CHAPTER DUA PULUH DUA

577 83 22
                                    

           "Terdiri daripada tiga beradik, Izan Aramis...anak sulung, dua lagi adik beradik masih rahsia tidak berjejak.mereka bertiga merupakan anak kepada Orena Vicenzo yang menubuhkan organisasi mafia pertama di dalam bandar ini. Lalu diikuti oleh Organisasi Belaruz. Menurut laporan, dua organisasi ini adalah dua keluarga yang pada awalnya adalah rakan baik. Belaruz adalah rakan baik kepada Orena Vicenzo. Namun begitu perbezaan perkembangan pengaruh dua organisasi ini telah menyebabkan persahabatan dua kuasa ini semakin retak. Belaruz mula tamak dan mahukan pengaruh. Sementara Orena Vicenzo cuba membahagikan kuasa dengan sama rata untuk mengelakkan konflik. Disebabkan berlakunya percangahan ini, Belaruz mengambil keputusan untuk memerangi Orena Vicenzo. Selama lima tahun mereka saling menentang antara satu sama lain."

Elio yang mendengar penerangan di depan layar putih bilik mesyuarat itu menilik profile yang di paparkan. Tiada wajah. Selengkap mana sekalipun maklumat tetapi tiada wajah yang dapat dikenalpasti, apapun tak guna.

             "Siapa yang menang?"tanya general coperal di sebarang meja sidang.

             "Belaruz telah kalah dapat pertarungan akhirnya sebelum meninggal dunia akibat serangan jantung 15 tahun yang lalu. Namun tidak lama kemudian, Orena Vicenzo pula yang meninggal dunia selepas di bunuh. Suspeknya adalah Arman dan Delaney Aurora yang dikatakan berada di tempat kejadian sewaktu Orena Vicenzo di temui..."

Rahang Elio berketik bila dengar nama itu. Matanya mula berbahang rasa.

            "Oleh kerana itu, Arman dan Delaney Aurora kemudiannya dibunuh oleh anak lelaki Orena Vicenzo. Kerana mereka fikir Peguam Arman adalah pelaku sebenar kerana mereka ada di situ pada waktu yang salah." bila penyampaian itu selesai, Leon mengangkat kepalanya memandang ketua dia sambil mengetap bibir.

Elio yang tahu kenapa alasannya hanya mampu menundukkan pandangan ke bawah kerana rasa malu.

             "Itu sahaja dari saya.."Leon beri tabik hormat kepada ketua polis yakni ayah kandung kepada Elio di kerusi hujung meja sidang itu.

             "Jadi...hanya kerana alasan ini kamu mahu mencari pasal akan dua organisasi mafia berbahaya?Hanya kerana mahu membalas dendam ke atas kematian peguam yang menyelamatkan kamu?"soal ayah Elio bernada jengkel.

Elio mengangkat kepala. memandang marah ke arah ayahnya itu. Entah untuk kali ke berapa dia perlu jelaskan kepada ayahnya ini.

            "Ini bukan soal membalas dendam Tuan Ellison. Ini mengenai keadilan. Pasangan suami isteri yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan hanya kerana ingin mendapatkan bukti bukan saya yang mengedarkan dadah pada malam itu...tapi orang lain."jelasnya. "Kalau bukan kerana pasangan ini...saya tidak akan berdiri di sini berhadapan dengan tuan dengan jawatan sebagai ketua jabatan polis negara!"

Kelima-lima pegawai tertinggi yang ada di dalam bilik itu memandang Elio lalu ke arah Ketua Polis Negara yang sedang duduk dengan muka tidak puas hatinya.

           "Kalau Peguam Arman tidak pergi ke hotel itu...dia tidak akan terbunuh"lafaz Elio sebelum bersandar dengan kesal ke kerusi memandang ke skrin layar putih yang ada di depannya. Nama anak perempuan kepada pasangan tersebut terpampang jelas di situ.

Artemis Delaney!

Orang yang dia cuba cari selama bertahan lamanya. Dia mahu bela nasib anak kepada lelaki yang mati hanya kerana mahu menegakkan keadilan untuknya. Tetapi usahanya tidak pernah membuahkan hasil. Anak itu hilang jejak begitu sahaja!

Selama ini dia simpan semuanya sendiri.

Susah dan sakitnya!

Tiada siapa kisah.

42. Black Heel dan Americanoحيث تعيش القصص. اكتشف الآن