CHAPTER ENAM PULUH SEMBILAN!

509 73 0
                                    

Mata Izan bergerak kanan dan kiri saat dia menilik wajah yang dirinduinya selama berhari lamanya. Bagai hendak gila dia mencari Artemis. Habis seluruh bandar dan tempat dia geledah. Bukan setakat Angelo sahaja yang bagai nak gila mencari. Mujurlah Mael yang bijak itu timbulkan nama Lila sewaktu proses mencari. Dia pun tanpa berlengah cuba dapatkan maklumat. Tapi sayangnya, sedegil-degil Artemis, keras lagi kepala Lila! Ibu tunggal anak satu itu sememangnya sukar untuk di dapatkan rahsianya. Sekali tu Mael dengan otak kartun lelaki tu bekerja selama seminggu dan bantu Lila jaga anak kecilnya si Lily dan uruskan restoran, dapat juga korek rahsia dimana Artemis berada.

Namun begitu khabar baik itu tidak berkekalan lama. Izan dikejutkan dengan berita buruk yang mana buatkan seluruh dunia dia selepas dengar runtuh menghempap dirinya.

Niat di hati mahu membalas semula perbuatan Artemis yang cuba mengenakan dirinya.

Sekali tu Izan dapat tahu rupa-rupanya cinta pandang pertamanya ini sakit.

Jadi betul la sangkaan dia selama ini, Artemis memang sakit!Ubat-ubat tempoh hari adalah ubat untuk sakit yang di tanggung!

Kejam!

Itu yang Izan rasakan selepas mengetahui kenyataan itu.

Sekejam-kejam dia!

Kejam lagi Artemis!

             Perlahan-lahan Izan menurunkan pandangannya ke bawah. "Kau mungkiri janji kau Artemis."ucapnya dengan perlahan.

              Artemis diam di situ perhatikan perubahan riak wajah Izan yang tiba-tiba mendung. Keningnya berkerut-kerut. "Janji apa?"tak pernah-pernah pulak dia berjanji ke apa..suka hati aje kan buat cerita!

              Izan kembali bawa matanya naik memandang Artemis. Hujung bibirnya terjungkit sedikit. "Beritahu aku...adakah kau dah tahu hal sebenar yang berlaku antara aku, Angelo dan Elio?"

              Walaupun terasa dengan sisa pening dan sakitnya, Artemis masih mampu tersengih sinis. "Kenapa?Nak menipu lagi ke?"tanya dia pula.

              "So kau dah tahu la punca kematian parents kau dan semuanya?"

               Dengan bangga Artemis berdengus kecil. "Ya. Dari si Angelo sendiri. Lelaki tu kalau mabuk perangai tak boleh bawak bincang. And saya dah tahu semuanya. Semuanya salah ayah awak. Dia yang rosakkan segalanya. Dari persahabatan awak bertiga, ketenteraman tempat ni, hubungan baik antara keluarga Vicenzo dan Belaruz serta pembunuhan ibu dan ayah saya.."

                "Kalau Elio tak bunuh ayah aku...aku takkan bunuh parents kau."

                "Dan kalau ayah awak tak tamak kuasa, semua orang masih hidup bahagia...entah-entah kita semua berkawan baik.."Artemis berasa terkilan saat berkata begitu. Yalah...kalau semua ni tak berlaku, semua orang ada happy ending masing-masing.

Terkesan Izan dengan kata-kata Artemis. Dia Perlahan-lahan menurunkan tangannya dari memagari Artemis lalu berdiri tegak menghadap katil itu.

Bersama perasaan gugup, Artemis mematai tingkah Izan. Marah ke lelaki itu dengan kata-katanya tadi?jangan dibelasahnya sudah!Dah la keadaan dia lemah saat ini.

               "Aku tahu kata-kata aku tak ada gunanya lagi. Sebab apa yang dah terjadi takkan kembali kepada asal semula."ujar Izan dengan perlahan.

Artemis diam.

             "Malam tu, Elio dah ceritakan segalanya kepada aku. Dan aku sedar yang selama ni Angelo terima semua tuduhan aku dan segala perbuatan aku demi Elio. Aku tahu niat kau temukan kita orang bertiga di situ asalnya nak sakiti aku dan Angelo. Tapi kau dah tahu hal sebenar sebab itu kau hantar Elio ke situ. Untuk hentikan kita orang..."tambah Izan lagi. "Aku tahu cara kau berfikir...Mael dah ceritakan segalanya rancangan kau untuk bebaskan Dareen dari Angelo malam tu..."

             "Angelo lepaskan Dareen ke?"tanya Artemis bila teringat akan pelan dia itu.

             Izan mengangguk. "Aku dah beritahu semua hal sebenar pada Angelo siapa Dareen. Dan aku dah maafkan Elio atas tindakan dia membunuh ayah aku malam tu...aku, Angelo dan Elio masing-masing capai persetujuan yang perbalahan ni ditamatkan.tapi Dareen masih marahkan kau. Angelo pun sama.."

Artemis menjungkit kening terkejut.

Really?

Wow! Impressive! Tak sangka pulak sesempurna ini rancangan dia terlaksana.

             "Not surprise.."Artemis menjungkit bahu tidak kisah. "Dalam hal ni saya yang sepatutnya marahkan awak bertiga...sebab awak semua la ibu dan ayah saya banyak berkorban. Ibu saya tolong Angelo bangunkan empayar dia. Ayah saya berjaya bebaskan Elio. Dan kemudian ibu dan ayah saya cuba selamatkan awak dari sakiti mana-mana kawan baik awak dengan mengaku mereka yang bunuh ayah awak Izan..."pilu rasanya semasa dia luahkan. "End up...saya dapat apa?"

Izan terdiam diam. Kata-kata Artemis itu membuatkan dia semakin rasa serba salah.

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now