S.E.B.I.C.M.1️⃣5️⃣

1K 69 28
                                    

1 minggu kemudian...

Doktor yang bertugas untuk merawat Laura kelihatan sedang memeriksa keadaan Laura menggunakan alat yang dikenali sebagai steteskop.

"In."

Laura menarik nafas.

"Out."

Nafas dihembus. Teknik itu diulang sebanyak tiga kali sebelum alat yang digunakan tadi disangkut pada leher.

Tangannya naik mencabut IV drop yang tersambung pada tangan kanan Laura.

"Alhamdulillah Tengku, dengan keadaan anak Tengku yang semakin sihat, saya benarkan dia untuk discharge hari ni. Saya akan siapkan janji temu untuk check keadaan anak Tengku, jadi sila ikut ie bilik saya ye?"

Tersungging senyuman manis dibibir Laura.

"Alhamdulillah, terima kasih doktor." Ucap Tengku Hamdan.

"Sama sama." Sempat doktor itu mengenyitkan matanya kearah Bella dengan sebuah senyuman manis sebelum melangkah keluar.

Tergedik gedik Bella dibuatnya. Ben yang meluat dengan perangai adiknya pantas meluku kepala gadis itu.

DUKK

"Awww.. eeeiii sakit la bodoh! Daddy tengok dia ni." Bella menyorok di belakang badan Tengku Hamdan.

"Ben.. kamu ni jangan kasar sangat boleh tak? Tak baik tahu, main pukul pukul atas kepala ni."

Bella menjelirkan lidahnya kearah Ben apabila abangnya dimarahi Tengku Hamdan.

"Ye daddy." Balas Ben malas malas. Matanya menjeling Bella yang sedang mengekek mengetawakan dirinya.

"Daddy pergi bilik doktor lepastu nak pergi bayar bil hospital kejap, Bella tolong Laura kemas apa yang patut okay? Ben ikut daddy. 2 orang ikut saya dan yang selebihnya jaga Laura dan Bella." Arah Tengku Hamdan kepada bodyguard seramai 8 orang.

Mereka mengangguk serentak sebagai tanda faham akan arahan yang diberi sebelum 2 orang daripada mereka keluar bersama Tengku Hamdan dan Ben.

Bella mengambil beg milik Laura dibawah katil hospital sebelum menyumbat masuk ke semua baju persalinan Laura yang telah siap dilipat ke dalam beg itu.

Sebaik saja Laura siap menukarkan baju dengan bantuan Bella, datang sekumpulan lelaki yang lengkap berpakaian serba hitam menyerbu masuk ke dalam wad itu.

Tanpa sempat melakukan apa apa, kesemua bodyguard Laura mati ditembak oleh para lelaki itu.

Bella mengeluarkan pisau belati yang terselit pada kakinya sebelum menyerang semua lelaki tadi.

Laura pula hanya mampu menggerakkan wheelchair nya masuk ke dalam tandas lalu mengunci pintu setelah menerima arahan dari Bella.

"Daddy cepat la daddy!!" Gesa Laura dengan suara yang tertahan.

Pantas kepalanya terdongak keatas apabila pintu tandas itu dibuka kasar dari luar. Badan Bella yang berlumuran darah ditendang masuk ke dalam tandas itu.

Terlopong mulut Laura melihat keadaan Bella yang nyawa nyawa ikan itu.

"Cepat! Ambil dia!" Arah lelaki yang menendang Bella tadi.

Salah seorang dari mereka mendekati Laura dengan satu jarum sebelum mencucuk ke leher Laura.

Bella cuba memegang kaki lelaki yang mendekati Laura tapi hampa. Tangannya dipijak oleh lelaki yang mengeluarkan arahan tadi.

KRAKK

Bunyi jari Bella yang patah apabila dipijak dengan tumit kasut.

Bella mengerang kesakitan. Dia hanya mampu melihat Laura yang meronta ronta meminta untuk dilepaskan dengan tangan kiri dan kaki kanan yang bersimen akhirnya terkulai layu apabila ubat yang disuntikkan berjaya masuk ke dalam badan gadis itu.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now