Bab 7: The Other Roles

Start from the beginning
                                    

“Tak sangka semua maklumat yang aku nak, ada kat sini. Makin mudah aku nak tahu lakonan diorang.”

Kandungan Surat Maklumat:

-The Roles-

1. MAFIA: Pemain yang menerima peranan ini perlu membunuh Villager. Mafia hanya dibenarkan membunuh seorang pemain pada satu malam. Jika bilangan Mafia menyamai bilangan Villager, Mafia akan menang.

2. PROTECTOR: Pemain yang menerima peranan ini adalah salah seorang daripada Villager. Protector dapat memilih untuk melindungi seorang Villager ataupun dirinya daripada dibunuh oleh Mafia. Hanya boleh melindungi seorang selama semalaman. Protector boleh menggunakan kelebihan ini sekali setiap 24 jam.

3. DETECTIVE: Pemain yang menerima peranan ini adalah salah seorang daripada Villager. Detective dapat mencari identiti pemain yang disyaki sebagai Mafia setiap sekali selama 24 jam. Jika pemain yang disasar bukanlah Mafia, maka identitinya tidak akan diberitahu.

4. MAYOR: Pemain yang menerima peranan ini adalah salah seorang daripada Villager. Mayor diberikan satu undian bonus setiap Sesi Perbincangan.

5. EXECUTIONER: Pemain yang menerima peranan ini tidak menyebelahi Mafia mahupun Villager. Executioner akan diberikan nama seorang pemain yang disasarkan. Executioner perlu menghasut pemain-pemain lain agar pemain yang disasarkan berjaya disingkirkan dalam Sesi Perbincangan. Jika pemain yang disasarkan, disingkirkan dalam Sesi Perbincangan, Executioner akan menang.

6. JESTER: Pemain yang menerima peranan ini tidak menyebelahi Mafia mahupun Villager. Tugas Jester adalah menghasut pemain-pemain untuk mengundi keluar dirinya. Jika Jester mendapat undian terbanyak dalam Sesi Perbincangan, Jester akan menang.

7. SEER: Pemain yang menerima peranan ini adalah salah seorang daripada Villager. Seer diberikan kelebihan untuk mengetahui semua identiti pemain. Seer perlu mencari kad peranannya untuk mendapatkan kelebihannya. Apabila kad peranannya dijumpai, semua identiti pemain akan didedahkan secara peribadi.

8. TERRORIST: Pemain yang menerima peranan ini adalah salah seorang daripada Villager. Apabila Terrorist dibunuh oleh Mafia, Mafia juga akan mati bersama-sama Terrorist.

9. REFLECTOR: Pemain yang menerima peranan ini adalah salah seorang daripada Villager. Apabila Reflector cuba dibunuh oleh Mafia, Mafia yang akan mati. Kelebihan ini boleh digunakan sekali sahaja.

10. SHIELDER: Pemain yang menerima peranan ini adalah salah seorang daripada Villager. Apabila Shielder cuba dibunuh oleh Mafia, Shielder tidak akan mati. Kelebihan ini boleh digunakan sekali sahaja.


Xin terdiam seketika setelah membaca semua peranan yang tertulis dalam kad tersebut. Dia mati kata. Tidak menyangka bahawa Mafia Game yang dianggap hanya permainan 'lumba lari' bersama Villager dan Mafia sebenarnya permainan akal dan nyawa. Dia tidak boleh mengambil mudah.

Peranan yang perlu dia pandang serius ialah Executioner dan Jester. Dua peranan yang mematikan. Jika pemain lain terumpan dengan kata-kata Executioner ataupun Jester, mereka semua akan mati. Namun, apa yang lebih sukar, dia tidak tahu siapa yang sedang bersembunyi di sebalik dua peranan itu.

Mempercayai Mikhail dan Harisya sudah tentu salah baginya. Jika benar Yuri ialah Detektif dan Harisya ialah Protector, apa pula peranan Mikhail? Berdasarkan sepuluh senarai peranan yang ada, boleh jadi Mikhail ialah Executioner ataupun Jester. Tapi, dia tidak ingin membuat tuduhan tanpa bukti. Dia perlu cari lebih banyak Surat Maklumat untuk membongkar semua identiti.

“Tunggu! Aku tak perlu cari semua Surat Maklumat. Apa yang aku perlu buat, cari kad peranan Seer dan umpan Seer yang sebenar untuk keluar. Dengan cara tu, semua identiti pemain akan didedahkan," monolog Xin.

“Tapi ... aku tak rasa kad peranan Seer ada kat tingkat ni. Dah tentu peranan yang hebat dan penting macam tu ada kat tingkat satu atau tingkat bawah. Ni permainan maut yang gunakan otak untuk menang, bukan main kejar-kejar.”

Xin melipat kad pada tangannya kepada dua lipatan sebelum memasukkan ke dalam poket seluar. Dia menutup peti besi. Malah, semua papan lukisan juga diletakkan kembali ke tempat asal, ditutup semula dengan kain putih. Dia cuba menghapuskan bukti petunjuk. Tidak ingin pemain lain mengetahui maklumat penting itu. Takut jika dia bersepakat dengan musuh sendiri.

I think ... I need to find who is the Godfather sebelum Mikhail jumpa. Kalau tak, aku takkan selamat.”

Xin berjalan keluar dari Bilik Seni. Walaupun dia masih tidak tahu identiti Mayor, namun dia sudah ada umpan untuk memancing Mayor keluar. Malah, dia sudah ada beberapa calon dalam fikirannya. Fiqa dan Ivan.













the other roles: promise

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now