"Aku menyampah gila dengan kau, Zain."

"Jangan nak menyampah. Kau menyampah dengan aku ibarat kau menyampah dengan diri kau. Kita ini share muka. Kau lupa?" Zain jungkit keningnya.

Ziyad hela nafas berat, malas mahu melayan adik kembarnya itu. Dah tua pun perangai masih lagi kebudak-budakkan. Bila nak berubah pun tak tahu.

"By the way, siapa budak kau tu— err Isaac eh? Ha. Aku dengar cerita, kau pun ada sorang budak baru nama dia Mark."

"Ehem." Ziyad terbatuk. Kebarangkalian mungkin tercekik air liur. Zain melihat Ziyad dengan pandangan yang pelik. Dah kenapa tiba-tiba tercekik air liur ni?

"Kau okey tak mat?" Ziyad cuma angguk.

"Mark bukan budak aku. Isaac tu je."

"Tapi, haritu aku nampaklah Mark tu dengan Isaac. Aku tengok dia duk terhendap-hendap perhatikan Sarah juga. Buat kerja gila betullah kau ni Yad. Pasang spy nak perhatikan anak dara orang, elok sangatlah tu perangai." Bebel Zain.

Ziyad senyum senget, "aku buat tu semua ada sebab. Aku tak akan saja-saja buat macam tu kalau aku sendiri tak terima arahan." Zain yang baru sahaja hendak merenung langit tersentak mendengar kata-kata Ziyad.

"Arahan apa ni? Kau ejen rahsia ke?" Ziyad gelengkan kepalanya. "Tak, bukan ejen rahsia. Tapi, ini amanah."

"What—"

"Uncle Hashim minta aku tengok-tengokkan Sarah even kitaorang dah putus cinta. Uncle Hashim yakin hanya aku yang boleh tundukkan Sarah yang degil dan keras kepala. Sarah dia ada sedikit sisi negatif. Dia suka memberontak bila ada orang cuba halang dia untuk dia buat sesuatu. Orang halang bukan saja-saja, semuanya ada sebab. Uncle Hashim bagitahu aku yang Sarah banyak berubah selama berapa bulan dia dengan aku. And he put his trust on me to take care of his princess. One and only princess."

"Memberontak?" Ziyad anggukkan kepalanya.

"Yup, dia memberontak dan dia akan buat sesuatu diluar kawalan. Salah satunya, she kissed me." Terbeliak besar mata Zain. Dilihat tidak berkelip wajah Ziyad lalu dia menyentuh wajah Ziyad.

"Sarah— apa?"

"Malas nak ulang sebab itu dosa. Bukan perkara yang patut aku banggakan."

Zain terkedu disitu.

"Dan Uncle Hashim risau Sarah jadi lebih teruk disebabkan oleh PKP dan aku punca kami putus hubungan. Jadi, aku hanya perhatikan Sarah dari jauh. Kadang-kadang ada juga aku ikut Sarah dari jauh tapi jarang. Yang selalu tolong aku Isaac."

"Mark?"

"Yeah dengan Mark."

***

PAGI itu, Sarah meminta izin ayah dan ibunya untuk keluar untuk berjumpa dengan Ziyad. Dato' Hashim dan Datin Rosa tidak menegah. Mereka membenarkan.

Penampilan Sarah pada pagi itu tidak kurang seperti seorang wanita yang bekerjaya dan berkaliber.

Jam 8:30 pagi, Sarah tiba di mansion mewah milik keluarga Ziyad. Dari jauh Sarah sudah lihat kereta Ziyad. Lain daripada yang lain. Jejaka itu lebih sukakan warna hitam.

Belum sempat Sarah hendak menurunkan cermin tingkap untuk memberitahu hasratnya datang ke mansion mewah itu, guard yang menjaga pagar rumah itu terus membuka pagar dan memberi Sarah laluan untuk masuk.

Sarah pelik namun dia cuba untuk abaikan. Dia tidak mahu berada dizon selesa. Dia takut untuk dikecewakan oleh Ziyad buat kali kedua.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now