🌹

     Malam itu aku hanya menghabiskan masa berbual dengan Arqel melalui WhatsApp. Sebelum itu aku ada menelefon mama untuk bertanya kabar dan memberitahunya tentang apa yang aku lakukan di sini.

"Bila Lia masuk uni? " #Arqel

"Esok, Lia masuk dengan Kak Sarah, sebab tak tahu lagi selok- belok dekat sini" #Lia

"Arqel rindu dengan budak mata empat ni" #Arqel

"Eleh kau mengada. Btw bila kau nak masuk uni? " #Lia

"Aku pula minggu depan hari isnin dah start kuliah" #Arqel

     Kami berdua sibuk berbual tentang kuliah. Kami kuliah ditempat yang jauh, Arqel mendapat tawaran kuliah di Selangor manakala aku di Itali. Jujur aku rasa kalau ada Arqel lebih seronok ini pun nasib ada kak Sarah, kalau tidak memang aku balik Malaysia untuk kuliah di sana sahaja sebab tiada peneman.

Sejam juga aku berbual dengan Si Tinggi, tidak mahu lebih lama lagi, aku menamatkan perbualan dengan alasan ingin tidur awal kerana esok sudah tiba waktunya aku mulai kuliah.

                                🌹

    
     Lia dan Kak Sarah kuliah bersama di university Politecnico di Milano, Itali. Perjalanan dari rumah makcik Lin ke universiti ini tidak terlalu jauh dalam 10 minit sudah sampai jika menaiki kenderaan. Kami hanya mengunakan teksi untuk pergi ke universiti, pembayaran untuk menaiki teksi pun tidak terlalu mahal.

Setiap pelajar berjalan dalam kumpulan masing-masing mengikut fasilator yang sudah ditentukan. Setiap fasilator akan menunjukkan setiap kawasan universiti dan memberi penerangan berkenaan tempat-tempat tersebut. Ini adalah peluang bagi pelajar-pelajar baru bertanyakan tentang dewan kuliah dan lokasi-lokasi penting di sekitar universiti.

     Dari celah-celah pelajar, Lia dapat melihat kak Sarah dengan jelas. Sebaik sahaja mata mereka bertentang, Lia melemparkan senyuman kepada Sarah.

Hari ini pelajar baru tidak ada kelas kerana hari ini merupakan hari pertama pelajar baru untuk mengenal hal-hal yang penting dalam universiti,  seperti para senior menunjukkan dewan kuliah dan peraturan yang harus diikuti.

Jujur aku agak merasa tidak selesa dengan orang sekeliling, mungkin kerana percakap mereka yang tidak aku fahami, mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Itali, manakala aku belum fasih dalam berbahasa Itali. Di sini terdapat juga pelajar dari Malaysia namun aku masih belum dapat berkenalan dengan mereka, aku tidak mempunyai kesempatan untuk berbual, kerana sememangnya dari awal sampai akhir kami hanya sibuk memberikan tumpuan kepada senior untuk menerangkan setiap perkara.

                                 🌹

     Seminggu aku menetap di Itali, dan apa yang aku rasakan adalah kelainan. Kelainan cara hidupku. Di sini aku lebih banyak menghabiskan waktu kuliah yang membuatku lupa dengan dunia luar, kadang aku rasa bahwa dunia ini sedang baik denganku, sangat berbeza jika aku duduk di tanah air sendiri. Dapat aku rasakan bahawa hidupku kini lebih dewasa.

     Hari minggu ini aku dan Kak Sarah ingin meluangkan masa berjalan untuk menenagkan diri dan fikiran yang sejak akhir-akhir ini masih enggan menerima hidup baru.

     Kami kemudian ke bandar Como dengan menaiki bas dari Milan dengan perjalanan kira-kira sejam 30 minit. Stresa terletak kira-kira sejam perjalanan kereta api dari Stesen Sentral Milan dan ia adalah sebuah pekan kecil yang memiliki pemandangan pergunungan yang cantik di sekitar Tasik Maggiore.

Kejernihan air tasik dengan pemandangan bukit di sekeliling kawasan ini sangat menyamankan. Aku melabuhkan punggung di bangku yang tersedia di tasik itu, hanya aku seorang, kak Sarah pula sedang mencari makanan ringan di kedai yang berdekatan.

     Dalam diri yang terlihat tenang duduk di tepi tasik, aku merenung kembali memori yang pernah aku lalui dahulu. Begitu cepat masa berlalu, aku yang dulunya hanya seorang gadis comot kini kelihatan peribadi yang dewasa, tidak lagi di gelar 'nerd'. Terimbas juga memori pahit yang masih menjadi kesedihan hati sehingga sekarang, tak dapat aku lupakan apa yang membuat hatiku terluka.

Selalu ingin rapuh jika terimbas kembali kenangan pahit dahulu.. Mungkinkah aku perlukan seseorang memberiku kekuatan untuk mendapatkan kembali keceriaan hidupku ini?

"Lia.. Fikir apa tu? " Lembut suaranya menyapa.

"Eh Kak.. Tak adalah Lia cuma tengok-tengok pemandangan kat sini, cantik sangat"

"Kak Sarah tahu, Lia masih baru dengan kehidupan dekat sini, banyak benda yang difikirkan..apa-apa Lia boleh cerita dekat kak Sarah, kak Sarah dah anggap Lia macam adik sendiri" Namun, tidak semudah itu untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati pada orang, meskipun orang itu telah lama aku kenali. Kak Sarah masih memandangku. Senyumannya juga tidak lekang untukku. Namun, itu bukan sebab untukku mempercayainya.

 Namun, itu bukan sebab untukku mempercayainya

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.
Arraz' Irham [COMPLETE]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu