Teaser 🌹

2.3K 20 2
                                    

       "Okay..Sekarang adalah acara kemuncak yang tak sabar saya menunggunya..Kita menjemput seorang wanita cantik yang akan mengacarakan majlis ini pula."Selesai berbicara  Pengacara majlis memperkenalkan Datin sri Khaleeda kepada semua yang hadir didalam dewan itu.

Seorang wanita sebaya mama melangkah anggun bergaun labuh berwarna merah hati naik ke atas pentas.Sampai di atas pentas dia menyambut mic yang dihulur pengacara majlis tadi.Bibir wanita itu tak lekang dengan senyum manis dibibir merah menambah kecantikan wajah anggunnya.Wajah yang cantik itu seperti aku pernah lihat sebelum ini,tapi aku lupa dimana dan bila.

"..Hari ini adalah hari yang sangat bahagia buat saya sekeluarga kerana akan menyambut orang baharu ke dalam keluarga kami.Saya mummy kepada Danish Airil terasa teruja sekali ingin memperkenalkan bakal menantu saya kepada umum..."Ohhh mummy Danish rupanya.Berdebar jantungku apabila mendengar ayat 'bakal menantu' itu.Danish yang berada dimeja vvip sempat memandang aku dengan senyuman.Ibu Danish melambai Danish mengisyaratkan supaya Danish naik keatas pentas.Tak berlengah,Danish bangkit dan menuju kearah mummynya dan berdiri disamping wanita jelita itu dengan senyuman seksinya.

"Sekarang...Ehemm,tiba masanya saya perkenalkan bakal tunangan Danish Airil..........Na......"

Terasa berhenti dunia aku.

Aku memandang sekeliling.Semua Kawan-kawan pejabat yang mengetahui hubungan aku dan Danish memandang aku dan Danish bersilih-ganti.Ada pandangan simpati,ada pandangan keliru,ada pandangan puas hati dan pandangan kosong.

dalam perjalanan hampir sejam lamanya,Danish langsung tak bersuara.Melihat mata aku juga dia elakkan.Dia putus asa ke?Ahh lantaklah.

Minda aku berperang sesama sendiri membuatkan otak aku penat dan menyebabkan mata aku mengantuk.Tambah-tambah lagi semalam mendengar luahan Danish sampai pukul berapa entah.Pagi tadi aku terpaksa bangun awal disebabkan Amir menelefon aku berkali-kali dan mengganggu lena aku.

"Rose..Rosey,kita dah sampai.."Kedengaran Danish mengejutkan Aku dari lena.Ya Allah,sekali lagi aku tertidur.Sekeliling aku pandang,rumah papa.Wajah lesu Danish aku pandang,kesiannya dia.Ada ke tidak dia berhenti makan atau berehat.

"Danish,awak tak masuk sekejap ke?"Aku mempelawanya bagi menutup rasa bersalahku.Danish menggeleng bersama senyuman paksa.

"Tak apa..You rehatlah,esok dah kerja balik.."Aku mengangguk lalu keluar.

Sebaik saja pintu kereta aku tutup,Danish terus memandu keretanya laju.Kalau masa bercinta dulu,dia akan menunggu aku masuk dahulu barulah dia akan pergi.Agak terasa juga hatiku,

Misterius ManWhere stories live. Discover now