𝐛𝐚𝐛 1

29.4K 2.2K 97
                                    

"Aku terima nikahnya Akania Mayis Qiftah binti Arkan Qayis dengan mas kahwinnya RM 800.00 tunai..."

"Sah?"

"Sah!"

Setelah keempat saksi mengatakan sah, secara langsung pasangan yang baru bersatu itu sudah pun menjadi pasangan yang disukai Allah.

Jejaka, Ameer Behzad El Fath mengukir senyuman lega. Terasa beban di bahunya hilang bila ia bisa mengucapkan ijab itu.

Entah kenapa matanya jadi memanas ingin mengeluarkan cairan. Mungkin kerana dirinya bukan lagi bujang dan dia akan menanggung kehidupan seorang gadis yang bergelar isteri sahnya.

"Marilah kita berdoa untuk panjatkan kesyukuran kepada Allah untuk pasangan ini."

Semua menadah tangan untuk memanjat kesyukuran atas persatuan dua jiwa itu. Diharap mereka pasangan itu kekal sejahtera dan hidup hingga ke cucu cicit.

Ameer senyum tanpa sedar dalam doanya. Sedikit dia mengesat cecair bening yang mengalir di tepi hidung.

Akania Mayis Qiftah

Ya Allah, pernikahan kami bukan atas dasar cinta

Pernikahan ini juga bukan kehendak kami tetapi Engkau telah gerakkan hati kami untuk bersatu. Hidup bersama. Melalui dugaan manis dan pahit bersama

Sesungguhnya Kaulah yang terbaik untuk menentukan takdir kami yang seterusnya

Aku sudah memegang tanggungjawab yang besar. Semua dosa isteriku. Semua perbuatan isteriku. Bantulah hamba-Mu yang tidak pernah bercinta ini untuk menjadi suami yang terbaik untuk isteriku. Hanya Engkau , aku berharap dan hanya Engkau memegang hati kami sesungguhnya



Jauhilah kami dari segala bencana dan musibah. Jauhilah kami dari semua godaan, bisikan dan tipu daya syaitan nirrajim. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Mu yang lemah dan tempat-Mu kami bergantung

Lindungilah kami, jagailah kami, redhailah kami, berkatilah kami. Genggamkan hati kami untuk pertahankan masjid yang baru dibina ini

Ameer mengesat lagi dan lagi air matanya yang jatuh. Dia tidak percaya dia akan menangis di hari bahagianya. Kini, dia tahu mengapa mempelai lelaki akan menangis jika sudah menghalalkan seorang gadis.

Perempuan menangis setelah dinikahi itu perkara biasa tetapi bila lelaki menangis setelah menghalalkan gadisnya, itu perkara yang sangat luar biasa

Sedangkan mempelai perempuan yang diapit oleh dua ibu itu memeluk silih ganti. Menciuminya dengan rasa berkecamuk. Sedikit pipinya basah dengan air mata.

Tidak percaya dia akan menangis di hari bahagianya. Mungkin kerana statusnya bukan lagi bujang.

Kayzania tersenyum dalam tangisannya. Melihat anaknya penuh sayang. Mengusap lembut pipi anak gadisnya. Harus mempercayai bahawa anaknya bukan lagi bawah tanggungjawabnya.

"Jadi isteri yang baik dan solehah, nak." Kata Kayzania sayup.

Akania senyum lembut. Ibunya kembali dipeluk. Mengangguk kecil.

"Ya, ibu. Doakan Kania jadi isteri yang solehah buat abang Ameer." Sedikit malu menggelarkan suaminya abang.

Kayzania senyum kecil. Dikucup pipi anaknya lalu beralih melihat besannya yang tersenyum manis melihat mereka.

𝐃𝐢𝐚, 𝐋𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞Where stories live. Discover now