Irsyad menggeleng lagi.

"Kau jangan Mikha. Jangan sampai satu hari nanti kata-kata kau makan diri kau balik."

"Apa maksud kau?" Mikhael berkerut dahi, cuba memahami maksud tersirat disebalik kata-kata Irsyad.

"Macam ni, what if one day, dia minta cerai tapi masa tu kau dah sayangkan dia sangat-sangat? Mesti kau tak akan lepaskan dia kan?" tanya Irsyad.

Mikhael melakar senyuman sinis.

"Tak, aku tak akan jatuh cinta pada dia. Plus, dia buka taste aku." Balas Mikhael acuh tidak acuh.

"Ikut kau lah. Aku dah nasihatkan kau sebagai seorang kawan. Jangan sampai one day dia tinggalkan kau, kau baru terhengeh-hengeh nakkan dia balik." Kata Irsyad lalu menghirup jus epalnya.

Mikhael hanya membuat buka sepuluh sen. Nasihat daripada Irsyad ibarat angin yang berlalu pergi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langsung tidak berbekas di hatinya.

"Lantaklah. Ni kad kahwin aku. Tak payah datang pun tak apa. Kau tak penting pun." Kata Mikhael bersahaja.

Irsyad mengetuk kepala Mikhael menggunakan kad perkahwinan itu.

"Kurang asam punya kawan. Aku kenalah ada masa hari bersejarah kau. Bukan senang nak tengok kawan buaya aku naik pelamin," gurau Irsyad.

...

Maryam mundar-mandir didalam biliknya. Baju kurung putih modennya yang cantik tersarung di badannya diheret ke hulur dan ke hilir. Sesekali dia mendengus perlahan tatkala memandang angka di jam dinding yang tergantung elok.

"Chill la Maryam, kahwin je pon..." kata Dahlia bersahaja yang sedang duduk diatas katilnya. Pening kepalanya melihat Maryam yang tidak senang duduk dari tadi. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia ikat Maryam di kerusi.

Maryam menjeling.

"Chill kepala hotak kau. Aku nak kahwin tahu. KAHWIN." Maryam menekan perkataan kahwin.

"Eleh, kau tak sabar pasal first night kan sebenarnya?" Usik Dahlia. Gadis itu ketawa besar tatkala wajah Maryam kelihatan membahang merah. Tidak pasti sebab marah atau malu.

"Kau mengarut apa ni Dahlia?!" Tepik Maryam. Bantal diambil lalu dilempar ke muka Dahlia yang tersenyum nakal. Dahlia ini bukannya mahu menenangkan dia, mahu mendebarkan lagi adalah.

"Tenang Yam. Tak lama pun majlis tu." Dahlia menepuk-nepuk bahu rakannya. Bukannya dia tidak kasihan dengan Maryam, dia kasihan. Tapi apa yang dia boleh lakukan? Dia tiada hak untuk membatalkan perkahwinan itu.

"Aku tak boleh tenang Dahlia. Aku akan kahwin dengan Eshan Mikhael. Lelaki yang tak cintakan aku dan aku sendiri tak cintakan dia. Macam mana aku nak bahagia dengan dia?" Luah Maryam sayu.

Hati Dahlia tersentuh tatkala melihat wajah redup Maryam. Beratnya beban yang sedang dipikul oleh Maryam. Dia sebagai sahabat berasa dirinya tidak berguna kerana tidak dapat meringankan beban kawan baiknya.

"Semua yang berlaku ada sebab Yam. Tuhan ada sebab kenapa dia benarkan sesuatu perkara terjadi. Kita mungkin tak faham sekarang, tapi kita kena percaya yang semua yang berlaku ada hikmahnya. Kau janganlah sedih macam ni. Kau kan kuat." Nasihat Dahlia. Gadis itu memeluk Maryam erat. Berharap agar dapat memberi sedikit kekuatan buat gadis itu.

"Kau cuba terima dia ya?" Tanya Dahlia sambil mengusap belakang badan rakannya.

"Hmmm."

...

Tuan Azhar menghampiri Maryam yang sedang duduk bersimpuh di tengah-tengah ruang tamu rumah mereka. Lelaki separuh abad itu duduk melutut dia hadapan Maryam.

PLAYBOY PALING SWEET [C]Where stories live. Discover now