"Peliklah kau ni. Masa orang dah bagi balik, kau tak nak balik. Masa tak bagi balik, sibuk pula nak balik." Izaan tersengih. Betullah tu, dia selalu minta 'keluar' waktu bekerja, walaupun sudah dihalang sekeras-kerasnya oleh Dr. Shah. Namun, dia tetap berdegil. Malah, waktu dibenarkan balik, tidak mahu pula. Macam sekarang nilah.

"Kau balik jelah dengan El. Apa masalahnya? Takkan El tu belum terpujuk-pujuk?" Kening yang tidak gatal digarunya. Payah betul nak suruh dia tumpang Ellie. Padahal bukan siapa-siapapun, teman wanitanya juga.

"Tak. Aku takut dia sibuk je sekarang." Kalau ikutkan, sekarang jam telah menunjukkan pada pukul 5.20p.m.. Apa yang dia tahu, gadis itu masih bekerja. Tak sampai hati pula mahu mengganggu.

"Cuba kau call dulu, baru tahu dia sibuk ke tak. Ke nak aku call?" Soal Lixin geram. Tangannya sudah berura-ura ingin mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluarnya.

"Eh, jangan. Okey-okey aku call." Pantas Izaan menghalang kelakuan Lixin itu. Setelah itu, kedengaran nafasnya dikeluh perlahahan.

"Bagus. Balik jangan tak balik. Busuk!" Tangan dikibaskan-kibaskan di hadapan hidung mancungnya. Seolah menghalang bau badan Izaan dari memasuki rongga hidungnya. Sengaja ingin mengusik Izaan. Asyik usik Fadhil aje, usik Izaan lah pula.

"Memandai je kau." Ujar Izaan setelah kepalanya terteleng ke kiri dan kanan tubuhnya, menghidu tubuh sendiri. Tetapi, langsung tidak berbau busuk seperti yang dikatakan oleh Lixin.

Lixin tersengih.

"Okay aku dah lambat. Aku nak kena pergi rumah nenek aku, rumah parents aku. Banyaklah tempat yang aku nak singgah. Aku gerak dulu. Kau tumpang El, jangan tumpang perempuan lain pula." Lixin memandang tajam ke arah lelaki itu. Jari terlunjuk menunding tepat ke arah lelaki itu. Memberi amaran kepada Izaan.

"Yelah. Dah kau pergi balik sana." Usir Izaan

"Okay, cau." Kaki Lixin mula berlalu pergi beredar meninggalkan Izaan. Setelah bayang Lixin sudah mula hilang, Izaan mengeluarkan telefon pintarnya. Nafas sempat dikeluh. Nombor Ellie didail. Selang beberapa minit kemudian, talian itu dijawab.

"Iz, kenapa?" Kedengaran nada teruja bertambah risau pada suara Ellie.

"El... You kat mana? Tengah buat apa sekarang?" Takut-takut Izaan menyoal gadis itu. Nada suaranya juga perlahan. Khuatir jika dia mengganggu gadis itu.

"I on the way ambil Elisha kat sekolah. Dia ada kelas tambahan. Kenapa?" Nada kerisauan masih sama.

"Ermm... You busy ke? Lepas ambil Elisha, you balik semula ke kedai you ke?"

"Haah, macam biasa. I belum tutup kedai lagi. kenapa ni, Iz?"

Izaan menarik nafas. Bibirnya dikemam. Serba salah ingin menyatakan hasratnya itu.

"Sayang? What's wrong?" Kedengaran suara Ellie di hujung talian menyetakkan Izaan.

"I nak balik. Boleh tak you datang sini ambil I? I nak tumpang you."

"Ya Allah, ya tuhanku. Boleh Iz, boleh. I ingat apalah tadi. Tapi, mana kereta you?"

"Nanti I cerita."

"Okaylah kalau macam tu. See you..."

Setelah itu, talian diputuskan.

***

Sejak Elisha melangkah keluar dari pagar sekolahnya, Ellie sibuk perhatikan langkah adiknya. Keningnya berkerut seribu melihat tingkah aneh adiknya.

"Kenapa selekeh sangat baju kau ni?" Terus soalan itu dilontarkan sebaik sahaja tubuh Elisha membolos masuk ke dalam keretanya. Elisha langsung tidak beriak apa-apa. Hanya riak wajah sepuluh sen dipamerkan.

Magnetic Love [C]Where stories live. Discover now