🌼 BAB 24 🌼

110 12 12
                                    

         TELEFON yang berdering itu dipandang sepi. Adreena mundar-mandir di dalam biliknya.  Duduk tidak senang. Fikirannya menerawang ke arah kejadian selepas tamat kelas petang kelmarin. Adam dengan Wardah. Disebabkan Adam memegang tangan Wardah, Adreena berfikir negatif.  Sejak kelmarin, perkara ini asyik bermain di mindanya.

“Macam mana kalau Wardah memang ada hubungan dengan Encik Adam? Orang lain pun tahu, tapi sembunyi kan dari aku?” Adreena membuat andaian sendiri.  Sesekali dia menggigit jarinya. Tidak tenang rasa hatinya ini. Rambutnya habis serabai akibat diramas beberapa kali.

“Tak mungkin lah kan? Wardah kan dah ada tunang. Tapi... Adam pun mesti tahu batas dengan tunang orang, kan? Isyh! Susah lah macam ni.” Adreena meramas rambutnya lagi.  Seketika kemudian dia berhenti berjalan.  Dia melabuhkan punggungnya di birai katil yang bertentangan dengan cermin meja soleknya.

Relax, Reena. Calm down.  Kau tak boleh gelabah.  Kau tak boleh buat andaian sendiri.  Mengucap, mengucap.  Istighfar banyak-banyak.” Adreena cuba menenangkan dirinya. Nafas ditarik lalu dihembus kembali.  Dia melakukan perkara tersebut berulang kali. Sambil-sambil itu dia beristighfar. Ya Allah, mengapa dia asyik teringatkan Adam?  Inilah akibatnya kalau dah terlanjur suka.  Susah nak tarik balik rasa suka tu.

Dia memandang wajahnya di dalam pantulan cermin. Rambutnya yang serabai itu dibetulkan balik. Deringan telefon yang telah semula tadi kedengaran lagi.  Membuat hati Adreena menjadi tidak tenang. Telefon yang berada di atas katil itu dikerling. 

“Aduh, kenapa dia telefon aku? Apa dia nak dari aku? Alahai, ni aku tak suka ni. Siapa lah bagi nombor aku dekat dia.” Telefon itu dijauhkan. Bantal di ambil lalu ditindih ke atas telefon pintar tersebut.  Adam yang menelefonnya.  Siapa entah yang beri nombor telefon dia pada Adam.

Macam mana dia tahu tu nombor Adam? Sewaktu dia sedang berbaring, seseorang menelefonnya. Nombor yang asing, namun dia angkat juga kerana telah berbunyi banyak kali dan menganggu waktu rehatnya. Bila di angkat, ternyata itu nombor Adam. Nombor Adam wei! Fulamak!

“Aku syak, mesti Yeena yang bagi. Tak pun Anis.  Pandai-pandai je dia orang tu bagi nombor aku. Tengoklah sekarang.  Macam jadi suspek atas suatu kes jenayah pula.” Adreena menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Tidak lama kemudian, telefonnya sudah berhenti berdering. Adreena menghela nafasnya lega. Badannya direbahkan ke belakang. Barulah dapat rehat dengan tenang balik.  Baru sekejap dia pejam mata, kedengaran pintu biliknya diketuk.

Tok! Tok! Tok!

Adreena pejam matanya erat-erat.  Tangannya dikepal, kegeraman. Kenapa banyak sangat gangguan ni? Ya Allah, tenangkan lah aku!

“Kak! Ooo kak!” Suara Ayeena kedengaran. Adreena berdecit perlahan.  Kacau lah budak ni seorang.

“Ya! Adik nak apa? Kacau lah orang nak rehat.” Adreena berkata-kata sambil memejamkan matanya.

“Abang Adam datang.” Adreena terdiam seketika sebelum matanya dibuka tiba-tiba. Pantas dia bangun. Dia memandang pintu biliknya.

“Apa?” soal Adreena dengan nada suara yang masih boleh dikawal.

“Abang Adam datang. Dia ada dekat bawah.  Katanya nak jumpa akak.  Turun lah cepat. Nampak macam risau je tu.” Adreena mulai tidak tenang.  Apa yang Adam nak? Sampaikan datang ke rumah semata-mata mahu mencarinya! Tekad benar lelaki itu! Apa kata Ayeena tadi? Risau? Oh my god! Risau apa benda nya. Dia okey je lah.  Tapi Adreena tetap tak nak jumpa Adam!

“Akak tak nak.  Cakap dekat dia akak tengah tidur.” Ha! Jawapan dan alasan paling selamat.  Bijak, bijak! Bagus Adreena!

“Kalau tidur, kenapa bunyi suara? Sengaja tak nak jumpa saya?” Eh, ni bukan suara Ayeena.  Garau je. Suara... Adam! Terus membulat mata Adreena.  Pantas dia berlari menuju ke arah pintu bilik.  Lantas pintu tersebut dikunci.  Fulamak! Apa yang perlu dia buat sekarang?

C |  DEAR MY CRUSH ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora