♥️-18-♥️

653 72 17
                                    

*Terkandung nota penting di bahagian bawah sekali. Mohon dibaca ya!*

"Hali... Fikir betul-betul keputusan kau ni! Kau dah kenapa?! Tolonglah, jangan buat macam ni kat aku... Fikirkan diri kau, Hali!"

Sudah kali keberapa entah Gempa memujuk Halilintar. Walaubagaimanapun, Halilintar tekad dengan keputusannya.

Begitu juga dengan Blaze. Setelah banyak kali mendesak Halilintar untuk membenarkannya ikut bersama, akhirnya Halilintar terpaksa bersetuju akibat berasa rimas.

Ais tidak mampu berbuat apa-apa. Dia sekadar membisu apabila Gempa cuba memujuknya pula.

"Korang dah tak sayang aku ke..?" sayu Gempa bersuara. Air mata jantannya sudah lama gugur. Dia teresak-esak menangis, meminta agar mereka membatalkan niat gila mereka.

"Maafkan aku, Gempa. Tapi aku rasa ini yang terbaik. Sekali lagi, maafkan aku. Aku harap kau faham..."

"Hali..! Hali!"

Kepala Gempa terasa berdenyut-denyut dengan hebat. Pandangannya mula kabur dan kelam perlahan-lahan. Kakinya sudah lemah dan seakan-akan tidak mampu berpijak lagi pada realiti.

Dan tanpa disangka...

"Gempa!"

∆∆∆∆∆

Thorn setia menemani di sisi Gempa. Wajah pucat Gempa dipandang dengan hati yang luluh. Apa yang baru sahaja berlaku seakan-akan tidak sampai sepenuhnya ke kefahamannya.

Thorn menjadi sayu. Walaupun Gempa kelihatan 'okey' pada mata adik-beradik mereka yang lain, namun dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena menimpa si sulung. Pelbagai persoalan menghentak fikirannya.

"Abang Gem..," bisiknya halus. Tangannya perlahan-lahan menggenggam tangan Gempa. Terasa sejuk sahaja tangan itu.

Tiba-tiba, berlaku tindakan refleks terhadap Gempa. Sebaik sahaja tangannya diraih oleh Thorn, jari jemarinya mula bergerak-gerak, menandakan dia sudah mula sedar.

Thorn yang terkejut pada mulanya, berasa agak lega. Dia mengeratkan genggaman tangannya.

"Abang Gempa... Abang Gempa dah sedar?"

∆∆∆∆∆

Gempa membuka matanya perlahan-lahan. Semuanya kelihatan kabur pada mulanya sebelum semakin jelas. Kepalanya masih terasa berdenyut-denyut dengan hebat. Berkerut dahinya menahan denyutan itu.

"Abang Gempa... Abang Gempa dah sedar?"

Sayup-sayup kedengaran suara seseorang di sisinya. Gempa cuba mengamati suara tersebut.

"T... Thorn..."

Mata Thorn sudah berkaca-kaca melihat keadaan Gempa. Tanpa amaran, dia terus sahaja mendakap tubuh Gempa yang terbaring di atas katil.

"Abang Gempa... Thorn mintak maaf... Thorn mintak maaf sangat-sangat sebab terkasar dengan Abang Gempa... Tolong maafkan Thorn..," rengek Thorn dengan penuh perasaan bersalah.

Gempa terkesima. Luluh hatinya melihat tangisan Thorn yang bukan dibuat-buat. Dia tahu dan dia kenal, Thorn bukanlah seorang yang boleh berpura-pura dengan perasaannya sendiri.

Kerana Mereka (👀)Where stories live. Discover now