"Eryan tak nak pergi mana-mana. Eryan nak mama." Eryan enggan mengikut perintah ayahnya. Dia keraskan tubuhnya disitu tatkala si ayah hendak menariknya. Ziyad mengeluh.

"Little lion, mama okey. Don't worry about her. Kalau mama tahu Eryan berperangai macam ni, nanti mama tak sayang Eryan dah. Mama tak suka budak yang tak mahu pergi sekolah dan selalu tidur lambat. You love mama is it?" Eryan menganggukkan kepalanya.

"So choose, stay here or going back home?" Ziyad memandang Eryan. Eryan nampak keliru. Atau mungkin... masih lagi memikirkan tawaran ayahnya itu.

"Kalau Eryan duduk sini, mama marah. Kalau Eryan balik, mama mesti marah juga kan sebab Eryan tak tunggu mama. Nanti mama ingat Eryan tak sayang mama tapi sebenarnya Eryan sayang mama." Eryan kemudiannya mengeluh.

"Betul ke daddy kalau Eryan balik dan tidur kemudian esok Eryan pergi sekolah, mama akan sayang Eryan banyak-banyak?" Eryan tatap wajah ayahnya dengan wajah yang polos. Ziyad tersenyum lalu dia mengusap ubun-ubun Eryan.

"Betul... malah mama akan sayangkan Eryan lagi banyak dari mama sayang daddy." Eryan terus ukirkan senyuman. Laju dia turun dari kerusi ditempat menunggu itu.

"Yes! Finally, Eryan menang and daddy kalah! Jom balik!" Eryan tarik hujung tangan ayahnya lalu dia terus berjalan. Ziyad mengikut langkah anaknya itu.

'Cis kena game dengan anak sendiri!' Desis Ziyad dalam hati.

"Ada Uncle Isaac dekat luar, dia akan hantar Eryan balik. Daddy kena tunggu mama, got it?" Eryan hentikan langkahnya. Laju dia memandang Ziyad dengan pandangan sesuatu.

"Tak apalah, yang penting Eryan nombor satu dan daddy nombor dua. Bye daddy, see you tomorrow!" Eryan lepaskan tangan Ziyad lalu dia berlari mendapatkan Isaac yang sedang berborak bersama dengan pengawal keselamatan hospital itu.

"Tak akan pakcik tak percaya ni tak berpunya? Ish ish ish, kacak sangat ke saya ni? Kacak macam Lee Min Ho?"

"Siapa pula Ho Ho ni?" Kassim menggarukan kepalanya. Naik pening dia melayan Isaac dari tadi. Tak berhenti bercakap!

"Hok aloh pakcik ni. Takkan tak tahu? Bini pakcik tak tengok cerita The King Monarch ke?"

"Isteri pakcik dah lama meninggal."

Sentap! Isaac Muslim sentap gaisek!

"Err maaflah saya tak tahu. Takziah ya pakcik. Ouh ini, tak akan anak perempuan pakcik tak tengok? Jejaka idaman ramai tu! Hari tu ada dia datang Malaysia, selfie dengan Tokti tu!"

"Anak pakcik semua lelaki."

"Sudahlah! Emo saya begini! Salam pakcik!" Isaac tarik tangan Kassim lalu dia kucup. Terus dia berlari ke kereta dan mendapatkan Eryan yang sedang menunggu di situ. Nasiblah kereta tak jauh dari tempat dia berborak dengan Kassim.

"Jom balik, kita tengok The Shining Man!"

"Shining Man?" Eryan pelik. Isaac mengeluh, "Mat Kilau, budak. Mat Kilau! Tak akan hang tak tau? Adi Putra kot yang berlakon!" Eryan terkebil-kebil. Uncle Isaac cakap apa ni?

"Pening kalau hari-hari macam ni." Isaac terus membuka pintu kereta dan membenarkan Eryan masuk.

***

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now