Lukisan wajah

29 5 0
                                    

Bibir meleret tanda bahagia
Bibir bermuncung tanda berduka
Setiap lukisan ada bezanya
Memuntahkan pelbagai narasi
Yang tidak mampu ditafsir kalam
Namun ada yang bertalam
Menyukarkan akal untuk menghadam

Tidak kurang juga yang kosong wajahnya
Tiada dakwat untuk menghiasi
Tiada emosi yang memuntahkan narasi
Bisu lukisannya

Ibarat sungai tanpa deruan
Ibarat awan tanpa angin
Ibarat At-Talaq tanpa letupannya

Bisu hening suasana
Tiada yang memahami
Kerna tiada yang menggambar

Ibarat bentangan putih tanpa noda
Tiada garis untuk dilakar
Tiada kata mampu diungkap
Tiada minda mampu menafsir

Kerna segalanya utuh
Bertapa di dasar atma yang terpaling dalam.

Wicara Sang AtmaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon