F.I.N.A.L.6️⃣4️⃣

Start from the beginning
                                    

Fariqi melepaskan nafas lega.

"Haa, dah handsome! Suami siapa ni, hmm? Encemnye!!" Lourist mencubit lembut pipi Ben lalu satu kucupan hinggap di pipi lelaki itu.

Ben tersenyum suka sebelum membalas kucupan Lourist pada dua ulas bibir isterinya.

"Suami Miy punya la, takkan suami Iqa pula. IQA KAN SINGLE!!" Jeritnya.

"Siapa Iqa?" Sial Lourist dingin.

Dah elok - elok bini kau puji kau hensem, pandai - pandai kau sebut - sebut nama aku kan? Pandai - pandai kau la nak pujuk dia, hawau. Padan muka!

Belum sempat Ben ingin menjelaskan semuanya, Lourist pergi ke bilik anak mereka.

"Alamak, I say. Tak cantik dah gambar raya family kecil aku nanti." Gumamnya.

"Baby! Boleh tolong ambilkan tudung I punya kat atas papan iron tu?! Lepastu ironkan, jap. I nak pakaikan pakaian dekat anak!" Panggil Melissa kepada Austin, suaminya.

"Okay!" Sahut Austin.

Plug suis di on kan, lalu tudung bawal yang sedia terlipat dibuka dan dihamparkan keatas papan untuk digosok. Nombor seterika yang diguna untuk memanaskan seterika tersebut, dipusing pada angka 6.

Baru sahaja tangan meletakkan seterika tersebut pada kain tundung, sekelip mata sehelai kain itu dimakan oleh seterika tadi. Austin terlopong luas dengan mata yang terbeliak tidak percaya.

"Baby, dah siap ke belum? Apa yang la--." Melissa terkedu apabila melihat tudung rayanya mempunyai lubang di tengah - tengah.

"YA ALLAH!! LOUIS AUSTIN!! AKU SURUH GOSOKKAN BUKAN BAKARKAN TUDUNG AKU!! KAU NI MEMANG NAK KENA LAH!!" Adrian Miqael yang baru saja pandai duduk sendiri, mula menepuk tangan melihat aksi kejar - mengejar ibu bapanya.

"Ejar! Ejar! Empuk, Addy! (Kejar! Kejar! Hempuk, Daddy)." Katanya sambil ketawa terkekek - kekek.

Kecik - kecik kau dah belajar jadi anak derhaka ye, dik? Nauzubillah la kau ni.

"Sayang dah siap?" Soal Zamri. Felissa berpaling ke arah suaminya.

Lelaki itu sudah lengkap memakai baju melayu navy blue berserta samping putih dan songkok hitam. Kemudian dia memandang cermin, melihat dirinya yang mengenakan baju kurung moden navy blue dan shawl putih bercorak bunga biru gelap.

Setelah berpuas hati dengan penampilan diri sendiri, dia mengangguk senang. Zamri berjalan ke katil lalu mengangkat Zack Farish yang sedang lena tertidur dengan baju melayu miliknya.

Habis keluar air liur basi kau, dik. Tak senonoh sungguh.

Apabila semua telah siap mengenakan busana raya masing - masing. Tengku Laila dan Datin Zahara memeriksa semua ahli keluarga masing - masing.

"Semua ada!" Jerit Tengku Laila apabila ahli keluarganya cukup. Sabar dia menanti sahutan dari Datin Zahara. Melihat kawan baiknya itu seakan - akan mencari seseorang, membuatkan dia termanggu - manggu.

Dia menoleh ke kiri dan kanan.

"Ada 2 orang lagi tak cukup!" Jerit Datin Zahara.

"Kat sini!" Jerit Zamirul sambil menolak sebuah kerusi roda yang diduduki oleh Zafran.

Diorang memang spesis tarzan, suka jerit sana sini.

Setelah terlibat dalam kemalangan bertahun yang lalu, Zafran kembali diterima keluarga. Namun, akibat separuh badannya yang digilis lori berkenaaan, membuatkan dirinya mengalami kelumpuhan dari pinggang ke bawah.

Semua memandang kearah Zafran yang mengenakan baju melayu putih itu. Baju itu ialah baju untuk majlis akad nikahnya hampir 8 tahun yang lalu. Kini, sekali lagi baju itu tersarung pada badannya.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now