“Cik Reena, boleh awak keluar sekejap? Saya nak bercakap dengan awak.” Apa perlu dia buat sekarang? Adam suruh dia keluar! Memang tak lah dia nak keluar.

“Tak, Encik Adam nak apa sebenarnya? Sampai datang rumah saya bagai. Saya okey je. Apa yang Encik Adam nak cakap? Cakap je dekat sini.  Tak ada siapa nak dengar.  Penting dan rahsia sangat ke perkara tu?” soal Adreena bertubi-tubi.  Tubuhnya ditekap pada pintu. Di luar sana sunyi seketika.

“Saya call awak, awak tak jawab.  Saya ingat terjadi apa-apa yang tak diingini dekat awak.  Jadi, saya datanglah sini.  Tak sangka pula awak sengaja tak angkat call saya.  Kenapa tak angkat? Sebab fasal petang kelmarin ke? Fasal Wardah?” Adreena terdiam.  Oh my god, jangan diungkit!

“T...Tak, mana ada,” sangkal Adreena.

“Kalau tak, kenapa tak keluar? Kenapa mengelak dari jumpa saya? Kenapa tak bersua muka, tak katakan ketidakpuasan hati awak secara berdepan dengan saya? Kenapa?” soal Adam bertubi-tubi. Hal itu membuatkan Adreena terasa sedikit tercabar. Lantas kakinya di bawa melangkah menuju ke arah almari. Tudung sarung hitam di ambil lalu disarungkan ke kepalanya sebelum dia kembali ke arah pintu bilik. Pintu dibuka dan terpampang lah satu susuk tubuh di hadapan pintu. Adam.

“Sebab saya tak layak.  Awak faham tak saya tak layak.” Adam kerutkan dahi, tidak mengerti.

“Apa maksud awak?”

“Awak ada ramai peminat.  Mungkin dalam diam awak ada ramai kekasih.  So, why not you just stay away from me.  Saya dah lama nak cakap benda ni, cuma tak kesampaian.  Berhenti jumpa saya. Berhenti buat baik dengan saya. Dan berhenti bagi harapan dekat saya.” Ayat terakhir hanya diucapkan dengan nada yang perlahan. Mereka saling bertentang mata.  Disebalik bening hazel dan coklat gelap itu penuh dengan pandangan yang tersirat.

Go away.” Adreena memusingkan badannya, ingin masuk ke dalam biliknya kembali.  Namun, Adam sempat menahan lengannya.

“Kenapa? Perlakuan saya buat awak jatuh cinta pada saya? Perlakuan saya buat awak terseksa?” Soalan Adam membuatkan Adreena terperanjat bukan main. Adreena terus menoleh memandang Adam. M...Macam mana lelaki itu tahu?

“Akak? Abang?” Satu suara menegur. Keduanya menoleh. Ayeena.  Lantas Adreena menarik tangannya kembali.

“Jangan bertanya seolah awak tahu segalanya.” Adreena sempat berbisik kepada Adam sebelum dia kembali meloloskan dirinya ke dalam bilik sebelum kembali dikunci. Badannya disandarkan pada pintu bilik.  Matanya dipejam rapat.  Segalanya akan terbongkar kah? Secepat ini semuanya akan terbongkar? Wajahnya diraup sebelum Adreena beristighfar panjang.

*****

       “SO, macam mana sekarang? Dia dah tahu segalanya lah?” soal Anis.  Dia memandang wajah Adreena.  Kusut semacam sahaja sahabatnya itu. Selepas Adreena menelefon dia dan menyuruhnya datang ke rumah Adreena, terus dia datang.  Takut terjadi apa-apa yang buruk.  Jarang Adreena menelefon nya kecuali jikalau ada hal kecemasan.

“Saya tak tahu... Macam mana ni Anis? Macam mana kalau dia dah tahu? Sebab sejak kebelakangan ni Adam lain macam je. Dia seolah-olah siasat pasal saya. Macam mana ni Anis?” Adreena menggaru kepalanya yang sudah entah kali keberapa. Wajahnya disembam pada bantal.  Ibuu, Adreena takut!

Anis mengeluh perlahan apabila melihat keadaan sahabatnya itu.

“Awak pun tak dapat pastikan lagi, kan? Just relax. Semuanya akan okey dan baik-baik sahaja. Jangan lah risaukan sangat pasal benda tu. Saya yakin, Adam tak tahu pun awak suka dia.  Mungkin dia cuba buat andaian melalui sikap dan kelakuan awak bila terserempak dengan dia? Mana lah tahu, kan?” Anis mencapai tangan Adreena lalu digenggam bagi menenangkan Adreena. Adreena memandang Anis lama.

C |  DEAR MY CRUSH ✓Where stories live. Discover now