S.E.B.I.C.M.5️⃣1️⃣

829 44 60
                                    

"Aaaaabang, sayang mengantuk la. Kenapa beli tiket flight pagi pagi ni? Kita nak balik KL je. Bukan nak pergi jauh pun." Rengek Laura.

Bukan pagi sangat pun. Pukul 9:00 pagi flight diorang ke Kuala Lumpur. Laura ni yang liat sangat nak bangun pagi.

Zafran hanya menggeleng dengan senyuman nipis dibibirnya. Jelas dapat dilihat bahawa dibawah tubir mata Laura menjadi sedikit gelap atau lebih tepat, Laura kini mempunyai eyebag akibat tidur lewat.

"Sayang, lain kali jangan tidur lewat lagi tau? Tengok mata sayang ni. Dah jadi mata koala dah. Sesuai sangat la dengan panggilan manja sayang tu. Laura si Koala." Katanya sambil melurut lembut bawah mata Laura.

Kepala wanita itu ditarik lalu disandarkan pada bahunya. Tanpa dipinta, Laura terlelap sebaik sahaja kepalanya berlabuh di bahu tegap lelaki itu.

Baru beberapa minit terlelap, Laura duduk menegak secara terkejut. Wajahnya tampak gelisah.

"Ab-abang. Laura pe-pergi tandas jap." Pantas kakinya berlari anak meninggalkan Zafran yang terpinga pinga.

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam tandas, dia terus mengunci pintu dari dalam.

Setelah itu, satu botol kecil berserta satu botol minuman yang telah disediakan olehnya dikeluarkan dari beg tangan itu. 2 biji kapsul ubat diambil lalu disuakan ke mulut, diikuti pula dengan air botol kecil tadi.

Apabila ubat ubat itu selamat melalui trakea, dia menepuk perlahan dadanya. Peluh peluh diwajah, dilap dengan belakang tapak tangan.

Tiba tiba dia teringat akan perbualannya dengan doktor Izzue pada beberapa bulan yang lalu.

Flashback

"Apa yang doktor nak bincangkan dengan saya?" Soal Laura seraya melabuhkan punggung di hadapan doktor Izzue.

"Saya ada berita baik dan berita buruk. Yang mana cik nak dengar dulu?" Soal doktor Izzue pula.

"Berita baik dulu." Putus Laura.

"Baiklah, berita baiknya adalah encik Fariqi, encik Ben, encik Zamri dan cik Laura tidak perlu mendermakan hati kepada encik Zafran kerana ada salah seorang pesakit kami yang beria ingin menolong encik Zafran atas alasan terhutang budi." Jelasnya kepada Laura.

Jelas terpancar riak wajah gembira di wajah Laura.

"Boleh saya tahu, siapa dia?"

"Maafkan saya, sebagai seorang doktor saya tak boleh dedahkan identiti penderma kalau dia tak mahu dikenali oleh sesiapa."

"Okay saya faham. Apa berita buruknya?"

Wajah doktor Izzue jelas sedikit mengendur senyumannya.

"Sebelum saya terangkan lebih lanjut, boleh saya tanya beberapa soalan kepada cik Laura?"

Laura mengangguk tanda mengiyakan.

"Pernah rasa lelah?"

"Pernah."

"Hilang selera makan?"

"Pernah."

"Berat badan cik Laura?"

"48 kg."

"Berat badan sebelum ini?"

"56 kg."

"Okay berat badan cik menurun secara mendadak. Selain yang saya tanya, ada apa apa lagi yang cik Laura rasa?"

"Ada, kadang kadang saya rasa macam badan saya tak seimbang. Kadang kadang, nak berjalan pun rasa susah. Nak tumpukan perhatian sama juga susah." Jelas Laura ketika menerangkan keadaannya.

"Cik Laura, setelah melakukan pemeriksaan terhadap beberapa hari yang lalu, kami dapati cik Laura menghidap Angiosarcoma Hati."

Laura diam tidak bergerak. Bagaikan kaca dihempas ke lantai begitu jua hati Laura sekarang.

"Penyakit ini adalah sejenis kanser barah yang berlaku pada bahagian organ hati. Dukacita saya maklumkan bahawa, penyakit ini dapat dikesan pada tahap 3. Cik Laura, saya sarankan cik Laura untuk membuat rawatan segera. Walaupun kemungkinan untuk sembuh adalah tipis tetapi kita boleh cuba. Yang penting ikhtiar tu perlu ada." Terangnya lagi.

Melihat Laura yang diam tidak menjawab, sudah cukup membuktikan bahawa wanita itu dihurung perasaan sedih.

"Apa rawatan yang perlu saya jalani?"

"Seperti biasa, penyakit yang melibatkan kanser akan dirawat dengan Chemotheraphy yang--"

"Saya tak nak." Potong Laura. Kepala yang tadinya menunduk memandang kaki, kini diangkat memandang wajah doktor Izzue. Senyuman diwajahnya dilebarkan.

"Saya tak nak lakukan rawatan tu."

"Tapi kenapa? Cik Laura masih ada peluang untuk sembuh dari penyakit ni."

"Walaupun begitu, risiko untuk sembuh adalah tipis bukan? Takpe doktor, saya redho dengan semua ni. Ni adalah ujian saya dan saya akan hadapi macam ni. Kalau saya buat chemotheraphy, keluarga saya akan tahu saya menghidap penyakit kronik. Saya tak nak mereka risaukan saya, jadi--" Laura menjedakan kata katanya sebentar.

Air mata yang mula membasahi pipinya itu dikesat dengan belakang tapak tangan. Senyuman juga tidak lekang dari bibir mugilnya itu.

"--jadi saya pilih untuk rahsiakan hal ni dari keluarga saya. Saya tak nak sesiapa pun yang tahu kecuali kita berdua." Putus Laura.

Doktor Izzue mengeluh untuk kesekian kalinya. Sungguh dia akui bahawa wanita ini kuat dan tabah kerana memilih untuk berjuang seorang diri tapi persoalannya ialah bagaimana wanita itu mahu meneruskan kehidupannya?

"Baiklah, tapi saya perlu cik Laura untuk berjumpa dengan kawan saya yang bekerja sebagai pakar Canser Angiosarcoma di Perth, Australia. Masa yang diambil mungkin dalam beberapa bulan. Dekat sana dia akan terang secara lebih terperinci. Ubat ubatan juga akan dia uruskan." Terang doktor Izzue.

"Baik doktor. Terima kasih saya pergi dulu." Pamit Laura dan serta merta beransur pergi.

End flashback

Berjuraian air mata mengalir. Dadanya terasa sesak untuk bernafas. Seperti ada sesuatu yang tersekat pada kerongkongnya.

"Akhh--" Keluh Laura. Kakinya digagahkan untuk keluar dari tandas itu.

Satu persatu langkah diatur sebaik mungkin untuk keluar. Sebaik sahaja melepasi pintu tandas, kelihatan susuk tubuh Zafran yang sedang menunggunya dengan wajah yang cemas tidak jauh dari tandas wanita.

Dia ingin memanggil lelaki itu, namun suaranya tersekat tidak keluar.

Abang! Abang, tolong sayang! Ronta Laura di dalam hati sebelum penglihatannya kian kabur dan gelap.

Laura jatuh tidak sedarkan diri. Susuk tubuh yang telah kaku diatas lantai itu, disedari oleh Zafran. Pantas dia berlari mendapatkan isterinya.

"Sayang? Sayang? Hey, wake up dear!" Pipi mulus wanita kesayangannya ditampar perlahan untuk menyedarkannya. Namun perbuatan itu gagal.

Tanpa berlengah, dia mecempung tubuh kecil itu lalu dibawa keluar dari airport. Kereta teksi yang sedia berada di luar terus diceroboh masuk.

"Encik, ke hospital sekarang!" Arah Zafran.

"Baik!" Sahut pemandu itu.

Sayang, stay with me please. Jangan tinggalkan abang. Ya Allah, selamatkan lah isteri aku. Pinta dalam hati seraya mencium lembut kekura tangan isterinya.

-------------

I want u to know, that I'm never leaving.
Cause I'm Mrs. Snow till death will be freezing.
Yeah, u are my home, my home for all season.
So, come on, let's go.

ENJOY YOUR READ !!

JANGAN LUPA UNTUK VOTE DAN KOMEN !!

SEE YOU NEXT CHAPTER !! ✨❤️

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now