Before You(We) Go

Start from the beginning
                                    

Dia sedar, keluarganya yang disayangi, yang dulunya hangat dan bahagia, mula perlahan-lahan meretak. Dan tiada sesiapa yang mengambil tindakan, untuk sekurangnya cuba mengurangkan retakan yang ada. Sebaliknya, ia semakin merebak, berkembang.

Bukan itu sahaja, Thorn tahu sebab utama mereka semua dihantar ke Pulau Rintis untuk tinggal dengan Tok Aba, ialah kerana pertengkaran kedua ibu bapa mereka yang semakin besar. Semakin merenggangkan hubungan antara suami isteri yang mereka ada.

Tetapi Thorn tidak pasti sama ada mereka lakukannya untuk kebaikan mereka bertujuh, anak-anak mereka, atau hanya untuk kebaikan mereka sendiri. Yalah, bila tiada anak-anak di sisi, bukankah lafaz perpisahan itu lebih senang dituturkan?

Thorn semestinya takut, kalau satu hari nanti ibu bapa mereka kembali, bersama tetapi tidak pada hati. Tidak pada ikatan, menjadi manusia yang tidak berpasangan lagi dengan satu sama lain.

Thorn juga tahu abang-abang dan adik kembarnya juga takut, risau, khawatir, resah dan segala yang berkaitan.

Kerana jika ibu bapa mereka benar-benar berpisah, bercerai, itu bermakna mereka bertujuh juga terpaksa berpisah. Sama ada pergi dengan ibu mereka, atau ayah mereka.

Mestilah mereka bertujuh tidak mahu memilih antara dua insan yang mereka sayangi itu.

Apatah lagi memilih untuk berpisah dengan kembar sendiri. Sebahagian dari diri mereka.

Atas sebab itu, yang paling tua dan matang antara mereka membuat janji dengan ibu bapa mereka. Hali, Taufan dan Gempa.

Mereka berjanji jika ketiga-tiga mereka berjaya menghabiskan pelajaran dalam bidang yang diingini kedua orang tua mereka, Amato dan Aya perlu menyelesaikan apa-apa permasalahan antara mereka tanpa menjejaskan keadaan mereka tujuh beradik.

Ia bermakna, tidak kiralah apa pun keputusan yang diambil, bercerai atau tidak, mereka bertujuh tidak akan dipaksa untuk berpisah.

Itu ialah syarat yang telah dipersetujui oleh kedua ibu bapa mereka, begitu juga dengan adik-beradik dan atuk mereka.

Selepas perjanjian itu termeterai, Thorn fikir, keadaan akan jadi lebih baik.

Malangnya, tanggapannya salah.

Disebabkan kejadian yang tidak disangka berlaku, setahun selepas mereka tinggal di rumah datuk mereka, iaitu kejadian letupan batu meteor, ketujuh-tujuh mereka mendapat kuasa yang kuat tapi hampir tidak terkawal.

Semua kerana mereka degil untuk memeriksa tempat terhempasnya meteor itu.

Mulai saat itu, semuanya berubah.

Kehidupan normal mereka dirampas begitu sahaja apabila beberapa orang bersut hitam datang ke rumah atuk mereka, memperkenalkan diri sebagai ejen di satu agensi rahsia.

Agensi yang pangkalan utamanya bertempat di angkasa. Kerana tugas utamanya ialah menyelamatkan sfera-sfera kuasa di seluruh galaksi daripada ancaman alien jahat.

Malah, mahu atau tidak mereka dipaksa untuk menjadi superhero kerana katanya, seorang komander bernama Kaizo, kuasa-kuasa yang mereka dapat bukannya untuk dibazirkan.

Sungguh senang untuk dia bertutur kerana yang menanggungnya ialah mereka bertujuh.

Mulai dari saat itu, mereka cuba seimbangkan diri untuk hidup dalam dua jenis kehidupan.

Satu, hidup sebagai seorang pelajar dan satu lagi hidup sebagai seorang superhero.

Nasib baiklah mereka bertujuh bukannya berseorangan. Jadi, mereka boleh bergilir-gilir siapa yang pergi sekolah dan siapa yang pergi tolong orang.

Boboiboy Oneshots(I will try my best, no promises no requests)🙂Where stories live. Discover now