°∘∘46∘∘°

Začít od začátku
                                    

Sunyi rasanya suasana didalam rumah

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Sunyi rasanya suasana didalam rumah. Aisy menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati memandangkan pergerakkannya semakin susah apabila usia kandungan sudah masuk 9 bulan.

"Kak Aisy dah bangun?-" Fredella yang baru saja muncul keluar dari dapur menyapa Aisy. Gadis itu membawa dua buah gelas berisi air coklat.

"De-Della? Bila datang?" Aisy turut mengekori langkah Fredella mendekati ruang tamu. Wajahnya masih mamai akibat baru terjaga dari tidur.

"Oh Della baru je sampai tadi.." Fredella meletakkan gelas-gelas tersebut ke atas meja sebelum dia duduk ke atas sofa.

"Kak Aisy duduklah-"

Aisy membalas senyuman Fredella sebelum dia turut melabuhkan punggung bersebelahan dengan gadis itu.

"Mana abang? Dia ada hal dekat tempat kerja ke?"

Soalan yang ditanya oleh Aisy itu hampir buatkan Fredella tersedak sewaktu menghirup air coklat namun sempat dikawal. Alamak! Lupa nak rehearsal jawapan.

"Ab-abang.."

"Aaabang..."

Cara tergagap Fredella bertutur buatkan Aisy mengerutkan dahinya.

"Kenapa Della? Dia pergi mana?" Nada suara Aisy kedengaran penuh dengan hairan.

"Tapi kalau Della bagitahu. Kak Aisy jangan marah dia tau." Yakin gadis itu menjawab. Gelas tersebut kembali diletakkan ke atas meja.

"Hm. Takkan Kak Aisy nak marah-"

"Abang bertolak ke Berlin awal pagi tadi." Akhirnya, Fredella jujurkan saja pernyataan yang sepatutnya.

"Hah? Dah lama dia pergi? Kenapa Kak Aisy taktahu pun?" Tampak sangat tidak berpuas hati wajah Aisy pada ketika itu. Dia sendiri tak sedar bila Khalaf pergi.

"Urm. Pukul empat pagi tadi.."

"Ta-tapi Kak Aisy jangan risau. Tengahari nanti kita balik rumah Tok Ma. Lagipun abang tu, dua hari je dekat Berlin. Nanti dah settle dia terus ke Kedah sekali." Fredella cuba menenangkan Aisy.

Dia tahu yang emosi kakak iparnya sekarang tidak beberapa stabil. Lebih-lebih lagi dapat tahu tentang Khalaf yang sudahpun berangkat awal pagi tadi.

"Okey, takpa.."

"Dia memang suka buat macamtu. Tahu-tahu je dah takda." Aisy menyandarkan tubuh. Dia mengusap perutnya yang sudah membesar itu. Pandangan tertumpu ke arah kaca TV.

"Err..janganlah cakap macamtu Kak Aisy-"

"He loves you more than himself. Banyak benda abang pesan dekat Della supaya Kak Aisy sentiasa selesa dekat kampung." Bahu kakak iparnya disentuh lembut. Gadis itu turut mengukir senyuman kelatnya.

Fredella tahu Khalaf terpaksa juga ke Berlin atas hal yang penting memerlukan kehadirannya. Jika dia mampu menggantikan Khalaf, sudah tentu terlebih dahulu dia akan kesana. Apakan daya hanya Khalaf saja yang lebih berhak atas segala urusan di Berlin.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Anak-anak mama okey?" Setelah hampir masuk 4 jam berada di atas jalan raya, Tengku Rossa mula memecahkan suasana yang sepi didalam kereta.

"I'm okay."

"Rizz okey! Tak sabar nak sampai-"

Hanya suara Fredella dan Harizz saja yang didengari oleh wanita itu.

Tengku Rossa memandang sekilas Fredella yang sedang memandu disebelahnya sebelum ruang duduk diberlakang diperiksa. Saja mahu melihat Aisy sama ada dia selesa atau tidak.

"Aisy okey? Nampak berkerut je dahi?" Sedikit senget tubuh Tengku Rossa memerhati Aisy dari ruang duduk hadapan.

"Aisy senak sikit mama. Selalu kalau ada Farrel, dia yang urutkan berlakang Aisy." Perlahan nada suara Aisy menjawab.

"Kak Aisy nak baring ya? Takpa dah nak sampai ni. Kak Aisy pejam mata. Della speed-" Tanpa disuruh Tengku Rossa, Fredella dengan selamba badaknya melajukan perjalanan kereta mewahnya itu. Wajah gadis itu tampak fokus memecut ke destinasi.

"Kak Dell! Rizz peninglah Kak Dell bawak laju-laju!" Terhuyung-hayang kedudukan Harizz pada waktu itu walaupun tali pinggang keledar sudah dipakaikan buatnya.

"Mengucap Khalisa. Lagi senak la dibuatnya menantu mama-" Tengku Rossa merenung tajam ke arah Fredella.

Aisy di belakang mula tersengih melihat gelagat mereka. Fikirannya kembali tenang apabila Tengku Rossa mahupun Fredella sanggup buat apa saja demi keselesaannya. Meskipun dia banyak teringatkan Khalaf.

"Hi Tok Ma!!" Fredella berlari anak mendapatkan Hajah Rossila

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

"Hi Tok Ma!!" Fredella berlari anak mendapatkan Hajah Rossila. Usai saja memakir kereta, tidak dia endahkan barang-barang yang masih tersimpan rapi didalam bonet.

"Aduh! Tok Ma cubit Lisa kenapa?" Sedang leka Fredella memeluk tubuh wanita berumur itu, terasa pinggangnya dicubit kuat.

"Geram dengan hang la. Dah balik Malaysia bukan gheti nak mai sini-" Hajah Rossila meleraikan pelukan.

"Hi hi.. anak mama tak reti bagi salam ke apa?" Bukan setakat dicubit, malah dihadiahkan tamparan kasar pada bahunya oleh Tengku Rossa.

"Mana menantu hang Ros?" Hajah Rossila mengukir senyuman nipis.

"Ni haa-"

"Ros bawak mai adik dia sekali. Aisy, Harizz, meh sini."

Kelihatan dari jauh Harizz melepaskan genggamannya pada tangan Aisy. Laju budak lelaki itu berlari ke arah mereka. Aisy turut teruja mendekati ke arah sana namun dia terpaksa berjalan dengan perlahan-lahan.

"Assalamualaikum Tok Ma." Aisy mengukir senyuman lebar sebelum dia mendapatkan Hajah Rossila.

"Besaq nya perut hang. Lekaih lah masuk, Tok Ma takmau hang terberanak dekat luaq ni pula-"

Mereka tergelak besar mendengar Hajah Rossila mengusik. Meriahlah suasana rumah wanita itu memandangkan anak dan juga cucu-cucunya sudah sampai.

FARREL'S BOO©️Kde žijí příběhy. Začni objevovat