"Betull. Apa apa je" balas Rudy dengan smirk.

"Yesss! Kau memang kawan paling terbaik aku , Boboiboy! Tapi aku sayang Qually lebih sikit je dari kau. AHAHAHAHA terima kasihh! " teriak Gopal gembira sambil pukul belakang 'Boboiboy' buat budak tu tersedak.

"Gopal! Kau oder dulu eh. Aku nak pergi tandas sekejap" laung Rudy.

"Ahh ok" balas Gopal gembira.

'Boboiboy' memandang Gopal yang dah ke kaunter oder makanan lain dengan jelingan sinis. Heh, mangsa satu berjaya!

Rudy segera berdar dari situ walaupun masih pelik kenapa Gopal lebih sayang kuali daripada Boboiboy.

.

.

.

.

'Mangsa seterusnya'

Sut biru Boboiboy berubah menjadi sut kelabu inviso sleeveless. Rambutnya berubah ke warna violet gelap berpacak. Fang in da house bebeh!

'Fang' keluar dari dinding mendekati dua gadis yang sibuk berborak itu.

"Yaya, Ying. Ejen Geetha panggil korang dekat bilik tekno" ujar Rudy dengan gaya Fang.

Mendengar kata-kata 'Fang' itu, Yaya dan Ying berhenti berbual.

"Ejen Geetha? Kenapa panggil kitorang? " tanya Ying.

'Fang' menjongketkan bahunya.

"Entah, mana aku tahu. Baik korang pergi cepat, marah Ejen Geetha nanti" balas 'Fang'.

"Oh, okey! Terima kasih, Fang" ujar Yaya dengan senyuman. Ying ditarik bersama untuk ke bilik tekno.

Rudy baru nak tarik senyuman kemenangan tiba tiba dihentikan dengan panggilan daripada Yaya.

"Eh, Fang. Kejap! "

'Fang' menoleh.

"Kau ada nampak Boboiboy tak? " tanya gadis kombat itu.

"Tak ada pun"

"Kalau kau terjumpa Boboiboy, nanti tolong bagitahu dia jumpa aku. Aku dah janji nak ajarkan dia(Taufan) resipi biskut aku yang terbaru! " ujar Yaya dengan cerianya tanpa menyedari perubahan air wajah dua ejen di situ.

"H.. Haa.. O.. Okey" balas 'Fang' dengan senyuman paksa. Walaupun Rudy jenis tak memilih makanan dan seorang yang makan semua benda yang ada dalam peti sejuk, tapi biskut Yaya dah termasuk dalam list makanan paling bahaya dalam hidup dia.

"Haa,Fang. Tolong ingatkan Boboiboy sekali , tentang petang ni. Aku masih nak belajar memanah dengan dia(Ice)" tambah Ying juga.

"Okey"

'Fang' meninggalkan mereka berdua selepas kata babai. Setelah jauh daripada Yaya dan Ying, Rudy menyahaktifkan penyamarannya. Rambut violet gelap sudah kembali menjadi surai hitam.

"Hmm... Nampaknya budak Boboiboy tu pandai memanah juga rupanya. Heh, tak sia sia aku menyamar. Dapat info tambahan" getus hati Rudy tersenyum puas.

Tablet yang muncul dari langit di tangan Rudy ditatal. Rudy menandakan 'tick'pada gambar Yaya dan Ying selepas gambar Gopal.

Anak mata hitamnya membaca sekilas setiap info dua lagi mangsanya. Boboiboy dan Fang.

"Hmm... Bila aku fikir balik, berapa banyak senjata budak baru tu boleh guna? "

Info seorang ejen kombat baru yang gunakan pedang berkembar menarik perhatian Rudy sewaktu taklimat bersama Ejen Leon. Setahu dia, senjata seperti pedang hanya boleh digunakan oleh ejen senior yang memang betul betul diyakini dan diakui untuk menggunakan senjata tajam itu. Contohnya macam Ejen Karya dan Ejen Djin.

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now