The Obsessive Husband: 2

Start from the beginning
                                    

Kadang, Aisya rasa bersalah terhadap mama dan abahnya. Mereka orang yang baik-baik. Tapi Aisya, boleh pula bercinta.

Memang abah bukan seorang ustaz tetapi abah dikenali di kampung ini kerana ketenangan dan budi bicara abah yang menenangkan. Malahan, abah selalu menyampaikan kuliah agama di masjid jika berkelapangan.

Nak buat macam mana kan. Iman tu tak dapat diwarisi.

"Macam Aisy juga. Satu hari nanti, Aisy akan menjadi pemimpin kepada anak-anak didik Aisy. Aisy turut menyampaikan kebenaran kepada anak-anak didik Aisy. Seperti Surah Al-Asr ayat 3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." Sambung abah lagi. Suara abah penuh dengan ketenangan yang dapat meleburkan sepasang jiwa milik Aisya. Aisya memeluk badan abahnya.

"InsyaAllah, bah. Doakan Aisy ya."

"Doa abah dan mama sentiasa mengiringi langkah Aisy." Balas abah. Abah menarik senyuman manisnya. Wajahnya tenang. Air mukanya diturunkan kepada sang anak bongsu ini. Dia nampak dirinya dalam diri Aisya.

Aisya yang mendengar kata. Aisya tidak pernah memberontak walaupun sekali. Dan Aisya juga tidak pernah mengingkari kata-kata dan arahan yang dia dan isterinya keluarkan. Aisya anak yang mendengar kata. Tenang. Bijak. Pandai.

Mama turut sama menarik senyumannya. Tangan Aisya ditepuk dengan lembut.

••••

"Abah!" Aisya berlari-lari anak ke arah abah yang baru saja keluar dari perut kereta Myvi.

"Abah beli tak yang Aisy minta?" Aisya mengerdipkan matanya beberapa kali. Matanya penuh pengharapan.

"Subhanallah. Abah lupa. Maaf, Aisy."

Bahu Aisya mengendur ke bawah. Wajah cerianya mulai berubah perisa. Dia sudah terbayang-bayang keenakan ayam KFC pada setiap gigitan. Sambil itu, dia ngap juga cheezy wedges. Heavennya!

"Erm, takpelah." Aisya menarik senyuman hambarnya. Dia tidak boleh salahkan abah. Lagipun tadi, dia call abah sewaktu abah baru habis memberi kuliah agama. Dan dia turut terdengar suara-suara yang sedang berbual dengan abah. Dia yang kacau daun.

"Abah minta maaf, Aisy." Abah diterpa rasa bersalah. Subhanallah, dia memang lupa. Setelah dia meminta diri untuk pulang, dia terus terlupa.

"Tak apalah. Abah tak salah. Jom lah masuk. Mama dah sediakan karipap dengan air milo. Mama cakap ada orang nak datang. Tapi tak nampak-nampak pun wajah dia. Abah kenal ke?" Aisya memandang sisi wajah abahnya. Dia berjalan mengikut rentak abah. Abah sedang memeluk bahunya dengan erat.

Wajah abah tersentak perlahan. Abah bagaikan teringat akan sesuatu. Makin hairanlah Aisya dibuatnya.

Langkah mereka terhenti setelah abah mengalihkan kepalanya ke belakang. Abah memandang ke arah pagar rumah. Aisya turut sama memandang ke arah situ. Tiada apa pun. Dah kenapa dengan abahnya?

"Kenapa bah?" Soal Aisya.

Abah memandang wajah anaknya.

"Kawan abah."

"Oh. Kawan abah ke yang datang?" Aisya seperti dapat memahami gerak-geri dan bahasa tubuh abahnya. Dia menganggukkan kepalanya. Menjawab suara hati.

"Ya." Pendek balasan abah. Aisya mengangkat bahu. Baiklah abahku.

"Aisy masuklah dulu. Abah nak tunggu kawan abah. Tadi dia ikut abah dari masjid. Takut dia tersesat ke apa ke." Abah menjatuhkan tangannya ke sisi. Pelukan pada bahu Aisya terlepas.

"Baik bah." Aisya patuh.

Dia masuk ke dalam. Baiklah dia menolong ibunya menyediakan makanan. Tak adalah dia ni nampak macam pemalas pula. Mana tahu kalau jodohnya yang datang. Eh tiber. Tahu dek Fathi ni, mampus dia. Hahaha. Alah, gurau je. Dia setia.

Dalam hati dia hanya ada nama Fathi. Dan akan terus kekal nama Fathi. Tak akan pernah terganti lagi.

Abah menghantar langkah Aisya dengan matanya. Setelah anaknya sudah hilang di sebalik pintu, dia keluarkan telefonnya.

Dia mencari-cari nama kenalannya. Setelah jumpa, dia melekatkan telefon di telinga.

"Assalamualaikum Ammar. Kamu dekat mana?"

Tbc

Ammar Zahrain: The Obsessive Husband (TERBIT)Where stories live. Discover now