CHAPTER ENAM PULUH LAPAN

501 78 2
                                    

Jam di dinding menunjukkan waktu sudah masuk jam 2 petang. Bersebelahan dengan dinding berjam itu sebuah jendela dengan langsir putih terselak ke tepi mendedahkan cahaya di luar bangunan itu. Membias ke seluruh ruangan dalam bilik tersebut terus ke katil yang berselerak dengan bantal dan selimut. Sepasang selipar tergolek di tepi kaki katil tanpa pasangannya. Ada satu cawan plastik terlangkup di atas lantai bersama air tumpah di sekitarnya. Betul-betul menghadap pintu bilik air dimana suara kedengaran dari situ.

Dalam keadaan bersimpuh rambut terurai tepi kanan dan kiri mukanya, kepala Artemis tunduk di depan mangkuk tandas. Memeluk sekeliling mangkuk itu mencari sokongan saat memuntahkan segala isi yang ada dalam perut walaupun memang sudah sedia kosong sejak siang tadi.

Artemis memejam mata dengan rapat kerana tahan sakit sebu di dada ekoran ubat yang diberikan oleh doctor kepadanya beberapa jam lepas.

Sumpah!

Kalau boleh tertanggal, sudah lama kerongkongnya tertanggal dari batang lehernya.

Seminggu dia di hospital, seminggu juga la dia tanggung semua kesulitan ni!

Rasa pahit, masam, dan sakit bercampur baur!

Hampir 10 minit dia berteleku di atas lantai bilik air ini menghadap mangkuk tandas kerana tidak larat nak naik turun katil semata untuk muntah! Biasanya ada jururawat yang temankan. Tapi itulah...jururawat tu pun ada tugas lain nak uruskan..bukan nak jaga dia seorang aje!

Belum sampai sesaat gelombang pertama pergi, datang lagi gelombang kedua!

Termuntah semula Artemis di situ.

            "Uwekkkk!"luak Artemis sampaikan merah muka dibuatnya. Tangannya menepuk-nepuk dada berharap dapat menghilangkan rasa sebu akibat tekanan dari muntah itu Namun tiada gunanya. Muntah dia malah semakin menjadi-jadi.

Kalau la Lila ada di sinimesti dia tak sengsara macam ni sekali!

Tiba-tiba, dengan sendiri rambut yang mengurai menutupi wajah teralih ke tepi sebelum satu gosokan lembut hinggap di belakang tengkuk dan badannya.

             Luah Artemis saat dia muntahkan cecair putih susu keluar dari mulutnya laju seperti air mengalir sampaikan hidungnya mengeluarkan sekali cecair itu. Oleh kerana sibuk melayani sakit dan muntahnya, dia tidak peduli untuk pandang atau mengerling sampailah semua itu reda.

Flushhh!!!!

Tidak semena air keluar mencuci mangkuk tandas itu.

Buatkan Artemis yang lemah longlai itu hampir mahu mencarut. Suka hati aje flush tandas!Muka dia ada dekat depan mangkuk ni la!Patut-patut la!Ada jugak yang kena sumbat ni karang!

            "Dah kena-"tolehnya ke tepi hendak lihat siapa punya kerja. Sekali tu kata-kata dia tersekat dalam anak tekak setelah sedar akan gerangan manusia yang sedang berlutut sebelah kaki di sebelahnya waktu itu.

Oh my prada!!!!!!

Nak terkeluar bijik mata dia pandang. Mimpi ke apa ni?

             "Nak muntah lagi ke?"tanya Izan sewaktu menyelak rambut Artemis ke belakang bahu itu. Kening itu berkerut sedikit seakan susah hati.

Artemis mengedipkan mata. Masih tidak percaya! Dia langsung tidak peduli betapa bersepahnya rupa dia waktu itu. Dengan muka hidung basah dengan muntah, seluruh bajunya basah kerana berpeluh, rambut dia jangan cakap lah!Entah macam hantu kak limah balik kampung agaknya waktu itu.

Hidup lagi rupanya Izan ni?

Itu bermakna Angelo pun hidup lagi??

Sudah selesaikan konflik mereka bertiga tu???

Sedar dari lamunannya, Artemis cepat-cepat mengesot ke tepi, menjauhkan diri dari lelaki yang segak mengenakan kot mahal dan berbau wangi itu.

            "Apa yang awak buat dekat sini?"soalnya cuba bangun dari lantai tu sedangkan kaki dia lembik seperti jeli kerana kebas terlalu lama di lantai tadi.

            "Cari kau la..apa lagi.."kata Izan saat capai lengan Artemis tanpa berlengah untuk bantu gadis itu berdiri.

             Terkebil-kebil Artemis waktu itu saat diberdirikan. "Tapi macam mana awak tahu saya dekat sini?"tanya dia lagi kerana masih terperanjat dengan kehadiran Izan.

             Izan buka paip, dia lalukan tangannya ke air yang mengalir itu. Dan bila air itu terasa hangat terus dia tangkungkan air dalam tapak tangan sebelum bantu Artemis basuh muka dan mulut itu. "Mael tolong carikan...."jawabnya sambil tu.

Apabila tangan Izan sampai di wajahnya, berkerut-kerut Artemis bila lelaki tu basuh muka dan hidung tanpa belas. Habis kuyup seluruh wajah dan bajunya dibuat air paip tu. Dia cuba halang tangan lelaki itu dari terus bergerak tapi tenaga seciput dia itu sikit pun tak dapat hentikan tindakan Izan.

               "Macam mana dia cari?"Artemis bingung. Selain Lila dan anak buahnya, tiada sesiapa tahu keberadaan dia di sini. Takkan la Mael berjaya tangkap anak buahnya?Atau Lila?

               Seakan tahu apa yang Artemis fikirkan Izan terus menjawab. "Ya..dari Lila...Teruk la jugak Mael cuba pancing kepercayaan Lila untuk buka mulut beritahu keberadaan kau...akhirnya lepas seminggu jumpa jugak kau..."

Artemis membuat muka 'What the F8ck!' lepas dengar tu. Dia pun nak bercakap, tapi dihalang dengan tuala yang di tonyoh ke muka dia waktu itu. Lila yang beritahu?

               "Apa yang awak buat pada Lila ha!!"gumam Artemis saat tuala itu di gosok untuk mengeringkan wajahnya. Sambil tu tangannya sibuk hendak menghentikan perbuatan Izan itu. Tak Nampak ke dia sedang bercakap ni?

Ya!Lila tahu tentang penyakit yang dihidapi Artemis selang sehari selepas Artemis ditahan hospital. Sejak itu Lila yang ulang alik dari restoran ke hospital bersama Lily untuk menjaga Artemis sewaktu dia menerima rawatan. Selain tu ada jugak anak buahnya melawat dia tapi sekali aje la. Lepas Artemis larang mereka berhenti melawat, mereka tidak lagi melawat.

              "Bukan aku...tapi Mael."ujar Izan setelah siap  mengeringkan Artemis. Dia campak tuala itu ke situ sebelum tarik Artemis keluar dari bilik air menuju ke arah katil.

                Kaki yang sebelah berselipar sebelah tidak itu terkedek-kedek berjalan kerana masih tersisa dengan kebasnya. "Apa yang dah berlaku?Adakah semua orang masih hidup?Angelo?Elio?"soalnya kerana ingin tahu. Takkan la Izan yang menang pertarungan tu?

               Tanpa amaran Izan dukung bawah ketika Artemis lalu meletakkan tubuh itu di atas katil begitu sahaja. "No one dies. Everything were fine. Thanks to your brilliant plan."jawabnya saat memagari kanan dan kiri Artemis memandang dalam akan wajah pucat lesi tidak bermaya Artemis.

Terpaku Artemis setelah sedar akan hal tersebut. Dia pandang tidak berkedip ke sepasang mata di depan wajahnya saat itu tanpa menghelakan nafas. Tubuhnya yang sedia lembik terasa semakin hilang dayanya bila Izan berada hampir dengannya. Terlupa sekejap dia akan masalah yang di hadapi!

Setelah itu mereka berdua diam yang selesa tanpa berkata apa-apa. Hanya membalas tatapan ke antara satu sama lain!

 Hanya membalas tatapan ke antara satu sama lain!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now