tido dekat sini ya" Datang dari mana entah tiba-tiba sahaja makcik Lin muncul dihadapan Lia dan Kak Sarah.

"Eleh mak takyah nak paksa dia keluar bilik, nanti dia mesti keluar sendiri, mana tak-nye kalau dah tengok anak buah mak tu kacak orangnya" Usikkan 2.0. Tak tahulah apa yang mereka banggakan sangat dengan saudaranya di depanku. Namun aku hanya tertawa palsu dengan usikkan dua beradik itu, mak dan anak sama sahaja, pandai buat lawak walau aku sendiri tak tahu mana datang lawaknya itu.

Puas sudah mereka membawang di hadapanku tentang saudara mereka itu, kacak sangat ke orangnya? Berulang-ulang perkataan kacak di lontarkan padaku. Akhirnya mereka beransur pergi dari bilik tidurku. Malam ini pasti mereka tidur dengan nyenyak selepas mengusikku, manakala aku di atas tilam tak mampu untuk melelapkan mata memikirkan jejaka yang menjadi perbincangan makcik Lin dan kak Sarah. Sejak pertama kali aku menetap di Itali, sejak waktu itulah mereka suka usik dengan memperkenakan aku dengan saudara mereka yang sedetik pun tak pernah aku berjumpa ataupun melihat jejaka itu.

Tidak tahulah mengapa, semakin lama mereka berkata tentang saudara lelaki mereka itu, semakin ingin aku bertemu dengannya. Cukuplah aku melihatnya sahaja atas dasar permintaan makcik Lin dan Kak Sarah untuk aku berkenalan dengannya, selebihnya aku tidak mahu, malas membuka hati yang pada akhirnya akan terluka jua

                                🌹

     "Eh! Kau buat apa dekat sini? " Pekik Lia kuat.

"Aku nak kau" Matanya melirik gadis itu dari atas hingga bawah hujung kaki. Bibirnya ditekap, lidahnya mejulur keluar. Aku tahu maksudnya.
Lantas cepat Lia bersuara berteriak agar ada yang mendengar dirinya sedang dalam berbahaya.

"Miang! Tolong! Tolong! " Namun jeritan gadis itu hanya sia-sia. Dilorong parking kereta disini sangat sepi mustahil dirinya diselamatkan dari sifat setan tunangnya itu. Tidak berdaya, Lia pejam rapat matanya, nafasnya keras saja yang agak keras seperti lembu marah.

Tangannya mulai melingkar di sekitar tubuhku. Tangan kanan dan kiri gadis itu di tekap kuat dengan tangan besar Arqel. Bibir Lia di usap perlahan. Lidahku bagai ada rasa tembaga berat untuk berkata.

     Tiba-tiba tanganku dilepaskan, diri yang tadinya tak berdaya untuk membuka mata terus terbuka luas. Sosok Arqel tidak lagi berada di hadapanku, tetapi tersungkur berada di lantai, dapat ku dengar satu pukulan kuat sebelum aku membuka mata.

Pria bertubuh tinggi lampai berpakaian suit berwarna hitam itu mengenggam erat baju Arqel, digengamnya leher sambil menatap Arqel dengan pandangan yang tajam. Pria itu menolong diriku yang dianaya oleh tunang sendiri. Untunglah masih ada yang berlalu di sini, kalau tidak ada pria itu menolongku mungkin diriku tidak lagi selamat.

     "sorry, she's mine. No one will be able to touch her but only me can do that. Understand? " Garau suara pria itu, kedengaran sinis seperti memarahi namun tidak terlalu kasar.

Tergapai-gapai Arqel hendak mengambil kembali telefon bimbitnya yang jatuh sebelum melarikan diri. Dasar penakut.

"Hello Sir.. thank you for helping me, what is your name sir? if i can know?" Tanya Lia.

"Penting ke nak tahu nama aku? "

Buat penat aku translate dalam otak bahasa inggeris, rupanya mamat ni pandai cakap melayu. Dari awal aku nampak gaya dari belakang macam mat saleh.

"Lah orang melayu ke? Ingatkan mat saleh tadi, tapi suara encik macam pernah kenal, muka encik pun macam pernah nampak. Kita pernah kenal ke? " Heboh aku bertanya. Entah kenapa rasa macam sebelum ini pernah bertemu. Tapi dimana? Bila pula aku ada kenalan mat saleh melayu macam ini? Sekilas nampak macam orang Itali asli. Wajahnya tidak sepenuhnya terlihat, dia memakai pelitup muka. Namun dari matanya sahaja jelas kelihatan pria yang mampan.

"No need to know" Cis! Acah dingin pula mamat ni, bukannya nak mengorat dia pun.

"Sebagai tanda terima kasih.. Saya nak belanja encik makan boleh? "

Langkah lelaki itu terhenti. Dia berpaling belakang menghadapku. Dia merenung bulat mataku.

"Sure. Take this number " Dihulurkan satu kertas berlipat. Cepat ku gapai dan membuka lipatan itu. Nombor telefon jelas terpapar pada kulit kertas itu. Aku tercanggung di hadapannya. Mataku tertumpu pada perkataan di atas kertas tersebut yang bertuliskan A.M. Jangan cakap yang dia..

"I have to go, see you later" Belum sempat aku ingin melanjutkan pertanyaan pria itu terlebih dahulu pantas meninggalkan diriku. Kelibatnya mulai hilang dari pandangan.

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


Arraz' Irham [COMPLETE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora