41

268 42 33
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

"Taehyung.."

"Taehyung-ah.."

Nama suaminya itu diseru berkali-kali, mula resah sendirian di dalam kegelapan itu. Sehinggalah ada tangan yang meraih lembut tangannya, menggenggam lembut jari-jemarinya. Tika itulah hatinya merasa tenang.

"Ya, sayang."

Lapang dadanya tika suara garau suaminya itu berbisik lembut ke telinganya sebelum dirasakan ubun-ubun rambutnya dikucup lembut.

"Saya dekat mana?" Soal Haneul perlahan. Terasa tangan Taehyung mengelus lembut rambutnya.

"Kita dekat hospital."

Saat mendengar jawapan suaminya itu, barulah kejadian tadi terimbau kembali di memori ingatannya.

Tika mana kepalanya memberat dan tubuhnya terasa ringan sebaik saja keluar dari kereta sebelum dirinya sepenuhnya tidak sedarkan diri.

"Kau pengsan tadi, macam nak luruh jantung aku bila kau tiba-tiba jatuh." Cerita Taehyung dengan sepasang matanya tak lepas dari meneliti setiap inci wajah isteri kesayangannya itu.

Tersenyum halus Haneul mendengar sebelum tangannya bergerak perlahan mencari wajah suaminya itu.

Taehyung yang seolah-olah mengerti, lantas wajahnya didekatkan pada telapak tangan kecil wanita itu.

Serentak mereka berdua tersenyum tika telapak tangan Haneul menyentuh lembut pipi Taehyung. Perlahan-lahan ibu jari Haneul mengusap lembut pipi suaminya itu buatkan Taehyung tersenyum suka.

"Doktor ada cakap apa-apa ke?" Soal Haneul tenang. Namun tenangnya tak lama tika suaminya itu hanya diam, seolah-olah begitu berat hendak memberikan jawapan.

"Kenapa?" Soal Haneul lagi, mula bimbang.

"Tak ada apa-apalah.." Lembut Taehyung membalas, bagaikan tak mahu isterinya itu risau tapi makin risau Haneul dibuatnya. Otak perempuannya mulalah fikir yang bukan-bukan, overthinking.

"Taehyung, cakaplah betul-betul. Doktor cakap apa." Setenang mungkin Haneul cuba mendesak.

Sekali lagi Taehyung hanya diam mengundang debaran di dada Haneul.

"Aku bagitahu kau ni, kau kena kuat tau.."

Makin kuat detakan jantungnya saat suaminya itu cukup lembut mengingatkannya, sehinggakan suaranya tersekat tak mampu berbicara apa lagi.

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now