The Obsessive Husband: 4

Start from the beginning
                                    

"Eh tak apa tak apa." Aisya menggawangkan tangannya ke atas. Panik dan gemuruh dengan tiba-tiba. Ammar menaikkan sebelah keningnya ke atas. Agak terhibur dengan tingkah laku Aisya.

Aisya meletakkan ketulan ayam yang terakhir pada  pinggan sebelum dia mengempiskan kotak KFC itu.

Ammar yang sedang duduk bersandar di kabinet hanya memerhatikan perlakuan Aisya dengan tangan yang bersilang di dada. Degup jantungnya sentiasa berlari dalam tempo yang tidak normal semenjak tadi. Kuat betul degupan jantungnya buat Aisya.

"Aisya cantik."

Terhenti terus gerakan tangan Aisya pada kotak KFC itu. Ammar memujinya? Dia tak silap dengar kan?

"Tak adalah. Biasa je uncle. "nafi Aisya lembut. Badan dipusing. Kini, dia sudah berdiri menghadap Ammar. Rasa tidak selesa kerana mata lelaki itu dari tadi lagi memandang ke arahnya. Bimbang pula sekiranya bentuk tubuhnya terlihat pada ruang mata Ammar.

"Awak cantik. Kalau tak, tak adalah dari tadi lagi saya puji." Ammar berkata-kata. Buat apa diselindung jika memang benar bahawa Aisya itu cantik.

Pipi Aisya terasa memerah. Ah, jika benar ingin memuji pun, janganlah direct begini. Malulah dia.

"Janganlah, malulah Aisy." Aisya merengek manja. Gaya spontan yang dia lakukan setiap kali dia disakat oleh ahli keluarganya sendiri.

Ammar menahan rasa di dalam hati. Suara manja. Aisya. Arghh! Boleh gila dia dibuatnya. Agaknya, Aisya lupa yang di hadapannya ini ialah seorang ajnabi padanya. Dan agama menghalalkan mereka untuk berkahwin.

Bagi menutup rasa yang kian mengganas di dalam jiwa, Ammar sengaja tertawa kecil.

"Abang Amin ada cakap yang Aisya sekarang belajar dalam bidang ijazah pendidikan kan? Sekarang dah tahun ke berapa?" tanya Ammar lagi. Dia tidak mahu merosakkan suasana yang baru bermula. Jadi, biarlah dia bertanya soalan yang tidak melibatkan soal hati.

"Baru tahun dua. Lagi dua tahun, habislah." Aisya senyum segaris. Matanya sudah beralih ke arah wajah tampan Ammar.

"Oh! Dah tak lama. Nanti habis study bolehlah kahwin kan?" usik Ammar.

Aisya tergelak kecil. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Kahwin?

Insya-Allah jika Fathi masuk meminang.

Dia makin selesa berborak dengan Ammar. Lelaki itu nampak matang dan bersifat terbuka.

"Uncle umur berapa sekarang ni?"

"38. Aisya 21 kan?"

Aisya mengangguk. Oh, Ammar ternyata sudah ingin memasuki empat siri. Namun, wajah itu tampak muda. Badan Ammar juga tegap. Otot-otot badannya jelas kelihatan di sebalik baju Melayunya.

"You're still young. Pasti sekarang ni Aisya dah ada kekasih." Sengaja Ammar bertanya. Entah kenapa, terasa ingin dicungkil perihal peribadi Aisya.

Aisya naik segan. Boleh ke dia bercerita kepada Ammar? Bimbang pula sekiranya Ammar membocorkan rahsianya kepada abah. Tentu teruk dia kena nanti. Tapi tentu Ammar boleh simpan rahsia kan?

"Hmm boleh ke tak, eh cerita dekat uncle ni?" Aisya bermain-main dengan pipi sendiri.

Ammar tersenyum melihat perlakuan comel Aisya itu.

"You can count on me."

"Hmm, ada. Insya-Allah kalau ada jodoh, adalah," jawab Aisya. Senyumannya terus melebar. Terus saja wajah Fathi bergentayangan di ruang mata.

Tanpa sedar, Ammar mengepal penumbuk sendiri. Entah mengapa, rasa sakit memalu di dada. Badan turut berasa tegang. Dia cemburu. Ya, dia cemburu!

"Uncle kerja dekat mana sekarang ini?" Giliran Aisya pula bertanya.

Ammar kembali merelakskan badannya. Senyuman kembali diukir.

"I own companies."

"Oh, wow!" Aisya tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya. Ternyata, Ammar bukan calang-calang orang.

Tapi bagaimana ya, lelaki ini boleh menjadi adik angkat abah? Bagaimana mereka dapat mengenali antara satu sama lain? Haih, hairan dia dibuatnya. Mungkin ada sejarah lampau yang dia tidak tahu.

"Uncle sangat berjaya. Aisy tumpang bangga." Aisya turut berbangga akan kejayaan yang telah dikecapi oleh Ammar.

"Masih belum sampai tahap sangat berjaya, Aisy. Saya masih lagi perlu kerja keras. Tapi setakat untuk senangkan anak bini itu, insya-Allah boleh. Semua yang saya ada sekarang ini pun untuk dikongsi kepada keluarga saya juga nanti," balas Ammar tenang. Matanya masih melirik ke arah Aisya.

Aisya diam sambil tersenyum

"Uncle dah kahwin ke?"

Badan Ammar agak tegang apabila soalan itu diajukan kepadanya.

"Kenapa tanya?" balasnya kembali.

Aisya memandang sesaat ke arah Ammar sebelum dia kembali memandang ke arah kentang putar di atas meja.

"Saja. Sebab uncle kan dah 38 tahun kan. Mesti uncle dah jumpa bidadari uncle." Aisya menunduk. Jantungnya berlari dalam tempo yang agak laju apabila terasa Ammar mendekat dengannya. Wangian Ammar serta-merta menyengat masuk ke hidungnya.

"Saya duda, Aisy. Dah hampir tujuh tahun saya bercerai," jelas Ammar perlahan.

"Eh?" Angkara terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Ammar itu, Aisya segera mengalihkan kepalanya untuk memandang ke arah Ammar.

Dan sumpah dia tidak tahu yang Ammar berdiri betul- betul di belakangnya. Cuma satu inci jarak yang memisahkan badan mereka berdua daripada bercantum. Disebabkan itulah, wajahnya mendarat pada dada Ammar. Semuanya berada di luar jangkaannya. Wajahnya tersembam ke dada Ammar.

Ammar turut terkejut. Nafas lelaki itu spontan mengganas.

Aisya yang tersedar ingin bergerak segera ke belakang. Dia tidak perasan bahawa kakinya tersauk dengan kaki kerusi. Dia sudah bersedia untuk mencium lantai, tetapi hairan apabila dia tidak merasa sebarang kesakitan. Malah seperti terasa ada gerakan di pinggangnya. Apabila dia membuka mata, dia perhatikan wajah Ammar betul-betul berada didepan wajahnya hingga dia dapat merasai deruan nafas Ammar yang menampar wajahnya. Ammar sedang menundukkan wajah dan kerana itulah dia dapat merasai nafas hangat lelaki itu.

"Careful, Aisya." Ammar berbisik perlahan. Matanya tetap terpejam. Dahinya dan Aisya bersatu seketika dengan tangannya yang masih memeluk pinggang Aisya. 'Be careful, dear. You do not know that you already turn on the Zahrain,' bisiknya di dalam hati. Jiwa lelakinya mulai mengganas.

Aisya ini mampu membuatkan dia jadi gila!

Ammar Zahrain: The Obsessive Husband (TERBIT)Where stories live. Discover now