.
.
."Omma mana?"
Soal Taehyung pada Tuan Kim saat mereka sama-sama duduk di ruang tamu rumah keluarganya itu. Sudah hampir sejam dia dan Haneul bertandang ke situ namun tak pula dia melihat ibunya sedari tadi.
Namun jauh di dalam dasar hatinya Taehyung sedar, ibunya itu sememangnya sengaja mengelak dari bertentang mata dengannya dan Haneul.
Berbulan-bulan Puan Kim mengelak dari bertemu dengannya dan Haneul. Tiap kali ke situ pun, hanya ayah dan adik-adiknya saja yang menyambut baik kehadiran mereka. Ibunya pula? Lebih rela mengurung diri di dalam bilik.
Kalau tak diikutkan permintaan Haneul, Taehyung sendiri berat hati hendak ke situ.
"Dekat dapur, siapkan makan malam. Kamu dengan Haneul jangan balik dulu ya? Makan malam sama-sama dengan kami dekat sini."
Perlahan-lahan Taehyung menoleh, melihat ke arah Haneul yang hanya tersenyum halus tika mendengar pelawaan Tuan Kim itu.
"Tak apalah, appa. Risau omma tak lalu makan pula kalau ada kami." Jujur Taehyung membalas.
"Apa cakap macam tu? Walau apapun, kamu tetap anak omma dengan appa. Haneul tetap menantu kami. Makan sini ya malam ni? Adik-adik kamu pun tak ada dekat rumah, sunyi kami."
Taehyung tahu, adik-adiknya sekarang semua sedang merantau mencari ilmu. Tinggallah ayahnya berdua saja dengan ibunya di rumah itu.
Wajah tua ayah kandungannya itu direnung lama sebelum lambat-lambat Taehyung mengangguk.
"Yalah."
Melebar senyuman Tuan Kim buatkan Taehyung turut sama tersenyum.
"Appa ke dapur sekejap, nak tengok omma kamu."
Taehyung hanya mengangguk sebelum sepasang matanya hanya memerhati, membawa langkah Tuan Kim pergi ke dapur.
Lantas Taehyung menunduk tika pehanya dicuit lembut isterinya yang sejak tadi di sisi.
"Taehyung."
"Hmm." Perlahan Taehyung menyahut. Dalam hati dah dapat meneka apa yang isterinya mahu sampaikan padanya sekejap lagi.
"Saya nak tolong—"
"Tak boleh." Tanpa menunggu lama, laju saja Taehyung memotong, menggunakan kuasa veto miliknya sebagai seorang suami buatkan Haneul kembali mengetap bibir tanda akur.
YOU ARE READING
Till We Meet Again | kth [✓]
Fanfiction"Saya rindukan awak.." "Aku sentiasa ada dengan kau, Haneul. Aku tak pernah jauh dari kau.." "Saya rindu nak tatap wajah awak, saya rindu nak melihat senyuman awak.. Hati saya sakit bila sedar yang semakin hari gambaran wajah awak semakin pudar dala...