'Ya, Allah ya Tuhan kuu~ Adakah ini pengakhiran hidupku yang engkau telah tentukan??~'

Makin kuat Hamba Allah yang malang ni menangis di dalam hati.

"J-jangan risau Yaya! Dengan bau adunan biskut kau ni je, aku dah tau yang biskut kau akan buat ejen-ejen muda tu menangis terharu akan keenakan biskut kau ni! Aku yakin mereka pasti suka! " aku membalas dengan suara yang sangat meyakinkan serta biceps thumbs up.

'Memang menangis! Tangisan terakhir diorang! '

Inner ku lagi.

"Tapi, apa kata kau tambahkan chocolate chip sekali. Mesti lagi sedap " cadang ku. Aku mungkin nak balas dendam kat budak budak MATA tu, tapi aku tak sekejam tu lagi untuk biarkan diorang mati macam tu je. Mungkin chocchip boleh kurang kan sikit penderitaan diorang, kan?

Yaya kelihatan berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju dengan cadangan itu.

"Ya tak ya jugakan? Bagus anak murid terbaik aku ni! " balas Yaya positif membuatkan aku bernafas lega selega leganya sambil membelakangi Yaya. Dadaku yang berombak hebat dicengkam perlahan lahan. Fuh.. Aku baru je terlepas daripada maut!

"ALHAMDULILLAHHHHHH!!!!!!"

Hati aku menangis penuh kesyukuran.

Btw, of course lah korang tau kan apa sebab kitorang buat biskut ni? Siapa je tak faham? Kucing lorong Pak Senin Koboi pun faham, takkan korang rak faham enn? Enn? Enn?

End Taufan POV.

Setelah beberapa minit menggaul dan mencampur, akhirnya biskut mereka berdua sudah siap. Biskut Yaya sudah siap diabakar semuanya dan disusun di dalam sebuah balang.

Manakala biskut Taufan masih ada yang sedang dibakar.

"Taufan, nanti biskut kau dah siap, susun sikit dalam piring ni tau." ujar Yaya sambil menyusun biskutnya yang dah siap bakar di atas piring kuning.

Taufan yang sedang minum koko hangat buatan Gempa sambil menunggu biskutnya siap menoleh ke arah Yaya. Sebalah keningnya dijongket.

"Hmm? Buat apa? " tanya Taufan balik.

"Nak bagi yang lain lah. Untuk snek tengah malam"

Pbffftt-!

"Eh, Taufan! Kau ok tak??! " terkejut Yaya bila Taufan tersedak sampai terbatuk batuk macam tu. Sekotak tisu dihulur lalu laju disambut oleh Taufan.

Taufan mengelap mulutnya dengan tisu putih itu.

"Uhuk! Ukhemm! O-ok ok. Thanks " balas Taufan ringkas. Dadanya ditepuk tepuk sikit manakala Yaya buat muka risau.

Tiba-tiba suara Ying melaung dari ruang tamu memanggil gadis berhijab itu.

"Yayaaa~ tolong aku kejap dekat sini bolehh?~"

"Okey~ aku datang ni. Fan, nanti kau tolong hidangkan eh biskut ni dekat meja makan. Aku nak pergi tolong Ying " pinta Yaya sebelum terus membuka langkah ke ruang tamu.

"Haa, ok! Nanti aku hidang. Pergilah, bye~ " balas Taufan menghantar pemergian Yaya dengan lambaian.

Sebaik sahaja kelibat gadis itu sudah tiada, Taufan menghela nafas lega.

"Fiuhh~ nasib baik tak kantoi!" dengus Taufan lega. Piring berisi biskut Yaya dipandang dengan pandangan horror. Teringat jeritan tengkorak hijau dan batu nisan ungu ada nama dia tu.

"Urghh.... Ni kalau diorang makan, bukan jadi snek malam. Ni dah jadi snek terakhir ni! "

Satu lagi piring diambil dari rak pinggan. Tiba tiba otaknya terfikir sesuatu.

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now