₊˚ʚ Zhafran Aurel : 10 ⨾ଓ

Start from the beginning
                                    

Ngeri hidup!

Zhafran tersenyum kecil melihat gelagat Aurel. Comel je mengelak daripada ikhtilat ni. Dengan tunang sendiri pun Aurel masih lagi menjaga batas antara mereka.

Zhafran tahu, mereka belum ada apa-apa ikatan yang sah sebab itulah mereka saling menjaga batas pergaulan.

"Jalan tu tengok-tengok. Jangan tunduk macamtu. Jangan risau, saya masih hormat awak, bunga"

Terharu dengan sikap Zhafran yang masih lagi menghormati kaum hawa. Dia sering mengingati dirinya agar tidak melebihi batas pergaulan antara yang bukan mahram. Dia tahu hukumnya.

"Kalaulah awak tahu segalanya..."

Kata-kata itu tidak mampu diucapkan secara terangan. Dia takut untuk kehilangan buat kali kedua. Walaupun dia terima Zhafran sebagai tunang, ianya amat mustahil bagi Aurel untuk jatuh cinta kali kedua.

Dia tidak akan khianat cinta itu.

Dia bodoh kerana masih menyimpan harapan setinggi langit. Tapi, hati dia masih untuk Zareel dan bukannya untuk Zhafran!

Tidak sesama sekali untuk dia jatuh cinta!

"Reel. Awak bahagia atas penderitaan saya. Saya takkan biarkan."

Salahkah dia untuk menagih cinta yang sudah lama mati itu? Salahkah?

Dia nekad untuk semua ini. Percaya sahaja apa yang dia mahukan, dia akan dapatkan walaupun...

Dengan cara yang tidak menyenangkan.

Tidak! Dia hanya mahu balas segalanya! Kalau dia tidak layak, semua takkan layak untuk bahagia!

"M..maaf."

"Kenapa minta maaf?" soal Zhafran. Dia menayangkan riak muka yang pelik. Taktahu mana peliknya.

Mungkin kerana Aurel tiba-tiba minta maaf? Siapa tahu.

"Sebab saya takut saya susahkan awak." dalih nya. Walaupun sebenarnya Aurel meminta maaf itu kerana dia tersedar seketika.

Fikiran nya meleset jauh. Tampak jelas wajah Zhafran yang dingin itu sering menjaga jarak antaranya. Kerana apa? Kerama lelaki itu tahu mereka belum ada hubungan yang sah disisi undang-undang syariah islam.

"Awak takpernah susahkan saya. Saya bagi peringatan je. Nanti kalau awak jatuh, siapa nak tolong? Kita ni berdua, saya takkan sentuh tangan awak sekalipun terdesak sangat. Saya sanggup minta wanita lain tolong daripada saya sentuh bunga yang belum halal untuk saya ni. Jangan risau okey?"

Dia ni pakej bagi mukadimah ke? Namun, setiap ayat Zhafran menyenangkan hatinya. Betapa mulianya bakal suaminya.

Teringat dimana Rehana menolaknya sehingga jatuh itu. Zhafran menariknya dengan menggunakan handsock miliknya. Namun, ketika itu juga, Zhafran memalingkan wajahnya daripada memandang aurat Aurel.

Dia tahu sewaktu dia menarik handsock itu, pasti aurat tunangnya akan terdedah sedikit. Walaupun hanya terdedah di bahagian lengan, ia tetap aurat.

"Lain lah kalau kita dah halal, awak luka saya pun luka."

Ayat itu membuatkan hati dia tidak tenteram. Kenapa dia rasa lelaki itu mengetahui segalanya? Husnuzon Aurel!

 

Selesai menjamu selera di restoran terkemuka, Zhafran mengajak Aurel untuk fitting baju nikah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selesai menjamu selera di restoran terkemuka, Zhafran mengajak Aurel untuk fitting baju nikah. Teruja? Tidak terkata di wajah Zhafran.

Aurel cuba untuk menayangkan riak muka yang teruja. Dia tidak mahu lelaki itu sangka buruk dengan dirinya.

"Jom bunga."

"Okey jom."

Sempat lagi Aurel membaca bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam butik pengantin itu.

Lia's Bridal Boutique

Butik pengantin Lia menjadi pilihan hati mereka untuk menempah baju pengantin. Kenapa tidak sewa sahaja? Bagi Zhafran, biarlah dia tempah khas. Khas untuk bakal isterinya.

Mungkin baju itu nanti akan dirindui..

"Cik Aurel Zea Rose kan? Fuh lawa nama!" salah satu staf Lia memuji nama Aurel. Cantik dan unik nama itu! I like I like!

"Haah saya lah. Panggil je Aurel pun takpe."

"Mana boleh, Cik Aurel kan customer Lia's Bridal Boutique."

Sabar Aurel sabar! Kau kena tahu bakal suami kau tu orang terkemuka. Semua orang hormat dia! Walaupun banyak sahaja wanita yang datang dekat dengan lelaki itu, pasti sahaja Zhafran akan elak.

"Ha yelah." ujar Aurel dengan nada yang mengalah. Malas nak bertekak, dia bukannya budak-budak lagi nak bertekak hanya kerana benda kecil.

Sepanjang hari mereka berdua menghabiskan masa untuk persiapan nikah. Suka tetap suka walaupun terbit rasa kecewa dengan diri sendiri. Kenapa..

"Reel, Zea dah nak kahwin..." ucap hati Aurel. Alangkah indahnya jika dia kahwin dengan..

Lupakan Aurel! Sekarang ni Zhafran tu bakal suami kau! Sudah lah tu.

Geli hati Zhafran apabila melihat telatah Aurel. Persis adiknya, Afeefa.

Ada saja nak komen, ada saja tak suka. Kejap nak tema putih, kejap nak tema rose. Haih macam-macam! Banyak komen betul tunangnya ni. Comel tidak terkata.

Semoga sahaja ikatan mereka dirahmati Allah SWT.

lagi beberapa chapter, Zhaf Aurel sah jadi pasangan halal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


lagi beberapa chapter, Zhaf Aurel sah jadi pasangan halal.

votes dan komen lah, barulah semangat nak tulis hm :)

btw, hambar kan... maaf ya.

Happy Reading 🤍

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now