Zafran kembali ke meja dan berlabuh di meja makan. Dua cucuk sate yang bersisa dalam pinggan disuap ke mulut.

“Nak sate lagi?” tanya Zafran.

“Kalau saya nak lobster boleh tak?” Hani tersengih pula.

“Okey, tunggu sini... aku pergi pesan.” Zafran bangkit semula dan memesan lobster pula sebelum dia kembali ke meja semula.

“Lagi?” tanya Zafran.

Hani geleng bersama senyuman. Beberapa minit kemudian burger yang dipesan Zafran tiba dan Hani yang sudah tak sabar terus menyuap ke mulutnya.

“Awak nak?” tanya Hani sambil memandang Zafran yang hanya diam memerhati.

Zafran hanya geleng.

“Nah, kita share... banyak ni. Saya takkan dapat habiskan sorang. Nanti nak makan lobster lagi. Nah...” Hani hulur kepada Zafran.

Nak, tak nak Zafran sambut lalu dia menggigit dua mulut untuknya. Kemudian, dia menggeleng kepala tanda tidak mahu lagi.

“Sedap, kan?” tanya Hani seraya menyuap ke mulutnya semula. Nikmat!

Zafran angguk lagi sambil mengunyah burger tersebut.

“Esok awak kerja?” tanya Hani ingin tahu.

“Aku baru je balik rabu lepas. Esok kau dah nak halau aku pergi kerja balik ke?” balas Zafran lalu menggeleng kepala.

“Kafe awaklah.”

“Entah, aku tak tahu lagi.” Zafran menggeleng. Matanya sudah mula mengantuk. Pantas jam di tangan dipandang. Dah hampir angka 11 malam. Patutlah pun.

Sebaik saja menghabiskan burger, lobster dipesan pula tiba sedangkan sudah kali ke berapa Zafran menahan kuap. Ngantuk!

“Perut kau tu cap apa, eh? Boleh masuk lagi ke tu?” soal Zafran sambil mengurut belakang lehernya. Penat.

Hani tersengih spontan. “Lama tak makan sebab tu jadi macam ni. Dah lama juga saya teringin nak makan tapi kios kat sini cuma buka malam je. Nak datang malam lepas kerja tak sempat, lewat pula.”

“Macam-macamlah kau ni.” Zafran menongkat siku di atas meja sambil merenung Hani yang masih belum jemu mengadap makanan. Berselera sungguh. Tak berhenti-henti mengunyah.

( ◜‿◝ )♡

TEPAT angka 1 pagi, mereka tiba di rumah. Dengan sedikit mamai, Hani melangkah naik ke atas. Inilah akibatnya perut terlalu kenyang disebabkan makanan. Nafsu saja tu!

Sementara, Zafran terus berbaring di sebelah Hani sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik. Hani dipandang sekilas. Cepatnya isterinya ini tidur. Mungkin disebabkan kekenyangan dan penat. Kesian pula melihat, lantas selimut dibetulkan.

Tanpa membuang masa, lampu utama ditutup dan hanya membiarkan lampu tidur di sebelahnya saja terpasang. Itu lebih selesa. Sekejap saja Zafran sudah terlena. Penat.

Terasa begitu singkat dan sekejap sangat Zafran terlena sebelum dia terdengar erangan kecil di sebelahnya. Dengan mata yang teramat berat, dia buka mata dan menoleh ke sisi. Dah kenapa Hani mengerang pagi-pagi macam ni?

Kedengaran Hani berdesis perlahan sambil terdengar pula mengetuk-ngetuk sesuatu. Zafran meraup wajah lalu garu kepala. Jam di sebelah dilihat. Baru pukul 4 pagi.

“Dah kenapa dengan kau pagi-pagi buta ni? Due lambat lagi, kan.” ujar Zafran dengan mata yang separuh tertutup.

Hani menoleh memandang Zafran. Kaki kirinya diketuk-ketuk. Kebas sehingga dia terasa sedikit sakit dihujungnya.

My Queen Aaira Hani (✓)Where stories live. Discover now