S.E.B.I.C.M.8️⃣

1.3K 87 47
                                    

Tanah Perkuburan Islam.

"Amin."

Laura meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya, mata kemudian nya beralih kepada Rizal yang berada tidak jauh darinya.

Kelihatan Rizal sedang mengelap mukanya dengan hujung lengan baju melayu. Menangis mungkin?

Dia berpaling semula kearah kubur mommy nya. Tangan naik mengusap batu nisan yang bertanda...

"Tengku Laila Azura." Gumam Laura. Perpahan lahan air mata membasahi pipi.

"Mommy, Laura balik dulu. InsyaAllah lain kali Laura datang lagi. Assalamualaikum mommy."

Laura bangun dan berjalan kearah Rizal.

"Mak ingat lagi tak? Mak pernah cakap yang kalau mak meninggal, mak nak kubur mak sebelah dengan kubur arwah ibu? Alhamdulillah berkat pertolongan kak Laura, Zal dapat tunaikan permintaan mak." Kata Rizal dengan sebak.

Sebenarnya, mak dan ibu Rizal ni berkawan baik. Ibu Rizal ialah ibu kandung kepada Rizal. Manakala mak Rizal ialah penjaga Rizal sejak Rizal berumur 7 tahun selepas kematian ibu Rizal akibat langgar lari.

Semasa Rizal berumur 10 tahun, mak Rizal berkahwin dengan seorang lelaki, dan pada tahun akhir perkahwinan mereka, lelaki itu berhutang 5 ribu ringgit dengan seorang along yang bernama Henry.

Kerana tidak sempat membayarnya, bunga dinaikkan menjadi 10 ribu. Sejak itu, Rizal dan maknya hidup sebagai pelarian. Namun, ke mana sahaja mereka pergi, tetap ditemui lintah darat tersebut.

"Rizal, jom balik." Kata Laura sambil menepuk perlahan bahu Rizal.

Rizal menoleh sekilas sebelum kembali memandang kubur maknya.

"Rizal balik dulu mak, ibu. Nanti Rizal datang lagi dengan kak Laura. Assalamualaikum."

Rizal dan Laura pergi meninggalkan tanah perkuburan itu menuju ke lamborgini yang diparkirkan diluar pagar kubur itu.

Setelah memasuki kereta itu, Laura memecut laju menuju ke sebuah pusat membeli belah. Rizal yang perasan akan perubahan arah memandang Laura.

"Kita nak pergi mana ni?"

"Shopping." Dia tersenyum segaris.

💘💘💘💘💘

Ting ting ting!!

Zafran menoleh sekilas ienudian menyanbung kembali kerjanya yang tergendala.

Berkerut dahi Fariqi melihat respon dari Zafran. Betul ke Zafran ni? Omelnya lalu menepuk bahu Zafran.

"Kau okay tak ni?" Soal Fariqi.

"Kau rasa?"

"Lah? Tanya aku dah kenapa? Perasaan kau kan? Mana la aku tau."

Zafran mengeluh.

"Aku rindu Laura la." Gumamnya.

"Habis tu? Call la dia. Kau bagitahu aku buat apa?"

"Eh eh kau. Tadi tanya."

"Aku tanya kau okay ke tak. Aku tak tanya rindu Laura ke tak. Bahlol." Fariqi menjeling.

"Kau ni kan, Riq. Kalau tak menyakitkan hati aku memang tak sah kan?"

"Ya Ampun dia ni." Fariqi menepuk dahinya sediri.

"Betul la aku cakap ni. Kalau dah rindu call la dia."

"Aku dah call la. Berjuta kali dah. Tapi dia yang tak angkat call aku."

"Apa yang Melissa tu buat hari tu sampai macam ni sekali jadinya?"

Zafran mengeluh.

"Kau tak payah nak mengeluh la. Kalau kau mengeluh sampai bila pun masalah tak selesai. Baik kau bagitahu aku apa yang jadi hari tu."

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAحيث تعيش القصص. اكتشف الآن