ML : 20

3.2K 192 13
                                    

Setelah menghantar Elisha ke rumah, Ellie terus memandu menuju ke Secret Florist. Jarak dari rumahnya ke Secret Florist tidaklah jauh sangat. Hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja.

Sewaktu keretanya melalui di hadapan bangunan Secret Florist, anak matanya sempat menangkap susuk tubuh Rafiq yang sedang bersandar di dinding luar kedainya. Dahi mula berkerut. Apa pula hajatnya kali ini?

Bagai seorang pemandu profesional, keretanya memasuki kotak kuning dengan mudah. Selepas brek tangan ditarik, Ellie terus melangkah keluar dari kereta Myvi miliknya. Kemudian, punat butang 'lock' ditekan pada kunci keretanya.

Lalu, perlahan-lahan kakinya mengorak langkah ke Secret Florist. Baru sahaja kakinya menapak lima langkah, tiba-tiba telefon pintarnya berdering minta diangkat.

Tertera nama Afia di skrin telefon pintarnya. Pantas panggilan itu dijawab.

"El, kau kat mana?" Afia terus menyoal.

"Dah sampailah. Kenapa?" Derapan kakinya semakin dilajukan. Risau pula jika ada apa-apa yang buruk berlaku di kedainya.

"Rafiq datang nak jumpa kau. Haih... Aku tak faham betullah dengan mamat tu, waktu kerja pun nak kacau ke? Tak boleh ke nanti-nanti. Mengganggu tahu tak!" Afia mendengus kasar.

Ellie hanya mendiamkan diri, tidak beriak apa-apa. Tiba-tiba langkahnya terhenti tatkala semakin hampir dengan Secret Florist. Rafiq yang masih bersandar di dinding itu direnung.

Lelaki itu berjaket hitam dan berseluar jeans. Lengkap dengan cermin mata hitamnya. Pakaiannya seolah-olah dari tempat kerja. Kerja apa pun dia tak pernah ambil tahu. Persoalannya, penting ke untuk dia ambil tahu tentang lelaki itu?

"El, kenapa kau senyap? Kau kena culik dengan Rafiq ke?" Suara Afia menyetakkan dirinya. Pantas dia mendengus.

"Ish! Bukanlah. Aku dah sampai ni. Aku letak dulu." Tanpa menunggu Afia membalas, talian itu terus diputuskan. Perlahan-lahan kakinya mula menapak kembali mendekati Rafiq.

"Rafiq." Panggil Ellie. Rafiq yang dari tadi menatap ke telefon pintarnya, mengangkat kepala. Senyuman terukir di bibirnya. Cermin mata hitamnya dibuka.

"Awak keluar pergi mana?" Tanya Rafiq.

"Keluar dengan Iz." Sengaja dia memberi jawapan itu. Nama adiknya tidak meniti di bibirnya.

"Ohh..." Raut wajah Rafiq mula berubah. Senyumannya mengendur. Menahan rasa cemburu. Ellie tersenyum sinis. Puas hatinya.

"Awak buat apa datang sini?" Tanya Ellie. Seketika, bibir Rafiq mula mengukirkan senyuman semula.

"Saya nak tanya awak sesuatu."

"Kenapa tak call je? Or WhatsApp?" Soal Ellie agak dingin. Kan lagi senang kalau boleh berinteraksi di telefon sahaja. Tak perlulah dia melihat wajah lelaki itu setiap masa.

"Saya lagi suka berdepan macam ni." Alasannya.

"Saya tak suka, Rafiq. Awak selalu datang sini, mengganggu pekerja-pekerja saya. Kerja saya pun ikut terganggu." Jujur dia kata, memang dia maksudkan ayat yang keluar dari bibir sendiri itu. Bukan sekadar mahu sakiti hati lelaki itu, malah itu juga daripada sebahagian luahan hatinya yang sudah lama dipendam. Pada masa yang sama, turut menjadi wakil apa yang dibicarakan oleh Afia tadi.

"Sorry, El. Okay-okay ini last saya datang sini. Saya janji." Tapak tangan dihalakan menghadap ke wajah Ellie. Seolah-olah benar berjanji. Ellie hanya menjulingkan matanya ke atas. Boleh percaya ke?

"Awak nak tanya apa?" Ellie terus menyoal. Sebenarnya, dia mahu cepat-cepat beredar dari situ. Malas mahu berlama-lama dengan Rafiq.

"Teddy bear yang saya bagi tu, awak simpan kan?" Dahi Ellie mula bertaut. Apakah? Mengapa lelaki di hadapannya bersungguh-sungguh mahu dia menyimpan patung beruang itu?

Magnetic Love [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang